CINTA ITU INDAH





**Assalamualaikum**


Sudah lama tidak post apa2 yang bermanfaat kebelakangan ini rasanya. Kerana tiada apa yang hendak disentuh dan dikupas.


Jadi kalau sudah tiada apa-apa yang hendak diperkatakan lebih baik diam bukan?


Tapi hari ini, sekadar hendak mengisi masa luang(walau kerja masih bertimbun-timbun), saya hendak juga menjerit di sini…


Nampak tajuk post di atas?


Uhumhum, entah kenapa tajuk itu pula yang tiba-tiba melintas dalam fikiran?



Haha. Jangan salah faham ya;)


Buat masa ini, saya hendak tumpu pada cinta segala cinta dahulu. Saya percaya, cinta yang lain akan menyusul selepas itu, insya-Allah. J
Dan yang paling penting, biarlah cinta itu ada mardhatillah yang menurunkan rahmat kepada kita.
Ingatlah, hanya reda-Nya yang mampu menepis api neraka daripada menyentuh tubuh kita.
Apapun, sebelum melakukan sesuatu, tanyalah iman..


"apakah ALLAH S.W.T meredhai apa yang kulakukan ini?"


Redha Allah, Kunci keabadian sesebuah kebahagiaan yang hakiki.



Sekadar nasihat menasihati.
Wassalam.





(Macam sedap aje?)

No comments: