Baby :')

Reactions: 
Assalamualaikum kawan-kawan :)
Alhamdulillah. Hari ni kita diberi peluang lagi untuk mengucapkan kata taubat pada ALLAH. Itu satu rahmat tau. Jangan disia-siakan!

Okey. Malam ni aku tiba-tiba aje nak sangat post tentang baby! *Bukan baby yang awek-pakwe selalu guna tu ye. Itu bukan baby. Itu... lu pikirlah sendiri! hehehe*


Jujurnya aku sebelum ni tak adalah 'geram' sangat tengok baby. Biasa-biasa aje. Malah aku pelik bila tengok perempuan lain yang geram dengan baby. Jumpa baby je mesti nak buat muka acah-acah.


Heh! Kenapa aku tak macam tu ya? Aku ni perempuan tak normal ke? hehehehe....

Dah tu, boleh pulak aku pergi heboh kat ibu aku. Aku kata, aku ni tak ada perasaan pun tengok baby. Hahahaha... hati kering!




Tapi... entahlah. Aku tak tahu kenapa kebelakangan ni aku suka sangat tengok baby. Aku tak geram, tapi aku suka! Suka sangat... 

Lebih-lebih lagi bila tengok perempuan lain yang dah ada baby sendiri. Ya ALLAH, aku tak tahu kenapa aku jeles sangat! Aku jeles kenapa aku tak ada baby lagi.... *aiyarkk!


Jujur. Aku rasa naluri keibuan dah menyerap sikit-sikit dalam urat saraf aku. Huhu... mungkin atas faktor umur yang semakin meningkat dewasa? *dewasalah sangat*



Especially hari tu... time aku depan pintu masuk masjid. Ada baby kecik ni, dah merangkak keluar ke kaki lima. Mak dia maybe tengah solat kat dalam... so, aku yg entah mcm mana boleh keshiannn ni, pi angkat baby tu bawak masuk dalam.

Tau tak apa yang aku rasa masa angkat baby tu?
Ya ALLAH! Ya ALLAH! Ya ALLAH! rasa... rasa hepi n sayang n gembira sangat! huhu... rasa macam aku angkat anak sendiri...

aduhaiii... nampaknya aku tak boleh nafikan lagi, yang aku memang dah suka pada babyyyy.. heeeee :3

P/S: Fitrah seorang perempuan memang dikurniakan naluri keibuan. Maka wanita-wanita sekalian, janganlah cuba 'menafikan' fitrah itu. Hihi....


Sayang ALLAH, Cinta Nabi ya :)








No comments: