Pesan Kak Aisya Sofea

Reactions: 
*Assalamualaikum*

Dah sampai Penang. Alhamdulillah...hukhuk. Sedey no tinggal KL ;'(
Nak buat macam mana... suratan takdir. REDHA jelah.
At least semalam, tercapai jugak impian nak jengukkan muka di
 FESTIVAL PENULIS KARANGKRAF
Yang berlangsung pada 27,28 & 29 Januari ni.
Cepat! cepat!
Serbu ramai2! di samping dapat jumpa sekali novelis kesayangan anda.:D
Yesss... seperti tajuk entry di atas, saya telah berkesempatan berjumpa dgn novelis ADAM & HAWA serta UDA & DARA, iaitu Kak Aisya Sofea.
*Siap dapat tip2 penulisan secara personal lagi. Best tak, best tak?

First time jumpa...gemuruh woo...

Tip2 penulisan drpd beliau... bila penulis bertemu penulis, faham2 jelah.

Cantek Booth beliau
Dua Novelis... sorang POPULAR, sorang TAKDE SAPA KENAL. Huahuahua...

Saya ceritakan pada Kak Aisya yang saya juga Novelis di Alaf 21. Tapi baru first novel and masih bertatih serta... tak ada siapa kenal.
Kak Aisya pun pesanlah...
"First novel memang slow. Tapi tak apa, teruskan... kita menulis bukan kerana apa, tapi kerana minat."

Lebih kurang gitulah bunyinya.
Apapun, seronok dapat jumpa beliau!
*walaupun saya baru baca ADAM & HAWA dan UDA & DARA dari koleksi karya beliau.
Kak Aisya juga bagitahu yang ADAM & HAWA akan didramakan...
Saya tanya siapa hero...
Beliau jawab.... "Aaron Aziz."
Ahh! saya dah tarik muka... kenapa semua hero novel dia pulun?
Ombak Rindu, Nora Elena, Stanza Cinta... hisshh, carilah orang lain pulak!
*jangan marah ye peminat Aaron Aziz!

Okey. Cerita seterusnya...
Dalam keghairahan adik saya nak jumpa novelis kesayangannya, Uncle Ramlee Awang Murshid, saya potong 'line' bila nampak booth NUR... wohoho... teruja!
Kenapa saya teruja?
Mestilah saya teruja sebab saya novelis NUR!
Hehehe... dari jauh saya dah nampak dua orang novelis yg saya anggap macam kakak saya selama ni walaupun sekadar berkenalan di Facebook.

Kak Raihan Zaffya dan Kak Nazihatul Hanan!
Trio Novelis NUR... Nazihatul Hanan, Isma Haneefa & Raihan Zaffya


Beli, jangan tak beli!!!


Sepanjang berada di situ, tak perasan pun gambar cover novel saya... bila dah masuk komputer... "Eh, novel akulah!"
*Yang tepi sekali tu novel sayalah^^


Lepas dah peluk, laga2 pipi...pergi pulak ke booth Dr. TUAH. Ibu saya memang agak 'fanatik' dgn beliau...



Yang depan tu mak DR TUAH. Untung ibu saya..dgn mak2 sekali dapat jumpa.

Okey... apa cerita lepas tu pulak? Haaa... apa lagi?
BORONG NOVELLAH!!
Wohhh...tak larat nak bagitahu satu per satu tajuk novel yg dibeli.
Banyak! *tapi ibu saya yg banyak sponsor:P
Thanks MUMMY! I LOVE YOU!

Guess what?
Bila nak bayar tu, saya trnampak ada brosur novel2 Alaf 21...
dan.. OH YA ALLAH!
Gamba novel saya di muka depan!
*Bangge tuhh...




Gamba tak clear... kamera ni dengki!



Alright. Itu ajelah nak cerita kut. Apapun, sesiapa yg belum berkesempatan, sempat2kanlah diri tu ye... diskaun banyak tuh!
Ada novel RM 5 je!
Cepat2!!!

8 comments:

Nazihah@Jiha said...

Allahuakbar..

bestnyerrr..^_^

Novel Adam&Hawa tu mmg baik!
a'alah..knplh Aaron aziz ja hero ==

::WafaIrdina:: said...

wahhh..ni memang betul2 peminat novel ni..
semua pengarang dia kenal..huhu
ehem3..skunk ni da trend kan nk dramakan novel lam tv...
n jgn la marah aaron aziz..akak pun minat lar jugak dy...
kes nora elena r ni..hee

pe pun akak doakan adeq trus bjaya lam bidang penulisan..:D

~Filzati Zulkepli~ said...

mohon jangan cari aaron aziz lagi. banyak lagi pelakon lelaki malaysia ni. jangan mare ye fans AA :)

amik beto khusyairy pom ok :P

Isma Haneefa said...

>Yup. Adam&Hawa best...huhu, tak taulah nape asyik aaron aziz je yg jadi hero...

>Kak Wafa,mmg saya giler novel...tak cukup tangan nak cekut novel hari tu.hehehe...sori ye kak, tak tau pulak akak minat aaron aziz...


>Filzati, betul3...carilah hero lain pulak. Asyik muka sama je...
Saya prefer Zain Saidin utk watak Adam:D

Ad-Dien said...

enti ni memang nak ska novel ya...ana tak tau kenapa ana tak mampu nak baca novel...tak boleh masuk..huhu...

insyaAllah moga Allah mudahkan urusan Isma Hanifa..penulis alaf ini :)

Isma Haneefa said...

>Ad-Dien... mmg kbiasaannya lelaki tak suka baca novel. Faham sangat:)
Mungkin sbb lelaki bnyak fikir logik brbnding perempuan yg suka beremosi..atau mungkin jgak lelaki x ada imaginasi yg tinggi:P

Ad-Dien said...

tak lah...bukan tak berimaginasi..saya seorang pelukis komik juga,,huhu..

cuma sy tak boleh nak fokus baca novel..tak pernah habis suku pun..

mungkin sebab kepala saya sudah terbiasa baca buku ilmiah dan bacaan berat..tambahan penulisan sy juga ke arah itu...wallahua'lam...

pernah cuba menulis novel tapi tak ada minat yang mendalam..huhu..

jemput ke blog untuk menambah ilmu...(bukan ilmu novel naa..hehe)

Isma Haneefa said...

>Ad-Dien, betullah tu...suka fikir logik. baca buku ilmiah tu logiklah..

Lukis komik? wah, lepas ni kalau ada karya saya yg prlukan grafik bolehlah mmintak tolong:)

Takpe...semua org ada minat sndiri...tak dinafikan ada jugak lelaki minat novel. tpi biasanya llki minat novel thriller...x main jiwang2 ni....


akan membalas kunjungan, insya-ALLAH.