SAYANG STOKIN

Reactions: 



.Pandanglah dunia ini dengan iman dan mata hatimu.







(MOGA ALLAH PANJANGKAN 'JODOH' KITA YA?)
Tengah belek-belek folder, imbau kenangan-kenangan dulu,
Jumpa pulak gambar jantan sekor ni.(Buah hati dinda.:P)
Masih dalam ingatan lagi,
Waktu tu, rumah tempat berteduh dari hujan panas sedang bersepah-sepah,
Maklumlah baru habis buat pengubahsuaian. Habuk dan debu-debu berterbangan…
Tika itulah, muncul 'satu makhluk' ni, mengiau-ngiau dengan mata bulatnya yang jernih,
Memohon sesuap makanan.(walau dia makan lebih dari sepuluh kali 'ngap')
Ada rasa kasih tiap kali dia pandang ke anak mata ni,
Hari-hari dia menagih kasih-sayang dengan teriakan manjanya…
Benarlah, kasih-sayang itu ibarat hidayah…
Allah campakkan hidayah-Nya pada orang2 yang terpilih saja.
Begitu juga kasih-sayang; hanya orang-orang tertentu saja merasai nikmatnya;
Sebab itulah di dunia ini masih wujud pertumpahan darah, masih wujud air mata hiba
Ini kerana, hanya segelintir saja yang merasai 'kasih-sayang' itu…
Balik 2 the topic.
Namanya Stokin. Sesuai dengan kakinya yang keempat-empat putih.
Dari situ jugalah saya selalu dapat peringatan bahawa kaki juga merupakan aurat!
Jadi, saya takkan mudah lupa untuk menyarung telapak kaki saya setiap kali berhadapan dengan dunia luar.
Walaupun mungkin perkara ini hanyalah hal remeh bagi segelintir orang.
Tapi, itulah salah satu tanda bagaimana ALLAH berbicara dengan hamba-Nya.
ALLAH gunakan makhluk-makhluknya untuk sampaikan kasih-sayangNya kepada kita.
Walau kita jarang perasan akan itu, kecuali bagi sesiapa yang melihat dunia ini dengan iman dan mata hatinya.
Sungguh ALLAH telah berbicara dengan kita!
Cuma tinggal kita sahaja yang perlu memahami setiap 'bait bicaraNya' itu.
Ibarat Qabil yang kebingungan ketika mahu menguruskan jenazah Habil yang dibunuh dengan tangannya sendiri.
Demi kasih sayangNya, ALLAH menghantar dua ekor gagak yang saling berkelahi lalu salah satu mereka mati.
Dari situ saja kita dapat berbagai hikmah yang perlu direnungi.
Kita pandang gagak, kita kata kotor. Tapi itu pandangan mata..
Sekali-sekala apa salahnya kita buka mata hati? Renungilah setiap apa yang ALLAH kurniakan di dunia ini dengan penuh hikmah.
Insya-ALLAH, tiada apa yang tidak bermakna dalam hidup ini!


*Sayang Stokin. Mudah-mudahan kasih-sayang ini membuahkan RedhaNya. Kerana walau dia hanya seeokor kucing, dia juga makhluk ALLAH yang penuh dengan teladan yang boleh kita renungi, juga sebagai tanda ALLAH sedang berbicara dengan kitaJ




Salam sayang. Sekadar perkongsian.


Wassalam









2 comments:

Azhariah Zuber said...

teringat kucing sy dulu2

Izzah Haneefa said...

kucing2 ni pun kdg2 boleh mninggalkan kasihsayang yg mndlam dlm hati kita:)