Oh Tudung Labuh.

*Assalamualaikum*

Lagi satu hari saya diberi peluang untuk bertaubat:)
Yalah, kalau ditakdirkan ajal menjemput, maknanya pintu taubat sudah tertutup.
So, jom taubat sama-sama! 
Jangan bertangguh-tangguh.
Entah esok, entah lepas ni, entah sesaat lagi... nasib kita masih menjadi rahsia ALLAH.

Bagaimana dengan hari yang dilalui? alhamdulillah...
Sepatutnya sebagai orang Islam, kita kena pegang kukuh konsep hari ini lebih baik dari semalam.
Oleh sebab itu saya cuba mencari cebisan-cebisan perkara yang membuatkan hari ini lebih spesial dari semalam.

Okey, pagi2 lepas perhimpunan di sekolah tadi, kami ada sesi PJK. Tau kan apa tu PJK?
(amboi Cik Haneefa... macam dia sorang je pernah sekolah!) :P
Tapi serius, itulah PJK yang paling takkan saya lupakan sepanjang hidup.
Terkilan saya dibuatnya bila mengimbau balik saat tu.
Urghhhh... tak maulah ingat lagi. 
Kami dipaksa melakukan macam2 posisi di atas padang yang layak dibangunkan sebuah stadium itu.
Posisi apa? wohh..tak perlulah cerita ye...ada yg agak memalukan.
Salah satunya, kena baring atas padang dan kangkang kaki besar2 ke udara! 
Kotor tudungku:'(
Cukup!
Ada yg lebih memalukan tapi saya takkan cerita kat sini. Fobia aje nak PJK lagi...
Nasib baik cikgu kami perempuan. Tapi tak tahulah apa motif dia suruh buat aktiviti pelik ala2 tentera tu. 
Dan, nasib baik juga pelajar lelaki ada cikgu PJK mereka sendiri...
Ya ALLAH... speechles :o


Kisah time subjek Agama Islam pulak.
Okey, saya dah siap buat powerpoint tajuk PERKAHWINAN...checked!
Tajuk perkahwinan tu dgn rela hatinya saya yg book. Tak tahulah kenapa :p
Alaahh..bukan cerita apa pun. Just cerita apa makna kahwin, hukum2 kahwin... itu saja.
Dan... kringg!!!
Loceng pun berbunyi... so, sambunglah lepas Gong Xi Fa Cai!
Ustaz tanya saya... "Nak masuk syarahan tak?"
Saya tercengang seketika sebelum tergugup-gagap menjawab... "Errr... syarahan aje ke, ustaz? hafazan dgn tilawah tak ada ke?"<----demand pulak!
Ustaz angguk2 sambil tekan mousepad lappynya. "Ada, ada..."
"Haa, hafazan saya naklah. Sebenarnya saya dah hafal surah-surah untuk wakili sekolah lama saya. Tapi sebab saya kena pindah, tak jadilah," terus-terang saya. Dalam hati, bunga-bunga cinta  excited mula mengembang.
Ustaz kata, "boleh. Boleh dicadangkan."
Senyuman saya meleret. 
Oohhh... hafazan. Entahlah, saya suka betul masuk acara tu sejujurnya berbanding Tilawah Al-Quran.(Mungkin semenjak jadi johan hafazan peringkat negeri tahun 2004 tu kut?)
Tapi serius... semenjak jadi johan 8 tahun lepas itulah saya berminat dalam bidang hafalan Al-Quran.
Cuma sayangnya, takdir saya tak tertulis untuk masuk maahad tahfiz... malah sekolah agama biasa pun tak mahu terima s aya :'(
Tak apalah, saya redha. Tapi saya cuba juga berusaha memupuk minat saya dgn menyertai pertandingan2 seperti ini.
Walau mungkin saya takkan pernah menjadi sehebat seorang al-hafizah yang memang lahir dari maahad tahfiz, namun... tidak mengapalah. Biarlah saya dengan cara saya.
Tapi sejujurnya saya amat cemburu kpd mereka2 yang berpeluang duduk dalam madrasah pengajian yang mengangkat Al-Quran dan Sunnah sebagai manual dan buku peraturan utama.
Berbeza dgn sekolah biasa yg mana mnjadi tempat saya menuntut ilmu ketika ini...

Saya tersenyum geli hati mengingat kembali ketika seorang mak cik menegur saya di surau PWTC, ketika itu majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa sedang berlangsung.
Mak cik tu tanya... "Adik ni sekolah tahfiz ke?"
Saya yg sdg leka mmbetul2kan tudung di cermin berpaling tercengang-cengang. Sekolah tahfiz? "Errr... tak, mak cik. Saya sekolah biasa aje."
Mak Cik tu pun angguk dan pergi.
Saya kepelikan. Muka saya mcm budak tahfiz ke? saya lihat diri saya sendiri... oh patutlah. Saya bertudung labuh. Memang, sekali pandang org mesti akan expect saya seorang pelajar agama, hebat bahasa Arab, hafal Al-Quran dan sebagainya...
Walhal... aliran dan bidang saya  hanyalah untuk kepentingan dunia jika dilihat secara zahirnya. Saya juga tidak pandai berbahasa Arab. Dan... saya tak pernah melangkah ke maahad tahfiz. Dari darjah satu hingga form 5 kini saya setia bersekolah di sekolah kerajaan biasa.
Yang lebih sadis... mak cik tu tak tahu yg saya baru saja BERJOGET di sekolah pada petang itu.
Berjoget? ya... terpaksa. Sebab petang itu saya menghadiri kem Pembimbing Rakan Sebaya.
Dalam aktiviti kem yg memang terdedah kpd percampuran lelaki dan perempuan tersebut, kami melalui satu slot aerobik... dan sebagai peserta, saya tak ada kuasa utk membantah.
Saya terpaksa akur walau dengan berat hati.

Saya pandang tudung saya... layakkah saya memakai pakaian yg menggambarkan bahawa pemakainya adalah yg dipandang tinggi agamanya sedangkan saya hanyalah yg biasa-biasa ini?
Adakalanya duduk sekolah biasa ni membuatkan saya terpaksa 'melupakan' mujahadah saya atas sebab2 yang tak boleh dielakkan..
Oleh sebab itu bila ibu saya belikan PURDAH, saya berbelah bahagi...
Sampai sekarang saya tak berpurdah. Saya hanya mampu beristiqamah dgn tudung labuh... itu pun rasa TAK LAYAK sering menghantui. Yalah... pakaian saya tak setanding dengan siapa diri saya.
Memanglah pelajar maahad tahfiz juga manusia yg tak maksum...
Tapi adakah di maahad, mereka akan dibenarkan bebas bergaul lelaki dan perempuan? apakah mereka dibenarkan berjoget2 dan aerobik serta terkinja-kinja dlm keadaan lelaki dan perempuan yg bercampur?
At least, mereka masih terpelihara drpd perkara2 itu...
Pelajar2 Darul Quran.

Dan... tak lupa juga saat ketika saya bertanya kpd seorang pegawai Darul Quran(tempat menghafaz Quran utk lepasan SPM). 
Saya tanya... "Kalau sekolah biasa boleh tak masuk sini?'
"Boleh. Tak kisah daripada sekolah mana..."jawab dia ramah.
"Ohhh... tapi saya aliran sains biasa, tak ambil bahasa arab atau pengajian Islam!"
Dia diam seketika. "Tak ada bahasa Arab? setakat ni Darul Quran belum buka lagi  utk kategori tu. Mesti kena ada Bahasa Arab, baru boleh apply..."
Tiba2 saya sebak sangat. Air mata sudah bertakung tapi cuba ditahan...
Ibu saya menyampuk. "Dia ada minat, tapi cuma tak ambil subjek2 pengajian Islam aje."
Saya terus diam. Tiada kata lagi... saya sebenarnya sedang menahan kecewa.
Pegawai yg bergelar ustaz itu tersenyum... "Maaflah. Setakat ni kalau nak apply Darul Quran, kena ada bahasa Arab atau mana-mana subjek pengajian Islam kat sini," terangnya sambil menunjuk pada brosur di atas meja.
Saya terus diam. 

Apapun. saya tahu ALLAH dah tuliskan sesuatu yang baik utk saya. Saya cuba ambil semua ini sebagai satu cabaran dalam mencari cebisan2 nilai solehah dalam diri yg tak seberapa ini... doakan saya.


*Bersalah setiap kali orang  menganggap saya pelajar tahfiz... 
Bukan. Saya hanya pelajar Aliran Sains Tulen di SMK Alma.

*Nampaknya setiap minggu saya kena hadapi saat2 'fobia' di atas padang tersebut... utk sepanjang tahun ini. Oh masa...cepatlah berlalu!





10 comments:

NorFarahin@aien said...

Meski kita bertudung labuh, meski kita berjubah, meski kamu berketayap, meski kita bertanda hitam di dahi, meski kita solat lima waktu, meski kita pergi menghadiri talaqqi mengelilingi Bumi, meski kita x pernah lepas tafsir di tangan, meski kita x pernah lepas bangun bersujud setiap sepertiga malam, ingatlah bahawa jangan lupa soal hati.

Tiada gunanya kalau hati x merendah diri. Tiada gunanya kalau hati penuh dengan rasa riak. Tiada gunanya kalau hati prasan diri paling bagus. Sedangkan Rasullullah pun tetap menangis dalam sujud baginda meminta ampun kepada Allah, apatah lagi diri kita umat akhir zaman. Fikir-fikirkanlah..

Semoga hidayah Allah sentiasa bersama kita, insya-Allah. change slowly, step by stepsincerely, for Allah, no pressure, with ur own way. Get it?

selamat bermujahadah.

Izzah Haneefa said...

hehe...thx kak. Bukannya apa...agak 'terasa' bila org labelkan saya brdasarkan pakaian saya. Apapun...thx utk doa. Doakan saya istiqamah utk brmujahadah^^

azhariahzuber said...

kami bila la pula ?

Izzah Haneefa said...

>Kak Azhariah, bila apa?

FR said...

dah penah merasa bertdung labuh 5 tahun. terasa nak buat jga. tp kekangan byk sgt :') byk hati kena jg. belum masanya lg kot.

tp best kan feeling bila ada dlm tdung labuh? hihi.

Izzah Haneefa said...

>Kak Fathiah...yup. rasa bila dh sarung tudung labuh, serba salah nak tanggal...syok sngt^^

Wafi Remli said...
This comment has been removed by the author.
Green Leaf said...

Alhamdulillah, saya rasa kagum... memang susah nak jumpa orang sekolah biasa boleh mujahadah macam saudari...

Anonymous said...

:-) aunty pernah hadapi situasi sama. Baru nak belajar cintakan tudung labuh.. Ada yg kata mesir graduate la, lecturer la, belajar tahun berapa la.. Masa tu still young tp anak dah dua. sekolah biasa pun kita tetap hamba Tuhan yg di pilih untuk terima hidayah.. Betul tak....?
But that time, i am not strong enough.. Now Alhamdulilliah..perjuangan dan jihad aurat akan diteruskan hingga hujung nyawa..tanya hati kita dahulu kan Allah atau manusia. ?

Bintu Qist said...

Assalamualaikum...

Saya merupakan bekas sekolah maahad... Alhamdulillah, berpeluang dapat belajar di sekolah sebegitu..

Namun begitu, ada juga pelajar maahad tidak bersyukur dengan sekolah yang mereka timba ilmu itu...

Usah kata tidak layak... Allah sahaja yang tahu niat awak... Saya menyokong dan kagum daripada pelajar biasa yang bertudung labuh sedangkan bukan daripada sekolah agama seperti awak...

Timbul juga perasaan malu terhadap awak yang bersungguh-sungguh nak masuk DQ... Saya yang pernah hafal Al-Quran(tp bukan Al-Hafizah) tak ingin nak teruskan cita-cita utk menjadi Hamalul Quran...

Saya ada satu sekolah untuk dicadangkan kepada awak untu ambil STAM dan sekolah itu mengambil pelajar yang tiada basic dalam Bahasa Arab.. Nak cuba?? Masih belum terlambat, saudari ^^

PM saya di FB, sekiranya awak betul-betul nak dan berminat di http://www.facebook.com/qalamasysyarh