Daie Yang Kelu

Reactions: 
*Assalamualaikum*

Ketika saya sedang leka membuat kerja sekolah agama(gara2 tak sempat siap masa cuti), kawan di sebelah saya mula bermukadimah untuk borak2...
Mula2 saya mcm malas nak layan... banyak kerja tak siap lagi woo!
Karang ustaz denda dgn 'roti panjang' dia, padan muka Cik Neefa!

Tapi... tiba-tiba saya tertarik bila dengar sayup-sayup dia kata;
"Kan bagus kalau Rasulullah ada sekarang."
Tangan saya berhenti menulis. Terus saya toleh pada dia. 
Saya jawab, "tapi kalau Rasulullah ada, mesti Baginda sedih tengok kita."
Dia angguk. Katanya, "yalah. Tengoklah orang zaman sekarang... yang perempuan nak jadi laki, yang laki nak jadi perempuan."

Sebenarnya saya agak terkilan dan tak menyangka yg dia akan berkata begitu. Saya pernah berjumpa dgn dia di luar tanpa memakai tudung.... so, agak jarang jugaklah saya sentuh bab2 agama bila bersama2 dia. Mungkin dia tak berminat nak dengar.

Namun serasanya saya dah silap. Saya silap menilai dia... satu pengajaran yg saya dapat.
Walaupun dia tak pakai tudung, atau tak ikut perintah agama, tak semestinya dia tak berkeinginan untuk bercakap soal agama.
Okey. Saya akui silap saya.

Kami berborak, bersembang dan... saya mula rasa senang berbicara hal agama dgn dia.
Dari gaya dia, kelihatannya dia begitu berminat mendengar prcakapan saya ttg kematian, aurat dan solat...

"Teringin nak berubah. Tapi, susah..." luahnya jujur.
Saya tersenyum lalu membalas. "Mujahadah memang susah. Tapi ingatlah, kita hidup kerana nak senangkan 'hati' ALLAH. Lagipun, ALLAH dah bagi kita semuanya. Udara free, makan, minum, cukup setiap hari. Kenapa kita masih nak sombong dengan-NYA? ibarat kita meminta tolong seseorang, tapi last2 kita pulaukan dia."

Nampaknya dia boleh menerima kata2 saya.

Saya sambung," apa nak dijawab depan ALLAH kalau katakanlah kita mati dalam keadaan kita sedang ingkar pada-NYA? kematian tu bila-bila masa aje. Kita sendiri tak tahu bila ia datang."

Luahnya lagi... "tak panas ke pakai handsock(sarung tangan)?"
Saya geleng. "Tak. Dah biasa. Panas dunia tak apa, janji jangan berpanas di akhirat. Cuba masa tengah menggoreng, berani tak kita cucuh tangan dlm kuali?" saya cuba beranalogi.

Dia geleng laju. Nampaknya macam tak sanggup.
Saya terus bercerita dengannya... makin lama, makin rancak. Semuanya berkisarkan tanggungjawab seorang gadis muslimah. Yang pastinya, saya cuba tekankan padanya agar meyakini bahawa setiap orang itu ada peluang kedua selagi nyawa tak bercerai di badan.

Dan sejujurnya... saya punya banyak hujah yang mungkin mantap. Tapi itu semua hanya terluah dalam penulisan... saya kelu bila berhadapan dgn saat2 'praktikal' sebegini. Daie yang kelu...
Bukan sorang..tapi dah beberapa org datang mngadu pada saya, hal yg seakan2 sama.
Apa yg saya dpat simpulkan... seseorang yg melanggar perintah agama itu belumm tentu dia bencikan agamanya. Fitrahnya, mereka juga ingin berada di atas jalan yg lurus.


*SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN TAUFIK-NYA*


7 comments:

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum.

mula study dahkn dik =) bestnya heh~

Alhamdulillah,suka akak baca kisah benar adik ni,setuju dgn apa yg adik kata.

kak pun prnh mengalami perkara yg sama,mrk sebenar ada kehendak utk berubah cuma kbykkn mrk kata belum bersedia..

barangkali..kalau mereka betul2 bersedia utk berubah,tak mustahil mrk akan jadi yg lebih baik drpd yg baik^^

moga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada mereka..dan Allah tetapkan hati kita utk terus berpaut pd syariat Allah yg benar..amiin.

::WafaIrdina:: said...

betol 2
akak pn cm2..
bile bkata2..mmg akak fail..
em..hanya mampu berjata2 melalui penulisan je..

pe pun..
mujahadah memang pahit..
sebab syurga 2 manis..
kan

1 lagi..
Lagi bagus berubah sikit-sikit daripada berubah secara drastik pastu x istiqamah.
Jangan kamu cakap, "Alasan. Berubah drastik, pastu istiqamah la.." Amboi..
Senangnya cakap (memang la becakap senang. Istiqamahnya payah)..
Belum rasa belum tau. Berubah tu payah, banyak dugaan. Sedangkan Quran pun diturunkan secara beperingkat, apa salahnya kalau manusia pun berubah secara beperingkat juga? Renung-renungkan..

Isma Haneefa said...

>Kak Nazihah,yup.dah start study...*bila ada mood jerk.haha..
apapun, sedia x sedia..apa yg wajib, lakukanlah seperti mana hukumnya. betul, smoga ALLAH berikan hidayah dan taufik-NYA.

>Kak Wafa, kita bukan mcm ustzh nor bahyah.hehe..tu yg fail lisan tuh!
yup...biarlah sakit di dunia asal x sengsara di akhirat.
apapun, setuju berubah sikit demi sikit...mulakan dgn yg asas dulu, seperti solat. Bila solat dah betul, seperti janji ALLAH, akan mencegah kita dri yg mungkar:)

Azhariah Zuber said...

semua org mahu berubah. pegi klcc, walaupun sexy tetap masuk surau sembahyang. moga dibukakan hidayah untuk menutup aurat sepenuhnya untuk org mcm tu kan kan

izatty fatihah said...

sy pernah jumpa dgn pmpuan yg kempunan nk jadi laki
sekilas tgk mmg 100% mcm laki, tp ble dgr suara bru th pmpuan..
mohon kte sntiasa ditetapkan iman agar x cepat ikut nafsu..
smoga kwn neefa tertarik nk pkai tdg + handsock plak lepas ni ;)
insyaAllah kan..

Isma Haneefa said...

>Kak Azhariah, betul3...smoga mereka dpt mlaksanakan tnggungjawab dgn smpurna..

>Kak izatty, amin...semoga begitulah hndaknya...dunia akhir zaman mmg mcm tu..

fathiahRAIHANA said...

kadang2, kawan kita yg mcm ni ada rsa nk brubah.. tp dia segan.. segan dgn kita mgkin.
penah jugak ada pnglman mcm adik dlu, sedih plak bila dok sembang ngn kawan akak tu. rasa mcm tgjwab kita nak guide dia.