Bola Dan Taman Syurga

Reactions: 
*Assalamualaikum*

Kaifa ha lukum?

Harap baik-baik ajelah ye? Dah masuk Ramadhan ni harap2 ALLAH terus kurniakan kita dengan rahmatNYA untuk buat ibadah banyak-banyak.(Ganjaran besar woooo! Rugi tak rebut!).

Tapi pokok pangkalnya, hanya redhaNYAlah yang menjamin SYURGA untuk kita.

Kita hidup ni sebagai hamba, jadi, buatlah cara hamba ye;)

hina-hinakan diri selalu depan ALLAH.

Titiskanlah air mata untuk dosa-dosa kita zaman2 jahiliah dulu;/

Ingat balik dosa... aduh, layakkah kita ni nak duduk syurgaNYA?

Balik pada salah satu nama ALLAH... Al-Ghafur.

Ya, ALLAH tu MAHA PENGAMPUN!

Bulan Ramadhan ni, jom kita taubat berjemaah!

Ha..ha..ha...

belum habis lagi:/

tu baru mukadimah. Topik tak masuk lagi...

okey3... seperti yg kita tahu(mmg satu dunia dah tahu, saya je ketinggalan. Baru nak 'polemikkan ' benda ni:P)

MALAYSIA kalah

SINGAPURA menang.

uhuhu... malam prlawanan hari tu kebetulan ada ceramah dari mualaf yang kini tak patut digelar mualaf lagi(sebab dua2 dah bergelar ustaz. Kita ni je 'Alif, Ba, Ta tak lepas lagi;P)

Masa tu orang sibuk betul dengan BOLA.

BOLA!BOLA!BOLA!

ada yang sanggup beli tiket nak tengok live. Ustaz tu cakap, kebanyakan orang Islam asyik cerita pasal BOLA. Lupa kut yang ramadhan tinggal tiga hari je lagi! Jiran ustaz tu yg bukan beragama Islam pulak sibuk tanya 'bila puasa?'

kok tak malu gitu???

benda tu pun berlaku pd saya. ada budak CINA ni asyik tanya, 'bila puasa?'

tak tahulah apa motif diorang yg bukan ISLAM ni. Kadang2 terharu gak...sob...sobT_T

hehe... tazkirah masa tarawih tadi...

Ustaz tu cakap... ada segelintir golongan yang rugi tiga atau dua perkara bila tengok bola hari tu;)

1. Rugi sebab DUIT HABIS BELI TIKET

2. Rugi sebab TINGGAL SOLAT(mana2 yang berkenaan saja)

3. Rugi sebab MALAYSIA KALAH!


Walaweh... betol3x...

dan saya nak tambah sikit.(terlebih pandai tiba2;P)

rasanya bila dah listkan benda ni, tak adalah ralat sgt tak dapat tengok bola hari tu;)

Malam tu saya duduk di surau dengar tazkirah atau yg Nabi S.A.W gelarkan sbagai TAMAN SYURGA.

Ya, saya dah pergi TAMAN SYURGA!Huhu... percaya tak?

Berikut saya listkan keUNTUNGan orang yang duduk di TAMAN SYURGA.

1. Untung sebab CERAMAH FREE(TAK YAH KELUAR DUIT)

2. Untung sebab dapat SOLAT BERJEMAAH(27 kali darjat wooo... lu tak mau ka?)

3. Untung sebab BERJAYA LAWAN NAFSU SAMPAI KALAH MATI!(Nafsu nak tengok TV)


so, bola atau taman syurga?

2 comments:

Azhariah Zuber said...

thanks awak..lepas baca terpk betapa banyaknya dosa..harap Allah mengampunkan kita semua

IH said...

>sama-sama. sekadar prkongsian sbagai saudara semuslim:)