Kerana Kita Tak Nampak...

*Assalamualaikum*


Salam...wah, dah hari Jumaat!
Kepada lelaki2 yg hensem dan kacak semua, gi solat Jumaat tak?
Huhu... Cik Neefa takyah tanya dah. Pembaca2 lelaki belog Cik Neefa kan smuanya baik2 dan soleh2 belaka;)

Sebelum saya menceceh lebih panjang, cuma nak bagitahu dulu yang entry ni lebih kepada mahu memujuk hati sendiri sebenarnya. Ada sesiapa lagi tak yang nak pujuk hati tuan punya belog yang gila pink ni? <-perasan tuan puteri:P

Okey2. Mana yang baik dijadikan teladan. Mana yang buruk takyah diikutkan. Deal?

Nak dekat2 Gong Xi Fa Cai ni, tiba2 kerinduan pada rumah di KL dtg membuak2 mcm gas air 100 plus yang baru dibuka penutupnya aje!<---metafora apa nih?
Walhal esok dah nak balik sana pun... tapi rasa mcm masa tu lambat je berlalu.

Mesti anda semua pernah lalui kan? memang, penantian itu satu penyeksaan:/
Tapi, sedarkah kita bahawa SABAR itu merupakan penawar?
Okey2. Semua orang tahu tu.
Tapi, pernah tak kita cuba gunakan penawar itu untuk mengubat penyeksaan kita?

Cakap memang senang. <---memanglah, bukak mulut je pun:P
Peringatan utk diri saya sndiri juga, yg trkadang lupa akan hakikat kemujaraban yg ada pada penawar bernama SABAR...
SABAR itu memang perit.
SABAR itu memang pahit(majoriti ubat pun rasanya pahit kan?)
SABAR juga boleh membuatkan hati kita keletihan...
Tapi...
Semuanya itu hanya akan berlaku kalau kita TAK SEDAR YANG KITA TAK NAMPAK.
Haa...tak nampak apa ya?
-Tak nampak apa yang ALLAH dah aturkan di sebalik semuanya-
 itulah yang kita selalu terlepas pandang selama ini.

Kita selalu mengeluh, mempersoal, berteka-teki dgn apa yg ditakdirkan utk kita. Kadang2 sampai 'menyesal' dgn sesatu perkara tersebut..
Semuanya kerana kita TAK SEDAR saja. Tak sedar yang ALLAH dah aturkan sesuatu yg terbaik untuk kita.

Kenapa boleh jadi mcm tu?
Kerana Kita Tak Nampak...
Kerana kita hanya menggunakan pandangan mata yang zahir lagi mudah terpedaya dgn fatamorgana ini untuk menilai takdir ALLAH yang mana pandangan-NYA lebih jauh tanpa border dan sempadan... Maha Suci ALLAH!
Silap. 
Mata yang sepatutnya kita gunakan untuk menilai percaturan ALLAH adalah MATA HATI(Basirah) sebaliknya. Namun begitu, Basirah kita juga mestilah dipastikan keteguhannya dlm menyimpan iman kita dahulu sebelum menggunakannya untuk menilai takdir ALLAH:)
Maksudnya... pandanglah takdir ALLAH dengan hati yang penuh keimanan.
Itulah sebenar-benar penawar.

IMAN!

Jadi, sentiasalah teguhkan imanmu!!!

FIRMAN ALLAH“… boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah:216)
 

11 comments:

Semut Senyum said...

moga kita ditetapkan Iman dalam hati... dunia sekarang makin menjadi2... sgt mencabar.

Izzah Haneefa said...

>semut senyum...betul2..imanlah perisai dlm mengharungi kehidupan.

*comey nama:D

Anonymous said...

Membalas kunjungan :)

Anonymous said...

mcm mana nak buat lagu cam awak yer ...? x menjadik la yg kita :(

Izzah Haneefa said...

oh...nk buat lagu guna youtube eh?

boleh ke link ni^^

http://www.lyssasecret.com/2011/08/tutorial-letak-lagu-youtube-tanpa-video.html

e4ezzati said...

sabar separuh daripada iman, bersabar la selagi mampu,

Izzah Haneefa said...

betul3...sabar itu penawar:) pahit rasanya, manis buahnya^^

NorFarahin@aien said...

betol 2..kerna kita xnampak..kita xnampak kesabaran 2..keihlasan 2..n takdir bagi kehidupan kita...xnampak apa yang allah telah rancangkan utk kita..pepun ..yakinlah dengan rancangan...dia yang mnciptakanm kita,,,so..He know da best 4 us...

jgn pernah jemu utk sabar..sabar dan sabar..inshaAllah bahagia milik kita...

*slmt bercuti yaa dear...:)

Izzah Haneefa said...

>Kak Wafa...betul. dia yg ciptakan kita jadi Dia mmesti tahu apa yg terbaik utk kita...

*selamat brcuti jgak kak yg trsayang^^

FR said...

yeahh hari ni belajar sesuatu yg baru :)

thanks adik ^^

Izzah Haneefa said...

>Kak Fathiah...sama2 kak. Sikit je ni^^