Jagalah...

Assalamualaikum.
Iman macam mana hari ni sahabat-sahabat? Sihat? Alhamdulillah kalau begitu. Sama-sama kita upgrade iman dari setiap saat ke setiap saat.

Malam ni just nak kongsi sikit pasal Hidayah dan Taufik.
Selalu kan kita dengar dua perkataan ni? Especially dalam doa-2... 'Semoga dapat taufik dan hidayah.'

Namun kita tau tak apa beza taufik dan hidayah ni? Ya, Taufik tu nama budak lelaki. Hidayah nama budak perempuan. Tehehehe... *merapu sikit tak apalah nahhh?*


Analogi mudah:

Hidayah-

A: Assalamualaikum, boleh tunjukkan jalan pergi Masjid Negara tak?
B: Waalaikumussalam. Boleh. You go straight, belok kanan, belok kiri, don't belok-belok and bla.. bla.. bla.

Taufik-

A: Assalamualaikum, boleh tunjukkan jalan pergi Masjid Wilayah tak?
B: Waalaikumussalam. Boleh. You belok, go straight. Belok kanan, belok kiri and bla... bla.. bla... tak apalah, mari saya tunjukkan!


Tamat. 
Amacam? Best tak cerita tu? hihihi. Jangan marah!

Namun secara tersiratnya itulah dia beza taufik dan hidayah. Hidayah ni seperti petunjuk yang memberikan 'arah' namun 'jalannya' perlu dicari sendiri. Macam kitalah umat Islam... kita semua dah diberi hidayah. Ya, kita tahu yang solat, menutup aurat, puasa dan yang lain-2 tu wajib, tapi kenapa masih ada yang tak menunaikan kewajipan tersebut?

Sebabnya, mereka belum mendapat TAUFIK! Ya, mereka dapat hidayah tapi tak dapat taufik. Mereka tahu, tapi mereka tak 'dibimbing' untuk 'mencari jalan' atau mereka sendiri yang tak mahu 'mencari jalan' untuk sampai ke 'destinasi'. 


Jadi itulah bezanya. Simple kan? Whatever it is, kalau kita rasa ALLAH dah berikan kita Taufik, jagalah 'Taufik' tu elok-elok. Jangan melencong ke jalan lain.... Ingat, bukan semua orang diberi peluang oleh ALLAH untuk mendapat Taufik :') . Bila kita dapat, itu bermakna ALLAH sayang kita. ALLAH ambil perhatian pada kita. Sepatutnya kita bersyukur :''D

Cukuplah tara ni nahh? Dah lewat pagi buta ni... kalau yang dah tidur tu, bolehlah buat Tahajud :)

Sayang ALLAH, Cinta Nabi ya :D



3 comments:

Ana Fatihah said...

Betul,setiap kali kita terima taufik atau hidayah kita kena jaga elok-elok.Jgn sampai kena tarik balik.Dan,jgn lupa kita kena usaha jugak.Bukan hanya menunggu taufik & hidayah tu datang sendiri.. :)

ctpayong said...

assalamualaikum wbt.

semoga kita beroleh kedua-duanya sekali, aminn

Izzah Haneefa said...

Ana Fatihah > betul3. hidayah n taufik ni mcm ilmu jugak. kena cari. tak cari mmg x dpt :)

ctpayong> amin... mudah-mudahan :)