*Assalamualaikum*
Tiba-tiba terdetik naluri daie pada pagi ini.
Namun bukanlah saya nak membebel panjang2.
Just nak kita renungkan bersama.
NAK JADI DIRI SENDIRI ATAU HAMBA ALLAH?
Mana pilihan kita?
Kejap.
Apa bezanya?
Mari kita lihat 2 situasi di bawah:
Situasi 1
Alien: Kenapa awak tak pakai tudung?
Bebi: Insya-ALLAH, bila hati dah terbuka dan ikhlas, saya akan pakai.
Alien: Awak tak kisah dengan penerimaan orang sekeliling?
Bebi: (Sambil mengerut-ngerutkan dahi) Buat apa saya nak kisah? I'm being myself! ini diri saya. Buat apa saya nak buat sesuatu yang bukan diri saya?
Situasi 2
Cicak: Apa yang menggerakkan hati awak untuk bertudung?
Komodo: Sebab ini perintah ALLAH.
Cicak: Tapi kenapa tiba-tiba? mesti ada sesuatu yang dah berlaku pada awak?(sangsi)
Komodo: Benar. Taufik ALLAH dah bawa saya ke jalan pilihan saya sekarang. Tapi, itu bukanlah alasan utama saya kenapa saya bertudung. Ianya kerana saya ada tanggungjawab pada RABB saya. Saya kan hamba ALLAH?
(Note: Watak2 di atas tiada kaitan antara yang hidup atau pun mati)
So, boleh beza tak?
mudah saja.
Kalau jadi diri sendiri, kita akan ikut kata hati.(berhati-hatilah dengan kata hati kerana kita bukanlah para nabi yang mempunyai hati suci. Hati kita penuh dengan debu dan titik-titik hitam yang menggelapkan.)
Kalau jadi Hamba ALLAH, kita akan mengikut ketetapan-NYA(walau dalam hati yang terpaksa. Kerana menuruti ketetapan-NYA merupakan tanggungjawab kepada kita. Tanggungjawab bermakna kita perlu juga melakukan sesuatu perkara itu tidak kira apa situasinya.)
Dan Aku tidak ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdi(beribadah) kepada-KU.(Adz-Zaariyat:56)
5 comments:
Assalamualaikum,,, :>
singgah jenguk adik sorang ni , hihihi .
perkongsian yg baik :>
waalaikumussalam..
heee...tQ ziarah saya.:D
comel eh gambar budak tu
heee...cilok internet:D
heee...cilok internet:D
Post a Comment