KITA HANYA HAMBA








Dalam meniti umur-umur yang ALLAH S.W.T pinjamkan,


Apakah kita sedar di mana sebenarnya kedudukan kita?



Apakah kita ambil peduli dengan kedudukan kita itu?


Namun yang sedihnya, ada juga manusia yang masih 'tidak sedar diri'.


Mereka masih tetap mengejar kedudukan pada kaca mata manusia, hingga lupa kedudukan pada kaca mata ALLAH… pencipta kita!


Hairan sungguh…
Apa yang istimewanya kedudukan pada mata manusia? Apakah kita mahu dikenang?
Satu hari nanti kita akan kembali, berguna lagikah 'pandangan manusia' itu untuk dijadikan jawapan untuk melepasi soalan munkar dan Nakir nanti?
Jadi, apa istimewanya pandangan manusia? Manusia tidak mampu memberikan apa-apa. Hanya pujian yang mungkin terselit seribu satu kebodekan dalam pujian itu.


Pujian Yang berkemungkinan juga hanya mahukan kita jatuh.



Jadi, kenapa mesti ALLAH ditolak tepi? Padahal janjinya semua benar belaka. Tentang syurga yang mengalirnya di bawah sungai, tentang keindahan jannatul Firdausnya yang mempunyai bidadari bermata lu'lu'… tentang keindahan yang tidak mungkin kita kecapi selagi bernafas di muka bumi ini. Tetapi ALLAH sudah menjanjikan dan menjamin semua itu untuk kita di sana nanti, namun sedihnya, kita masih tidak terliur akan semua itu. Tidak pastilah sama ada kita memang kurang beriman ataupun sebaliknya… nauzubillah.





Ingatlah, janji ALLAH itu benar!

No comments: