tarawih untuk beberapa hari aje lagi...

Reactions: 
*Assalamualaikum*

sedar tak sedar, kita dah masuk penggal/pusingan kedua Ramdhan. (pusingan maghfirah/pengampunan).

Setelah melalui pusingan pertama(pusingan rahmat) yang lepas,

rasa-rasanya kita berjaya tak mendapat rahmat untuk pusingan tu???

Yakin dengan ALLAH Taala, Insya-ALLAH.

seterusnya kita akan masuk pusingan final(pembebasan dari neraka).

Jadi tak lain tak bukan, kita kena pass kedua-dua pusingan ni dulu.

Ramadhan ni boleh dikatakan macam 'bulan sekolah' jugak. Dalam bulan nilah kita belajar tarbiyah diri sendiri.

dan sedar tak sedar, tinggal beberapa hari aje lagi kita akan bertarawih. (sob... sob...)

Lepas ni dah tak ada lagi nak kelam-kabut nak ke masjid lepas maghrib:P

semua kembali macam biasa.

Singkat benar masa... yalah, memang itu aturannya. Kita ni aje sebagai manusia yang lebih banyak 'degil' nak ikut aturan ALLAH.

Apapun, selamat bertarawih. Jangan sesekali mengeluh penat. Ramadhan tak lama pun. Pejam celik, pejam celik, dah dengar takbir raya..

jangan sampai kita menyesal pula nanti... tunggulah tahun depan.

Itupun kalau diberi peluang.

Bagaimana pula andai kata ini ramadhan terakhir kita???


Dari Abu Hurairah katanya: saya telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, 'sesiapa yang mendirikan sembahyang (tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan, dan mengharap keredhaan Allah, akan diampun dosa yang dilakukannya sebelum itu'.


2 comments:

Azhariah Zuber said...

rindunya terawih di masjid..

IH said...

itulah.lebih2 lagi bila dh abes pose...