BUAT DIA TERSENYUM...

Assalamualaikum.
Heee... kenapa tajuk entri kali ni ada bunga-bunga nak macam tajuk novel eh? Oh, otak aku kan dah masuk air! Ini semua gara-gara jejalan tak hengat duniaa di Penang tadi.
Muahahaha. Akhirnya aku dapat jugak masuk Jusco! KK takda Jusco. 

Buat dia tersenyum? Eh eh, siapa pulak 'dia' tu heh? Ehem... ehem... dia tu sesiapa ajelah. Aku sebenarnya nak sampaikan yang kita kena buat orang di sekeliling kita tersenyum.

Yeah. Kali ni aku nak bebel pasal bahagia dan membahagiakan. Ofkosla semua orang nak bahagiaa kan? Manalah ada orang nak hidup dia menderita dan sengsara. Kalau ada pun aku tak tahu nak letak kat kategori mana. Yalah, nak kata gila, orang gila lagilah bahagia. Sebab itu nama hospital diorang ialah Hospital Bahagia!



Hah, ada ura-ura nak merapu dah aku ni. Sebelum meleret, baik aku 'tazkirah' sikit...

Kita selalu mengharapkan bahagia, tapi selalu tak kita memasang angan-angan untuk bahagiakan orang lain?
Namun hakikatnya, ramai orang yang tidak mempedulikan pun kebahagiaan orang lain asalkan diri dia sendiri bahagia. Surelaa tidak sepatutnya kita jadi mementingkan diri sebegitu.

Nak nak pulak bila ada orang yang sanggup 'mencipta' derita dalam hidup orang lain semata-mata kerana inginkan 'kebahagiaan' diri sendiri. Walau yang sebenarnya 'kebahagiaan' tu takkan kekal pun. Semuanya sementara saja. Nauzubillah... janganlah jadi begitu.

Nak kebahagiaan yang permanent? Nah, itu kena tunggu di syurga nanti! Ya, di situlah tempat di mana kita akan menikmati bahagia tanpa sempadan, tanpa pasang-surut dan sebagainya. Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh kita berusaha merebut peluang untuk mendapatkan kebahagiaan permanent itu!

BTW, kalau tak mampu nak beri kebahagiaan, cukuplah sekadar tidak 'mencipta' penderitaan kepada orang lain. Kita hidup bukannya lama pun.


Jangan bazirkan masa untuk 'mencipta' derita, tetapi luangkanlah masa untuk 'memberi' bahagia.

Sekian. Ikhlas dari Cik Izzah.

Sayang ALLAH, Cinta Nabi :')




3 comments:

ain soofiyah said...

setuju.. eh ad pembetulan sikit.. cinta Allah sayang nabi.. Allah mesti no 1!=D

blog usang said...

nak sedekah duit..tak de..

senyum pun tak pe lah..senyum kan sedekah..

Uji Hussein said...

Stuju dengan Ain Soofiyah