Hasil Beranganku :D

ANAK PERTAMA
Harga: RM 23.00 ISBN: 978-983-124-711-2
Halaman: ~624
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 25 Ogos 2011
Kategori: Novel Nur
Sinopsis
ALIFF FAHMI redha apabila pertunangannya terpaksa diputuskan kerana fitnah yang melanda. Dia tekad. Dia berhijrah untuk memulakan hidup baru. Namun, belum sempat dia mengecap kebahagiaan di tempat baru, sekali lagi dia diuji. Pertemuan dengan Anis membuatkan hidup Aliff Fahmi kacau-bilau. Gadis itu telah meluahkan rasa hati kepadanya. Kecewa kerana kasihnya ditolak lelaki itu, Anis nekad mahu membunuh diri. Aliff Fahmi cuba memujuk, tapi tidak diendahkan.

“Ya ALLAH, jika gadis ini nekad untuk mencabut nyawanya, tolonglah… jadikanlah sesuatu sebab yang boleh memberikan kesempatan untuk dia bertaubat kepada-MU!” Itulah doa Aliff Fahmi. Akhirnya dia bersetuju untuk mengahwini Anis.

Perkahwinan itu bukan sahaja menyelamatkan nyawa Anis, malah megubah diri Anis menjadi Muslimah sejati. Namun janji ALLAH tidak ada siapa yang dapat menghalangnya. Anis pergi menghadap ILAHI ketika kandungannya berusia dua bulan.

Aliff Fahmi berasa kecewa kerana kehilangan insan tersayang. Namun, dia pasrah pada qadak dan qadar ALLAH. Bagi menenangkan jiwa, dia memilih untuk memunaikan umrah. Di sana, dia sentiasa teringatkan Isma Humairah, bekas tunangnya. Bismillahirrahmanirrahim… Dua pasang nama pun diukir di Jabal Rahmah. Namun, ada jodohkah antara mereka berdua? Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui.

#MESTI BELI!

ANAK KEDUA
KarnaDya, 2012.
Tahun ini Kyra masuk dua belas tahun. Maka tahun ini dia akan menduduki peperiksaan UPSR. Dia mempunyai impian untuk mendapat 5A! Tapi sayang, dia malas sehingga pelajarannya merosot. Ayah dan mak bertindak menghantarnya ke kem jati diri. Di sana pelbagai peristiwa pahit manis dilalui Kyra. 

Kemalangan kecil yang menimpanya membuka sebuah perkenalan antaranya dengan abang angkatnya yang kacak itu. Apakah sebenarnya yang terjadi? Berjayakah Kyra mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor? 

Banyak kisah lucu, persahabatan dan juga kisah sedih di dalam buku yang berjudul Cerita Kyra ini.