"Lub-Dub"

Reactions: 
*Assalamualaikum*

Tekap dada anda sekarang. Feel betul-betul... bunyi apa yg anda dengar?
Dup-dap, dup-dap?
Okey. Semua orang tahu tu bunyi jantung.

Ingat tak masa kecik-kecik dulu, main doktor-doktor. Kita buat bunyi jantung palsu dengan mulut kita.
Dup dap... dup dap... dup dap...
Hoho... bukan budak kecik aje. Malah orang tua pun anggap bunyi jantung macam tu!

Kalau nak tahu, bunyi jantung kita sebenarnya... "Lub-Dub, Lub-Dub, Lub-Dub"
Haaaa... itulah bunyi degupan jantung kita.
Mungkin kepada sesiapa yg pernah ambil aliran sains dan Biologi, tahulah kut.
*Kecuali dia ponteng kelas:P

Eh, kenapa Cik Neefa tiba-tiba nak ajar sains ni?
Entahlah... tiba-tiba aura 'KEDOKTORAN' meresap dalam urat Cik Neefa pagi-pagi ni.
*Kes bingung nak tentukan masa depanlah ni...

Tak apalah. Biarlah Cik Neefa terjun dgn labu-labunya...
Kita berbalik pada soal jantung.
Kenapa jantung kita bunyi macam tu?

Okey. Macam ni sebenarnya... *cuba menerangkan tanpa tengok buku teks:)
Jantung kita sebenarnya ada pintu. 
Kalau belah kanan ada Tricuspid Valve
Kalau belah kiri ada Bicuspid Valve... 
*cepat salin!
Dan, kedua-dua belah ada SEMILUNAR VALVE.

Bunyi degupan tu sebenarnya datang dari tutupan pintu valve-valve tersebut. 
Eh, ingat jantung tak ada main tutup-tutup pintu ke?
Kalau tak ada pintu, darah kita undo baliklah... bahaya tu!
 So, bila darah lalu dan melepasi valve tu, valve tu akan tertutup dgn sendirinya untuk mengelakkan pengaliran balik darah tu. Maka terhasillah bunyi  "lub-dub."

Bunyi "Lub" untuk tutupan Tricuspid Valve dan Bicuspid Valve.
Bunyi "Dub" pula untuk tutupan Semilunar Valve.

Ada faham murid-murid?
*Tak payah poyo sangat Cik Neefa! bukan kau sorang belajar Bio!

Huh...berjaya jugak buat explaination tanpa tengok buku teks...
Apapun, saya mmg suka bangat time Biology...
Banyak yang kita boleh tahu pasal badan kita. Seronok tuh...
Di samping dapat menghayati kebesaran ALLAH TAALA...
ALLAHUAKBAR!
Sebenarnya badan manusia diciptakan dgn kompleks... bila dah belajar, rasa kagum sangat.
Plus pening jugaklah sbb kena hafal nama2 sains yg pelik tu...

*Mesti best jadi doktor kan? tiba-tiba teringin pulak. Urmmmm :/


9 comments:

farraain said...

suka nasyid nie...sape nyanyi ek??

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum dik.

wak..belajar bio hari ni,akak dulu dpt study bio sekejap jak..lpas tu masuk teknik ambik kejuruteraan dah tak ambik heh~ kwn2 kata..best bljr bio..mm..== apa leh bt kn...

naqibah akak kata..mmg best study kedoktoran ni^^ akak tgok buku mrk pun tebal semcm hehe~

apa2 pun good luck utk adik..insyaAllah perancangan Allah tu pasti yg terbaik ^^,

v(^^,)

Isma Haneefa said...

>farrain, ini doa solat dhuha dri kumpulan UNIC :)

>Kak Najihah, huhu...takpe2, ilmu ada di mana2. kejuruteraan pun best gak:D
amin..insya-ALLAH:D

misyamissyou said...

bunyi jantung boleh dgr bile keadaan sunyi sepi sngt2 huhuu

Isma Haneefa said...

yup...bila sunyi baru clear:D

::WafaIrdina:: said...

wahhh,,.akak pun minat bio jugak..
actually dl cita2 sbenar nk jadi doktor jugak..
p doktor gigi..
hihi~~

pe pun.. dengan melihat segala ciptaan Allah..
baru kita nampak betapa besar dan agungNYA kekuasaanNYA kan..

Isma Haneefa said...

>Kak Wafa, jadi doktor gigi pun okey gak kan? bukak klinik gigi gerenti ramai serbu.hahaa..*trpikir nak untung plak:P

Betul3... bila kita dalami sesuatu ilmu tu, secara xlangsung kita boleh gunakan mata hati utk mengagumi kebesaran ALLAH:D

eyqa amin said...

doktor wannabe? heh

lurplurp beat...lup-dub...

Isma Haneefa said...

haha...pray for me:D