*Assalamualaikum*
Ketika jari ini menaip, jam sudah pun menginjak ke pukul 1:09 pagi.
Ya, sudah agak terlewat bagi seorang anak gadis bagi saya utk terus berjaga:/
Siaplah kena bebel dengan ibu esok:P
Namun, kadang2 rasa best jugak...
Especially bila ibu kata... "KAU NAK JADI BURUNG HANTU KE?"
Saya tersengih. Jadi Burung Hantu pun apa salahnya kan?
Janji tak jadi hantu :PPP
Hummm...*keluhan panjang*
Sekali lagi, Ketika menaip post ini, ada satu perasaan gerun menyelinap rancak serancak batang2 jemari yang sedang menari di atas keyboard ini...
Gerun... bercampur kecewa, luluh, rawan, hancur dan remuk redam hati ini.
Apa yang dah berlaku Cik Haneefa?
Ketika blogwalking ke belog kawan2 sekolah baru, saya terjumpa link belog sorang kawan yang duduk di depan saya dalam kelas. Dgn hati yg brbunga2(sbb nak follow n tinggal pesan shoutbox), saya kliklah... dan teka apa yg berlaku?
Alhamdulillah...cantek belog dia. Saya sndiri x pandai nak bermain dgn design2 belog smpai jadi lawa macam dia punya. Senyuman tersungging di bibir...
Namun...
Senyuman itu tidak lama...
Ketika mmbaca post terbarunya,
hati saya hancur+luluh+berderai bak kaca yang terhempas ke lantai...
Serentak itu juga...
Rasa GERUN + BERDOSA merenjat ke seluruh urat nadi.
Astaghfirullahalazim... besarnya dosaku selama ini, ya ALLAH!
Walaupun dia tidak berterus-terang, tetapi saya tahu sayalah yang sedang diperkatakan di dalam post itu. Saya cukup yakin dan pasti berdasarkan ceritanya dari awal ke akhir.
Apa ceritanya?
Post itu sebenarnya merupakan luahan hati dia terhadap seorang kawannya yg satu ketika prnah rapat dan baik dngan dia. Dia tidak puas hati kerana kawan baiknya itu berubah semenjak...
Semenjak SAYA masuk ke sekolah itu.
Dia luahkan segalanya di situ...
Dia katakan bahawa perubahan kawannya itu berlaku gara2 SAYA.
Tapi,
Saya tak sangka SAYA-lah puncanya...
Nauzubillah...brdosakah saya?
Saya hanya seorang pelajar baru yang tiba2 ditakdirkan tercampak ke Negeri yg agak jauh dari kehidupan saya spnjang sepuluh tahun ini.
Belum pun sedih saya hilang meninggalkan rumah di Kuala Lumpur,
Belum pun hiba saya sirna meninggalkan sekolah lama yg menjadi tmpat saya menuntut ilmu selama 4 tahun,
Belum pun kecewa saya pergi kerana trpaksa berpisah dgn kawan2 lama secara mendadak dan mengejut...
Belum pun lagi saya dapat menyesuaikan diri dalam suasana baru di sini...
Ya ALLAH... KAU kuatkanlah aku!
Saya terpaksa menelan pahitnya kenyataan bahawa... sayalah punca kepada dinginnya silaturrahim antara kedua-dua orang sahabat itu.
Namun, itu bukanlah kehendak saya. Saya tak pernah meminta agar jadi begitu..
Tak sangka kehadiran saya telah merenggangkan sebuah perhubungan persahabatan.
Nauzubillahiminzalik... kejamkah saya?
Namun, saya takkan menyalahkan si dia yg meluahkan hal itu. Saya juga pernah merasakan hal yg sama seperti dia. Saya tahu betapa pahit dan pedihnya apabila sahabat yg sentiasa brdampingan dgn kita smenjak sekian lama tiba2 saja berubah angin dan meninggalkan kita tanpa sebarang isyarat dan amaran... saya tahu dia juga kecewa dan saya faham itu.
Cuma, saya tak mampu hendak membendung rasa berdosa dlm diri ini.
Saya masih dihantui kekesalan... kesal kerana kehadiran saya adalah punca kpd dinginnya hubungan mereka.
Ya ALLAH... kalau kehadiran diri ini hanya sekadar memecahbelahkan silaturrahim antara 2 orang hamba-MU, kumohon... tunjukkanlah apa yang terbaik untuk semua ini sebagai penyelesaiannya...
Aku percaya... Qada' dan Qadar-MU itulah yang terbaik untukku!
Jangan terus biarkan diri ini tenggelam dalam dosa, ya ALLAH...
*Hal2 inilah yang mmbuatkan ingatan saya terarah kmbali pada SMKBBSL(sekolah lama). Kawan2, aku rindu kamu.... doakan aku di sini ye...
Tambahan pulak nak SPM...
ALLAH...
Memang... mental dan emosi saya cukup hebat diuji kebelakangan ini. Semuanya berturutan dan satu per satu. Namun saya tahu, ALLAH itu tahu yang terbaik buat saya!
Saya percaya pd RABB saya!
“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah an-Nisaa’: Ayat 1)
“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah an-Nisaa’: Ayat 1)
13 comments:
cubalah izzah nasihat kwn izzah tu. dan tanya kenapa dia dan kwn lg satu tu dh x rapat. mungkin izzah dpt tolong :)
sabar k..?
>Hafimi Huzin... itulah. Tpi saya masih takut2..yalah, budak baru.
>ct luna... insya-ALLAH, sdg berusaha ke arah itu~
adik, jgn la sedih mcm ni :) setiap yg jd tu mst ada jalan keluarnya. cubalah rapat2 kan diri dgn si blogger yg sorg lg tu.. mana la tahu lepas ni drpd berdua, nt boleh rapat bertiga pulak :) jgn takut2, nk bkawan bkn satu kesalahan ^^ all the best k?
>Kak fathiah...thanks kak. Saya pun nk cuba rapat dgn dia...tpi,saya ni x ramah. X tau nk mulakan mcm mana..~
bese lar 2 yunk..lam persahabatan kdg2 wujud jugak perasaan cemburu..cuba atasinya dengan matang...cuba tarik dia juga agar dia xmerasa tersisih..cuba n cuba...k..xkenal maka xcinta kan..
berdoa jgn lupe..moge Allah lembutkan hati dy...^^
>Kak Wafa...insya-ALLAH...saya cuba. tpi buat msa skarang mmg saya belom sdia apa2..yalah, saya bru duk skola tuh x smpai 2 minggu....blom berani ambik sbarang tindakan lgi...
tak ramah? hehe. akak ada kawan sorang, mcm adik jugak. takot2, dan dia la kata dia tak ramah.. tapi ada masa2 nya, dia agak seronok bcerita tntg sumthing :) adik cuba cr point yg boleh mbuatkan adik leh borak2 ngn dia :) yg pntg senyum tuu. taw ?
huhu...insya-ALLAH. terima kasih utk tips kak:) saya cuba...^^
hehe pernah alami benda ni :)
tp zaty jd kwn haneefa yg blogger tu..
zaty rase haneefa kne cakap elok2 dgn dia..
haneefa kan bru pindah, mesti die xkenal haneefa betul2 lg..
tak kenal maka xcinta! ^^
yup kak izatty...x kenal maka x cinta:)itulah...saya pn cadang nak cuba2 rapatkan diri dgn dia..
cuba slow talk, bncg baik2, mgkin dia tulis sbb dia xbape knl lagi kan, cuba kenal rapat dgn dia sampai dia x fikir negatif2,....mesreeee~~
> Paris Lipton, ya...saya sdg cuba menyesuaikan diri. Doakan saya:)
Post a Comment