السلا م عليكم و رحمة الله و باركته

Take Note!

7 comments
Reactions: 
*Assalamualaikum*

Okey. Cik Haneefa salah. Tinggalkan belog ni terkontang-kanting tanpa sebarang berita.
Tapi Cik Haneefa juga kesuntukan masa untuk menjelaskan secara terperinci apa sebabnya.
Just nak inform...
Cik Neefa mungkin akan jarang2 on dan update entry lepas ni.
Kpd sesiapa yg Tak sudi nak singgah, takpe. Cik Neefa tak kisah.
Kpd yg sudi singgah pun tak guna jugak sbb Cik Neefa tak dpt update selalu.
Cik Neefa dah mula membanting tulang untuk SPM hujung tahun ni.

Doakan Cik Haneefa 9A+ yerk!
Salam.

Cik Haneefa Nyanyi Lagu Taylor Swift?

8 comments
Reactions: 
*Assalamualaikum*

Ahakss...gempak tak, gempak tak?
What? pecah bumi lepas ni!
Okey2. Suara Cik Haneefa tak sedap. 

All of this nonsense started when my beloved-pretty-cutie English teacher announced to the class... "We're going to have a singing contest by this end of month."

Cik Neefa buat2 bodoh. Yelah, apa kena mengena semua menatang2 ni dgn Cik Neefa kan?

Sehinggalah ada yang datang menyerah diri kat Cik Neefa sambil berkata:
"Awak, awak... awak masuk geng kamilah. Nyanyi lagu Taylor Swift."

Huh? am i having problem with my hearing?
Tak mungkin. Ajak Cik Haneefa menyanyi?
Tak bergegar ke bumi nanti?

Tiba-tiba terimbau apa yang teacher cakap..
. "This is a compulsory. Either you participate or i'll deduct your oral mark!"

Okey. Cik Haneefa cuba relaks sebab saya akan pastikan yang saya takkan terlibat dgn semua benda2 merapu ni. Sedaya-upaya! Biar menitis darah sekalipun<---dahsyatnya hiperbola!haha...
Why eh?
It's because of several reasons:
1. I have my own stand.
2. I'm in process of 'Mujahadah'. Takkanlah nak melolong depan org ramai kut?
3. I have my dignity. And my dignity lies within my shame. Bayangkanlah kalau dah terpekik2 atas pentas tu, manalah ada rasa malu lagi kan? bagi saya, maruah dah tercalar pada saat itu!


4. I hate TAYLOR SWIFT songs! 

*Kenapa Cik Neefa? dengki ke dia cantik dari kau?
Eh, eh... takdak maknanyalah...

Sejak bila Cik Neefa tak suka lagu Taylor Swift ni?
Sejak ini:

Our song is the way you laugh
The first date man, I didn't kiss her and I should have
And when I got home, 'fore I said amen
Asking God if He could play it again

*Petikan lagu OUR SONG*

~Nampak tak diorang ni bijak je ambik peluang utk agenda agama depa?
-Itulah kita... tau dengar je. Lepastu ikut prong-prang-prong-prang tak tau butir bicara. Tak tau apa yg dia nak sampaikan. Ikut membuta tuli!

The most last reason... why i don't want to get involved with this nonsense 'thing':

Sebab muka Cik Neefa akan jadi mcm ni kalau menyanyi:







Kan malu kalau naik atas stage dengan cam gini rupa?
ish3... korang pun x sanggup tengok kan?


~Yang baik dijadikan iktibar, yang buruk jangan jadikan apa2 walau sebesar zarah!~


'

Bila Dipuji...

2 comments
Reactions: 
*Assalamualaikum*

Cik Haneefa kenyang susu ketika menulis entry ni.<--Dah macam baby pulak. :P
Ingatkan nak pekena KOPI petang-petang ni. Tapi bila selongkar dapur...
"Eh, susu kambinglah!"
Cik Neefa bantai jelah. Sesekali minum susu kambing pun cool...
Kan Rasulullah SAW suka makan kambing?
Tapi Cik Neefa minum susu kambing. :D

Okey. I admit it... 
Telinga Cik Neefa dah agak 'lali' dgn pujian semnjak kebelakangan ni.
Bukan UJIAN ye, tapi PUJIAN!
Masa di sekolah lama dulu takdak pulak org nak puji! 
Kalau kena puji tu kira mcm dpt mutiara dlm tiram yg harganya juta-juta tulah...
*Mcm nilah Cik Neefa bila kena puji. Ye ke?*

Tapi smenjak masuk sekolah baru ni...
ehemmm...bukan nak bangga tapi itulah hakikatnye...
Apa yg diorang puji Cik Neefa?
Puji2 cara budak sekolahlah...
Anda mesti faham punya...
Cik Neefa malas nak tulis.. nanti anda kata saya angkat basket sendiri pulak:P

Anyway, jgn smpai puji-pujian tersebut menghancurkan diri dan menimbulkan keujuban dalam hati...
Jgn sampai hati hitam oleh sebab PUJIAN!
Sentiasalah merendah diri...

# Jom ZIKIR! drpd kenang2kan pujian orang, lebih baik kita puji ALLAH TAALA yang MAHA LAYAK MENERIMA PUJIAN!

"Dan janganlah kamu memalingkan wajah (daripada manusia) kerana sombong dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sungguh Allah swt tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan orang yang membanggakan diri."
(Luqman:8)

Istikharah Cinta: Bab 3

0 comments
Reactions: 

BAB 3
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.”-Al-Fath:4

“BISMILLAH…” lafaz itu sayup-sayup meluncur di bibirnya. Tubuh Hannah Farhana yang berada di dalam dukungannya perlahan-lahan dibaringkan di atas katil. Ubun-ubun anak kecil itu diusap-usapnya lalu diberikan ciuman lembut. Wajah suci yang sedang lena benar itu diamati penuh perhatian. Ada senyuman kecil terukir di bibir lelaki itu, mengamati wajah zuriatnya yang selalu menjadi penawar kepada hati yang lara.
Tup… tup… tup…
Perlahan saja bunyi ketukan pada pintu biliknya. Namun sudah cukup kedengaran di corong telinganya. Harraz segera turun dari katil. Langkahnya diatur kemas menuju ke muka pintu. “Mama.”
Wajah Datin Laila kosong. Tidak menunjukkan apa-apa reaksi, namun bagi Harraz, di sebalik wajah kosong itu, ada seribu satu ketidakpuasan yang menebal di dalam hati wanita itu. Datin Laila melepaskan keluhan panjang lalu memeluk tubuh. Matanya tertinjau-tinjau ke dalam bilik anak lelakinya itu, bagai ada sesuatu yang menarik perhatiannya. “Dah tidur ke anak kau tu?”
Kening Harraz bertaut satu. “Sudah, ma.”
Datin Laila merengus pula. Wajah anak lelakinya itu dipandang dengan pandangan yang sukar untuk difahami maksudnya. “Turun bawah sekejap. Mama nak cakap sikit.”
Harraz diam. Dia tidak bereaksi menerima arahan itu. Namun debaran di dalam hatinya hanya ALLAH saja yang tahu! mama memanggilnya? apa lagilah yang hendak dibicarakan? sungguh persoalan-persoalan itu cukup menghantui benaknya kini. Segala kemungkin mula terbayang-bayang di ruang minda.
Datin Laila juga tidak bereaksi, terus saja berlalu menuju ke tingkat bawah, Harraz hanya memerhati langkah wanita separuh umur itu. Hannah Farhana yang sedang lena di atas katil sempat diperhatinya sebelum pintu bilik itu ditutupnya lalu menuju ke tingkat bawah.
Tiba di separuh anak tangga, langkah Harraz terpaku di situ. Melihat wanita separuh umur itu sudah duduk bersedia menunggunya di sofa, hatinya mula kecut. Entah kenapa kemungkinan-kemungkinan buruk pula yang terbayang-bayang di mindanya. Lafaz basmalah terucap perlahan di bibirnya, mengharapkan pertolongan ALLAH untuk membawanya keluar dari perasaan yang tidak menentu ini.
Langkahnya diteruskan, hinggalah tubuhnya hanya semeter dari wanita itu. “Ma.”
Datin Laila mengangkat muka. Lama diperhatinya wajah gelisah anak lelakinya itu. “Duduklah. Kau nak berdiri aje ke?” bagai lelaki itu anak kecil pula dia mengarah.
Harraz mengetap bibir. Tidak banyak kata, dia akur saja.  Punggungnya dihenyakkan di salah sebuah sofa di ruang tamu itu, bertentangan dengan mamanya. Namun wajah tua itu langsung tidak dipandangnya. Dia lebih rela menghunjam pandangannya ke bawah daripada mengamati wajah yang kelat itu.
Datin Laila menggeleng-geleng kepala. Bertambah kerut mukanya. “Look at me, Raz! I’m talking to you!”
Harraz mengangkat muka.
Datin Laila mengeluh panjang. Tubuhnya disandarkan pada badan sofa empuk itu semula. Wajah tidak bermaya anak lelakinya itu dimamah dengan pandangan tajamnya. “I want you to get married.”
Harraz mengerutkan dahi. “I’m already married, ma.
“Raz, perempuan tu dah mati! stop being nonsense!” telapak tangan Datin Laila terhempuk juga pada meja kopi yang memisahkan kedudukannya dengan lelaki itu.
Harraz tersentak. Namun, dia tetap meraut wajah tenang. Tidak mahu menambah ketegangan yang mula tercetus. “Raz belum bersedia.”
“Oh, sekarang baru kau nak cakap pasal kesediaan? I think it’s too late, Raz. Kau dah beranak-pinak baru nak cakap macam ni?” persoal Datin Laila, keras bunyinya.
“Raz cakap betul, ma. Raz belum bersedia. Raz nak tumpukan pada Ana dulu. Raz nak tengok Ana membesar sebaik mungkin. Lagipun Raz masih belum boleh lupakan Hafizah.” Terus-terang lelaki itu akhirnya, mencamurkan segala apa yang membengkak di jiwanya. Walaupun dia sudah dapat melihat kejujurannya itu hanya lebih mengundang kepanasan hati wanita di hadapannya ini.
What? that woman again? Raz, dia dah mati! dah tak wujud! buat apa kau nak ingat orang yang dah mati? heiii… apalah agaknya perempuan tu dah sihirkan kau?” Datin Laila menggerutu geram. Puas hatinya!
Harraz kaku. Terkedu, terkesima dengan kata-kata itu. Juga… tersentap! ya, jiwanya tersentap benar mendengar apa yang terhambur dari mulut mamanya itu. Tegarnya mama berkata begitu? tidakkah dia terfikir apa perasaan anaknya ini saat kata-kata yang agak berbaur penghinaan itu meluncur bak angin menderu di bibirnya? “Ma, sanggup mama tuduh Hafizah macam tu?”
“Yalah! pasal dialah kau jadi macam ni! tak ubah macam orang gila! pasal bapak dialah, anak aku mati! memang keluarga jahanam! heiii… aku tak tahulah macam mana aku boleh lepaskan kau kahwin dengan perempuan macam tu?” Datin Laila terus menghambur nanah yang sudah membengkak di dalam jiwanya. Dia tidak peduli apa-apa lagi, termasuk perasaan lelaki yang kini hanya menahan hiba dan luka di sudut hatinya yang paling dalam itu… hanya menunggu masa untuk pecah dan berdarah saja.
Tubuh Muhammad Harraz bergetar lebih hebat kini. Seupaya boleh dia cuba mengawal perasaan yang entah apa rasanya kini. Tiada kata yang terluah di bibirnya lagi. Kata-kata Datin Laila bagai pedang yang sudah membelah isi hatinya menjadi serpihan-serpihan kecil yang berderai ke tanah. Sedikit sebanyak juga, ada cecair yang mahu mengiringi deraian hatinya itu namun… dia tetap bertahan. Tidak akan dibiarkan air mata ini tumpah lagi. Cukuplah!
Ya ALLAH, aku betul-betul lemah kini… kuatkan jiwa hamba-MU ini menghadapi qada’ dan qadar-Mu!
“Aku tak peduli. Kali ni kau mesti ikut kata aku.” Datin Laila membuat keputusan sendiri akhirnya. Sungguh, dia tidak peduli akan apa-apa lagi!
Harraz tunduk semula. Tubuhnya lemah serta-merta… tiada daya lagi yang bersisa.
‘Maafkan abang, Hafizah.’

DI atas hamparan itu, dia memohon, merintih dan mengadu. Sayup-sayup suara cengkerik yang membingitkan suasana malam melintas di pendengaran, namun tidak dihiraukan. Dia terus tenggelam… tenggelam dalam hembusan kasih-NYA. Ya, dia merasakan itu.
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.”-Al Fath:4
Jiwa yang berkecai terasa bersatu kembali. Zikrullah lantas bermain di bibirnya. Acap kali juga dia beristighfar. Mengenangkan segala dosa… ya ALLAH, ampunkanlah!
Dia tahu dosanya menggunung. Dia terima sekiranya apa yang menimpanya tika ini adalah kafarah untuk membersihkan semula jiwanya daripada dosa-dosa itu. Dia redha jika inilah tanda DIA menunjukkan cinta-NYA. Namun… dia juga tidak boleh menipu bahawa diri ini masih lemah! kerana itu dia berteleku di atas hamparan ini. Dia mahu terus mengadu dan mengadu kepada penciptanya. Walaupun rasa malu itu sungguh menghantui…
Subhanallah… Alhamdulillah… allahuakbar!
Bibirnya terus basah bak pita rakaman. Dia tidak mahu walau sesaat terhijab dari TUHAN-nya. Cukuplah dunia memperlakukannya sebegini… tetapi jika DIA juga sudah memalingkan cinta-NYA darinya, sememangnya dia adalah insan yang paling malang. Ya ALLAH, jangan!
Harraz menekup wajah. Titikan hening yang turut mengiringi munajatnya pada malam itu diseka dengan hujung jari. Bibirnya masih betah dengan ingatan memuji TUHAN-nya. Sesekali pandangannya terlepas kepada anak kecil yang sedang lena melayan mimpi di atas katil itu.
Hannah Farhana… maafkan abi, nak. Maafkan abi kerana tidak mampu memenuhi sepenuhnya ruang kebahagiaan dalam dirimu. Abi tak mampu melawan takdir yang MAHA PENCIPTA. Namun abi percaya, kebahagiaanmu akan juga dipenuhi suatu hari nanti, oleh PENCIPTA-mu sendiri. Teruslah bergantung kepada-NYA, nak. Kerana DIA tidak akan pernah mengecewakanmu…
Farah Hafizah… ya ALLAH! kehadiran wanita itu bagai sinar yang menghapuskan kegelapan di dalam ruang lingkup hidupnya. Walau apapun yang terhambur dari mulut orang tuanya tentang wanita itu, dia tidak peduli. Baginya, Farah Hafizah adalah perantara pilihan ALLAH untuk dia menemui jalan cahaya kembali… maafkan abang jika kebahagiaan itu tidak juga sempat diberikan kepadamu. Abang yakin, kebahagiaan kurniaan-NYA pasti lebih membawamu kepada kesempurnaan yang hakiki. Nikmatilah kebahagiaan hakiki itu, sayang…
Selesai. Baki-baki air mata yang mengalir tidak dikesat lagi. Biarlah air mata ini menjadi pemadam api neraka yang bakal menghambat tubuhnya nanti. Tidak dapat dibayangkan saat itu… subhanallah!
Sedikit-sebanyak, keletihan itu bertandang juga ke urat nadi dan membawa ke sepasang matanya. Harraz menguap kecil. Sepertinya dia akan rebah lagi selepas ini. Memang patut pun kerana jam baru menunjukkan angka empat… suasana masih kelam. Manusia-manusia pun masih terlena dalam buaian mimpi.
Katilnya dihampiri. Perlahan-lahan tubuhnya dibaringkan semula di atas tilam empuk itu. Alhamdulillah… dia masih mampu tidur beralaskan tilam yang bukan calang-calang harganya. Masih ramai lagi manusia yang hendak menyuapkan nasi ke mulut pun tidak mampu!
Patutkah dia tidak mensyukuri akan semua ini?
Sebelum terkatup matanya, sempat pandangannya dilemparkan sedalam-dalamnya ke arah wajah comel yang sedang nyenyak di sebelahnya itu. Wajah itu cukup mendamaikan lara hatinya. Melihat wajah itu juga, dadanya terasa lapang bagai tiada pernah masalah yang datang bertandang. Diusap-usapnya kepala Hannah Farhana, zuriatnya yang satu-satunya itu. Sesekali bibirnya meleret ke tepi melihat gaya anak kecil itu menikmati lenanya. Sesekali juga bila Hannah Farhana menggeliat, ditepuk-tepuknya lembut tubuh kecil itu. Naluri seorang ayahnya tersentuh sedikit demi sedikit… jangan khuatir Hafizah sayang, abang akan didik Hannah Farhana,  anak kita hingga menjadi hamba yang dipandang oleh TUHAN-nya, … insya-ALLAH.
Namun, ada sesuatu yang tiba-tiba mengganggu keasyikannya memasang impian ketika itu. Bunyi enjin kereta di luar mengalihkan perhatiannya daripada Hannah Farhana. Kakinya dijejakkan ke lantai semula. Cermin tingkap biliknya dihampiri. Selepas mengintai melalui langsir yang diselak kecil, Harraz mengatur pula langkahnya menuju ke tingkat bawah.
Ruang tamu rumah itu jadi terang serta-merta sebaik tangannya menyentuh suis. Harraz terpana sebaik tiba di penghujung anak tangga. Namun hanya keluhan panjang yang mampu dilepaskannya. Dia sudah lali dengan pemandangan di hadapannya ini. Wajahnya lesu kembali.
Dato’ Hairi tersentak melihat suasana di hadapannya berubah serta-merta. Namun dalam keadaannya yang bayang-bayang sebegitu, dia memang tidak menghiraukan apa-apa lagi. Dia hanya mahu tumbang saja ketika ini! kepalanya sudah berat benar dan dia tidak mampu berfikir lagi.
Harraz mengucap panjang. Istighfar sudah melantun-lantun di bibirnya. Namun apa dayanya? sudah ini yang memang perlu dihadapinya semenjak dulu lagi! “Raz dah pesan banyak kali, pa. Kenapa papa minum lagi?” rungutnya sebaik tubuh yang sedang berjalan terhuyung-hayang itu dihampiri. Tangan lelaki tua itu digemaknya erat.
Dato’ Hairi yang sedang melayan pening-pening lalatnya itu tidak peduli apa pun yang sampai kepadanya saat ini. Mindanya sudah tidak mampu untuk bekerja. Pengaruh air kencing syaitan itu terlalu kuat untuk dia menjadi normal semula dalam masa yang terdekat. Dia perlu tumbang dahulu!
Harraz menuntun bapanya itu ke sofa. Susah dia hendak mengawal pergerakan lelaki itu dalam keadaan begini. Dalam diam hatinya menjerit. Menjerit meminta dan berdoa kepada ALLAH agar ada nur yang akan masuk ke celahan hati setiap ahli keluarganya. Terkadang, dia tidak dapat menipu bahawa diri ini merasa cukup letih akan semua ini! ALLAH…
Berat! ya, bahunya terasa berat semacam. Dia tahu dia juga bertanggungjawab atas semua ini namun… entahlah. Dia masih belum nampak di mana ruang untuknya memperbetulkan semua ini.
“Papa minum banyak ke ni? astaghfirullah…” Harraz terus mengeluh. Cawan yang berisi air mineral yang baru dibawanya dari dapur tadi dihalakan ke arah lelaki separuh umur yang sudah semacam tidak sedarkan diri itu. Wajah Harraz kelat dek bau arak yang mengena derianya. Cukup membuatkan dia terasa mual.
Tangan lelaki separuh umur itu menepis-nepis cawan yang dihalakan ke arahnya dan akhirnya terhempas juga ke lantai. Harraz tersentak. Jantungnya berlari pecut serta-merta.
Mata Dato’ Hairi terkebil-kebil. Tekaknya mula lain macam terasa. Mulutnya ditekup namun sesaat dua kemudian, terhambur  juga isi perutnya.
Harraz menampar dahi. Jiwanya sesak kembali. Ya ALLAH…

CAHAYA yang datang menyengat kelopak matanya yang terkatup rapat membuatkan dahi lelaki itu berkerut-kerut beberapa ketika. Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka. Pandangannya berpinar-pinar namun makin menjelas. Harraz terduduk. Selimut yang membaluti sehingga ke paras dadanya diselak. Lelaki itu termangu di atas katil. Kepalanya masih mamai, maklumlah baru bangun tidur.
Baru beberapa saat berlalu, baru dia terperasankan sesuatu. Matanya terus jadi segar-bugar. Keadaan lelaki itu bertukar tidak tentu hala kini. Tertinjau-tinjau dia memandang ke segenap ruang bilik. “Ana!”
Senyap. Tiada jawapan. Harraz menggaru-garu kepala. Dia menoleh lagi ke sebelah kiri… Hannah Farhana tiada di tempat tidurnya! ya ALLAH, mana pulalah si kecil ni?
Harraz turun dari katil, meluruskan kaki. Sesekali dia menguap kecil. Kepenatan yang bersisa masih belum hilang rupanya. Matanya terkebil-kebil memandang ke arah tingkap yang menampakkan pemandangan terang di luar. Langsir sudah pun diikat kemas. Harraz kebingungan… siapa pula yang masuk ke biliknya? takkanlah Hannah yang mengikat langsir setebal ini? atau mungkin juga… Mak Ena, pembantu rumahnya itu? tidak mungkin! biliknya ini memang kawasan peribadi. Selama ini pun kerja mengemas biliknya ini dilakukannya sendiri dan Mak Ena hanya boleh masuk bila diberi kebenaran.  Mama atau papa mungkin?
Harraz menarik nafas dalam. Menyedari bahawa kelibat Hannah Farhana masih tidak muncul di depan matanya, dia tidak bertunggu lagi. Bergegas dia keluar dari bilik.
“Ana!” nama itu diteriaknya lagi. Gelisah betul dia selagi anak kecil itu tidak kelihatan. Harraz berlari ke dapur pula… kosong! baru dia tersedar, dia hanya keseorangan di rumah ini!
Ke mana Hannah pergi? mama, papa dan Liana… ke mana mereka semua?
Harraz menyapu-nyapu dahi. Melantun-lantun zikir di bibirnya. Cuba menenangkan hati yang cepat saja gelabah. Subhanallah!
“Assalamualaikum abi!!!” jerkahan suara comel itu bagai menghilangkan seribu satu kegelisahan yang mencangkum hatinya. Tak menyempat-nyempat dia memusing tubuh. Kelibat si kecil yang dinanti-nantikannya itu sudah tercegat di belakangnya. Lebar senyuman Hannah Farhana sambil memeluk patung Domo kesayangannya itu.
“Waalaikumussalam… Ana pergi mana sayang?” tubuh anak kecil itu diangkat. Pipi gebu itu bertalu-talu diciumnya. Macam sudah lama benar terpisah!
Hannah ketawa mengekek menerima tanda sayang dari abinya. Lama-lama naik rimas juga dia apabila wajahnya masih tidak puas dimamah oleh kucupan kasih abinya. Terkulat-kulat anak kecil itu. “I played with my Domo, abi!”
“Ana main sorang-sorang ke? kenapa tak kejut abi tadi?”
“Abi tidur. Nenek tak kasi kejut.” Balas Hannah selamba. Patung Domo di tangannya dibelek-belek. Wajah abinya tidak dipandang lagi.
Harraz menggeleng perlahan. Ada riak kesal di wajahnya. “Hummm… Ana dah makan?”
Hannah menggeleng saja. Agaknya dia sudah tidak kuasa lagi hendak melayan pertanyaan abinya yang tak ubah macam mata-mata gelap itu.
Wajah Harraz berkerut seribu. Tiba-tiba hatinya rasa tersentap. Bersalah… ya, dia memang rasa bersalah yang teramat kini! “ya ALLAH, Ana tak makan lagi sayang? nenek tak buat sarapan ke?”
Hannah Farhana tidak mahu membalas lagi pertanyaan bertalu-talu abinya itu. Angguk tidak, geleng pun tidak. Nampaknya anak kecil itu memang sudah tidak berminat benar hendak mempedulikan soalan abinya.
“Hai, anak tak makan lagi pun kau tak tahu Raz? macam mana kau jadi ayah ni?” suara itu muncul saja tiba-tiba, membantutkan niat Harraz untuk menyambung sesi soal jawabnya bersama anak kecil itu. Harraz menoleh sekilas. Wajah kosong Datin Laila diperhatinya penuh debaran. Dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya berdetak sebegitu melihat wajah mamanya ini.
“Raz tertidur lepas subuh tadi, ma. Bangun-bangun Ana dah tak ada.”
“Itulah kau! kahwin main redah aje. Dah beranak, makan minum anak pun tak tentu hala!” Datin Laila terus membebel. Entah apa yang menyakitkan sangat jiwanya sekarang ini sehingga terluah kata-kata itu.
Harraz menahan nafas.  Sabar… memang dia perlu banyak-banyak bersabar. Namun terdetik juga di hatinya sebaik mendengar kata-kata mamanya itu… apakah dia seorang ayah yang tidak bertanggungjawab? rasa-rasanya segala keperluan Hannah Farhana selama ini telah cuba dipenuhinya. Kalau perlu memasakkan makanan untuk anak kecil itu pun, dia tidak kisah kerana itu memang sudah menjadi rutinnya bila tiba angin tidak baik mamanya. Apa lagi hak anaknya itu yang masih belum dipenuhi? cuma ketika selepas solat subuh tadi saja dia terlajak lena sehingga terjaga ketika waktu sudah terang-benderang.
It looks like you have to get married soon. Kau ni kena ada perempuan jaga, baru teratur hidup tu.” Datin Laila terus mengomel dengan mata yang tidak lepas memandang cermin di hadapannya. Wanita separuh umur itu masih belum berpuas hati dengan penampilannya. Sekejap, sekejap dia membetul rambut. Sekejap, sekejap dia membetul-betulkan bajunya yang separas lutut itu.
Harraz masih diam di situ. Kata-kata Datin Laila membuatkan dia berfikir sejenak… ya, dia masih belum memenuhi satu lagi keperluan Hannah Farhana… kasih-sayang seorang ibu! Hannah Farhana memang memerlukan seorang wanita yang bergelar umi… baru dia perasan di mana silapnya!
“Mak Ena! ambil kunci kereta saya kat dalam laci!” laung Datin Laila, bergempita suaranya.
Harraz mendekati mamanya itu. “Ma nak pergi mana?”
“Jumpa kawan.” Acuh tak acuh saja jawapan itu. Wajah anak lelakinya itu langsung tidak dipandang.
Harraz membatu lagi. Dukungannya pada tubuh Hannah Farhana masih kemas. Matanya memandang susuk mamanya itu dari atas ke bawah. Keningnya bertaut. “Ma… mama tak nak pakai ke tudung yang Raz belikan tu?”
Wajah Datin Laila berubah riak serta-merta. Tajam keningnya. Soalan itu bagai telah membuatkan darah menyembur ke segala uratnya. “Please… jangan mulakan, Raz! it’s up to me to do what I want! kau nak pergi sekolah agama, aku ikutkan. Kau nak buat apa pun, aku tak pernah kisah. Tapi jangan sesekali ada hati nak mengubah aku!” nada itu mendatar, tetapi cukup keras kedengaran dan tidak keterlaluan juga dikatakan sebagai satu amaran. Namun, sedikit sebanyak wajah wanita tua itu jadi sebal juga menerima teguran daripada anak sendiri.
“Mak Ena!!!” lagi sekali Datin Laila bertempik. Tidak lama kemudian, barulah kelihatan susuk tubuh Mak Ena berlari-lari anak menuruni anak tangga dengan wajah yang takut-takut.






Romantik atau Cabul?

7 comments
Reactions: 
*Assalamualaikum*

Walaupun isu ni pernah dibincangkan, tapi sekali lagi Cik Neefa nak bangkitkan!
Lambakan novel cabul dalam pasaran..
haaa... sapa suka baca novel cabul???

Setelah sempat buat survey dgn kawan2... rata2 remaja perempuan amat-amatlah menyukai novel romantik.
Jgn salah faham... romantik tak semestinya cabul.
Romantik pada pandangan seorang perempuan bersifat subjektif tau!
Kalau Cik Neefa, laki yang romantik ialah..... mana boleh gitau! rahsia! haha...

Okey. Cik Neefa tak salahkan budak2 perempuan yg layan novel romantik ni.
Sebab perempuan mmg hakikatnya suka kpd perkara yg mmbuai-buaikan jiwa...
Tapi jujurnyalah, Cik Neefa lebih prefer novel yg berkisahkan perjalanan kehidupan..
Itu lebih mematangkan saya...
Misalnya karya Tuan Bahruddin Bekri.
I admire his books so much!

Okey. Back to da title.
Romantik atau cabul?
Senang cerita, cabul = LUCAH!
*ambik kau!*

Cik Neefa percaya, ramai pembaca novel dah jadi mangsa 'novel cabul' ni. Even saya pun dah beberapa kali 'terbabas' baca. Yalah, Cik Neefa ni bukanlah seorang yg cerewet dalam pemilihan genre novel yg hendak dibaca. Cik Neefa layan semua...
Dari novel Islami hinggalah ke novel Barat yg memang x bertapis tu.
Walaupun ada yg kata,

"Kalau nak tahu seseorang perempuan tu senang diheret ke hulu-hilir atau tak, lihat pada jenis novel yang dibaca!"

Wah, Cik Neefa sekali dengar dah gerun. Mcm mana kalau org nampak saya tengah baca novel omputih masa tu? faham2 jelah novel omputih ni moralnya jahanam habis...takkan nak cakap Cik Haneefa ni perempuan yang senang diheret ke hulu-ke hilir?
Amboi cik kak!
Cik Neefa ni MAWAR BERDURI ye!

Bukan nak tekan lif naik sendiri, tapi itulah pendirian Cik Isma Haneefa:)
Jadi, wajar ke pendapat tu digunakan?
Tak... bangkang 1000%!!!
Bukan semua org berniat hendak suka2 baca novel camtu..
Kalau Cik Neefa, Cik Neefa baca novel omputih sebab nak pandaikan English.
Tapi tak bolehlah diikutkan keruntuhan moralnya tu... kalau nak cerita pasal akhlak, memang tak ada perkataan boleh decsribe. Novel barat memang hancusss moraliti!
Misalnya, baru kenal tak sampai sejam dah ajak masuk bilik!
Ish33.... tu belum lagi bersambung babak dlm bilik.
Nauzubillah... nasib baik cerita omputih...


*Ehsan Google*

Tapi yang Cik Neefa upset sangat... sekarang ni novel2 melayu yang ditulis oleh org Islam pun mcm dah nak ke arah itu. Walaupun masih belum setaraf...
Tapi..
Serasanya penulis beragama Islam tu sendiri kena tahu tanggungjawab depa<--kan dah masuk loghat utara!
Cik Neefa sedih bila dlm2 novel romantik yg dibaca oleh remaja2 bawah umur ni dimasukkan dgn adegan 18SX yg melampau2...
Eiii...disgusting okay?

Alright, jujur... novel karya Cik Neefa yg bertajuk SEHARUM WANGIAN SYURGA tu juga ada scene nikah kahwin. Dlm novel tu jugak ada babak2 romantik (bukan lucah) ye...

Maksud cabul @ lucah di sini ialah adegan yg menunjukkan mukadimah atau sedang melakukan hubungan seks secara terang-terangan hingga mampu menaikkan syahwat pembaca...

Kesian pd remaja perempuan yg nak membuai jiwa depa...
Niat nak suka2 dgn genre romantik, last2 kena tahan hati dgn novel lucah camtu!

Dan yang paling tak terkata... novel2 cabul tersebut didominasi oleh PENULIS PEREMPUAN!
Hah! apa nak kata?
Perempuan otak biru ke?
Ish3...
Cik Neefa nak cakap jujur ni... jangan marah ye.
LELAKI adalah NOVELIS YANG BEROTAK SUCI ketika menulis.
Ini berdasarkan pemerhatian Cik Neefa...
Walaupun lelaki sering dilabel bernafsu buas, tapi dalam penulisan, diorang TAK HERAN dgn benda2 tu.
Penulisan diorang kebanyakannya bersih, jujur, ikhlas..
Tapi karya2 depa tetap malatop mcm karya Uncle Ramlee Awang Murshid.


Pesan Cik Neefa... berhati-hati ketika membeli novel bergenre romantik. Di sebalik nama 'ROMANTIK', ada KELUCAHAN yang terpalit. Serius, iman kena kuat kalau baca novel2 cabul mcm ni...

#Suka karya Ustazah Fatimah Syarha. Salah seorang penulis WANITA yang tidak mengikut nafsu dalam hasil tulisannya...^^
#Kepada sesiapa yg dah baca novel Cik Neefa, sila maklum kalau2 ada adegan yang telah mengganggu iman anda di dalam novel tu. Cik Neefa ikhlas ni!

Setahun...

4 comments
Reactions: 
*Assalamualaikum*

Siyes punya penat... balik sekolah lambat.
Nak2 pulak ada latihan rumah sukan petang.
*Tapi Cik Neefa tak pergi pun:P hehehe...
Muka Cik Neefa masuk sukan?
No...no...no... you got the wrong person!
Tak pasal2 keluar berita
"SEORANG PELAJAR PENGSAN TIBA2 ATAS PADANG"
Hahaha.
Tu berita Cik Neefa buat sendiri.
Tapi tak mustahil berlaku walaupun Cik Neefa ni tak adalah masalah penyakit.
Cuma, Cik Neefa tak tahan penat... tak taulah kenapa. Cik Neefa rasa nak nangis je kalau dah terlampau penat:(

Cerita pasal penyakit. Cik Neefa tiba2 terkenangkan peristiwa 1 tahun lepas.
Wah... Cik Neefa nak kembali ke zaman silam ni!
Kalau anda semua teramatlah peka pada berita2 semasa,
Anda mesti ingat kes ni...
Sebuah sekolah di Sungai Long terpaksa ditutup gara2 H1N1. Seorang pelajar maut.
Ye... in fact, Cik Neefa nak cakap itulah sekolah Cik Neefa tahun lepas.
*Saya form 4 masa tuh.
Dan... pelajar yang meninggal tu kawan saya. Kami sama2 duduk satu meja dalam makmal buat experiment.

*Yang tengah(pelajar Cina) tu dalam kenangan. Yang muka blur tepi sekali tu abaikan.:P Saja tak nak glamer.  Ni muka masa form 3:P

Panjang kisahnya.
Tapi saya hanya dpt berita pagi tu bila kawan2 Eliz kata "Eeling dah meninggal."

Tak ada reaksi masa tu. Saya cuma terkejut. Menangis pun tidak...
Terimbau balik kenangan dua hari lepas. Baru aje dia bercerita dgn saya ttg cuti Gong Xi Fa Cainya...

Ah... kenapa dgn Cik Neefa ni? tiba2 ingat kisah lama.
Sebenarnya bukanlah apa sangat pun. Just nak ingatkan Cik Neefa dan bloggers semua yang masa ni pantas saja berlalu.
Masa kejadian tu semua kecoh. Sampai sekolah kena kuarantin seminggu.
Tapi... tup2 dah setahun masa berlalu.
Dan saya pun dah pindah sekolah.
Ya ALLAH, pantasnya!

Sedangkan dah trlalu banyak masa terbuang.
Padan muka Cik Neefa dpt result yg entah apa2 utk exam akhir tahun lepas:P
Sekarang...
Dah bulan 2. Bulan 11 ni nak SPM.
Urghhh.... sedar tak sedar, dah banyak masa yg dibazirkan.

Izzah@Isma Haneefa... tolonglah... jangan buang masa lagi!




Apapun, doakan saya ye:)


*Cita-Cita Cik Haneefa:
1-Kalau Result SPM terbaekk... nak jadi DOKTOR. Boleh main2 dgn nyawa orang. Hahaha<--gelak kejam:P


2. Kalau Result SPM entah apa2... jadi novelis je kut @ ambik bidang bahasa...<---Cik Haneefa memang minat English... haha, caya tak Cik Haneefa suka baca kamus??


#SEDIAKAN DUA PAYUNG SEBELUM HUJAN. KALAU SATU KOYAK, BOLEH GUNA SATU LAGI:D<---jangan guna peribahasa ni dalam exam ye! 



Bagaimana Anda Fikir?

13 comments
Reactions: 
*Assalamualaikum*

Alhamdulillah. Kembali ke dunia belogging...
Bloggers, wait 4 me!
Cik Haneefa's coming n will be rocking ur 'port'!
Hahaha...
Eh, semacam aje Cik Neefa ni. Kenapa?
First of all, 
Kredit to WADi.
Maceh2 atas jawapan untuk hukum guna wifi free.^^
*apa punya soalanlah Cik Neefa tanya kan? terkejut agaknya korang baca soalan Cik Neefa yg x dijangka2 tu.

Takpe. Sekarang dah lega sikit nak guna wifi free yg bertuankan entah sapa2 ni...
*Sementara mnunggu duit utk mmbayar BERUKband hujung bulan ni*
Lepas ni Cik Neefa singgah belog anda ye!

Apa Cik Neefa nak kongsi hari ini?
Lihat gambar di bawah.
(TEKAN GAMBAR UTK BESAR PUNYA:D)


So, anda anda ada jawapan tak untuk soalan bijak si gadis manis ini?

*JAWAPAN CIK NEEFA KAT BAWAH TU OKEY TAK? 

Halwa Telinga