Nikah, Kahwin dan... Ustaz Muda.

Reactions: 
Assalamualaikum.


Apa khabar teman-teman? *sila bunyikan dengan loghat Indonesia . Semoga iman sentiasa hebat, mantap, meletup dan kedebabom dari detik ke detik. *pedulikan hiperbola yang tersangat melampau itu. actually tak ada kata yang tepat untuk menggambarkan betapa iman kita perlu sentiasa ditop-up hari-hari.
Huh. Aku sungguh merapu hari ni. Maybe lepas dah naik cable car kepala otak aku jadi 'tertekan' under high pressure? 
Lihat, sekali lagi aku merapu! entah apa-apa. Anyway, ini last day aku dgn femili tercintaaa di Langkawi. Dah borong baju berhelai-helai, dah borong pinggang mangkuk, dah borong kuali bagai *tiba-tiba aku pun eksaited untuk beli kuali. maklumlah, semenjak jadi 'surirumah' lepas SPM kan...
Tak apalah. Gambar-gambar nanti semua aku upload dalam post lain ye. Tunggu tau! *Aiyark, aku sangat perasan, macamlah readers beribu-riban!

Okay. Back to the future topic. Tengah pagi-pagi buta ni ketika femili aku sedang nyenyak tidur dalam kesejukan aircond, aku yang still tahan mata ni tiba-tiba eager nak share apa yang aku dpt dari FB ni:

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Ermmm... aku setuju jugak dengan statement orang yang buat statement ni. Jangan kahwin selagi belum benar-benar bersedia dalam pelbagai segi. Yalah, betapa ramai orang yang kahwin 'semata-mata' kerana hendak menghalalkan 'hubungan'. 

Memanglah salah satu tujuan perkahwinan untuk menghalalkan 'hubungan' tu. Tapi dalam masa yang sama kenalah seiring dengan 'kesediaan' untuk memikul tanggungjawab yang perlu ditanggung selepas masuk ke alam rumah tangga. Bak kata orang, jangan ingat kahwin ni nak syok aje ya?


Apapun, aku baru 18 tahun. Masih freshie, baru lepas SPM. Ni ha, result pun tak keluar lagi. Borang UPU pun entah bila aku nak hapdet lagi. Haishh... sibuk pulak aku ni nak cakap pasal kahwin!


Entahlah. Aku sebenarnya agak 'terganggu' jugak bila ibu aku asyik cakap yang dia nak sorang ustaz muda ni jadi menantu dia. Siapa lagi kalau bukan untuk aku!

Lagi 'naya', adik-adik aku pun nak jugak 'join' provok aku. Macam-macamlah diorang cakap pasal ustaz muda tu pada aku... sampai aku naik rimas.

Aku kenal ustaz muda tu. Dia ajar adik-adik aku mengaji Al-Quran kat rumah sebelah sebelum aku pindah. Aku pernah berimamkan dia ketika solat tarawih di masjid. Jujur aku tak tipu yang suara dia sedap baiii baca Al-quran! Bila aku 'tertembung' dengan dia, dia pun tunduk malu-2 je. Serius, dia memang lengkap pakej untuk dibuat suami and menantu mithali!


And then yang paling tak tahan, adik aku pun ada cakap yang ustaz muda tu pernahlah jugak tanya-tanya pasal aku. Eh eh? aku blur kejap. Lagi 'mengharukan' adalah apabila masa first day aku SPM hari tu, ustaz muda tu tanya adik aku... 'hari ni SPM kan?'

Ish... ish... ish... memang haru!

Dengar cerita ustaz muda tu pernahlah jugak nak 'dijalankan' dengan perempuan lain, tapi dia tak nak. Nak tahu ibu aku kata apa? Ibu aku kata... 'Dia nak kaulah tu!'

Caitttt!

Ni sekarang dah pindah Kuala Kangsar pun, ibu aku asyik sebut pasal dia. Siap kata selalu berdoa lagi supaya ALLAH buka pintu hati ustaz muda tu nak pinang aku.


Hmmm... entahlah. Bukan aku tak nak, tapi... aku muda lagi. Aku rasa aku masih 'berhak' buat pilihan lain. Aku tahu ustaz muda tu memang dah ada ciri-2 lelaki idaman aku, tapi... aku masih mahu menunggu pilihan yang lain.


Annoying betul aku ni kan? Sangat-sangat memilih. Nanti melepas padan muka kau! 


Apapun, aku serahkan semuanya pada ALLAH :')


P/S: Bila difikirkan balik, tak mustahil kisah aku ni nanti jadi macam novel 'Suami Aku Ustaz' tu. Hehehehehe...




2 comments:

nea lopah said...

salam kenal adik... insyaallah dapat jodoh yang baik. Kalau ibu adik mintak ustaz jadi menantu nya tentulah dia doakan juga. Doa ibu kan makbul.. insyaallah...wallahualam.
tq sudi singgah blog akak ;)

ariff al-baqi said...

lelaki yg soleh jgn ditolak.. terima saja jika dipinang walaupun masih muda.. hehe