BOWLING:BERHANTU?

Bowling. aha. Ana dah dapat hobi baru utk tahun 2011 ni.

selama hidup 16 tahun tak pernah hati ni tergerak nak ceburkan diri dlm sukan bowling ni.

Selama ni dengar cerita kawan2 yg main je. Tak pernah

pulak rasa nak cuba sendiri.

Tapi, semuanya bermula bulan dua hari tu.

Ayah ana dapat main bowling free kat Alamanda. Ana ikut n guess what?

First time masuk tempat bowling, ana terus 'jatuh cinta'.(bukannya dpt main pun.tengok je sbb kerajaan yg bayo)

Sebulan pulak lepas tu, birthday ana. Mmndangkan dah bberapa kali ana kecewa n hampa tak dpat main, kali

ni ana gunalah kesempatan. Ana pujuk parents bawa ana main bowling.

Berjaya jugak(lepas dah macam2 rintangan, yg first, tak ada kkosongan, yg second, parents buat2 tak tahu je).

Best!

Ana tak nafikan, main bowling best sangat. Ana sanggup keluar duit simpanan semata2 nak main 'baling-baling' tu.

Ibu ana membebal jugak. Tapi biasalah, kadang-kadang hati ni memberontak. Bukannya duit ibu, duit ana yang keluar, kenapa ibu kisah?

Astaghfirullah… kadang2 terdetik jugak begitu dlm hati. Yalah, hari ni ana ajak ibu pergi lagi. Sepanjang perjalanan tu, macam2 ibu

bebelkan. Ana…tahanlah telinga walau rasa nak balas balik aje.

Ibu cakap macam2. Kita ni bukan orang kayalah… main bowling ni membazirlah… ana terlalu ikutkan perasaanlah…

Semua ibu hamburkan… sampailah ibu cakap, yang main bowling ni BERHANTU!

Ibu cakap, main bowling tu banyak setan sebab melekakan!

Ana rasa macam terpukul. Lebih2 lagi ibu kata tempat2 hiburan macam tu banyak setan sbb tarikannya!

Lagi, ibu kata, tempat tu pun banyak lelaki je. Ana tak tau malu ke?

Astaghfirullah… ana memang tak ada niat apa pun main bowling. Just suka-suka sendiri n sebab kat sekolah ana masuk kelab bowling.

itu je. Tapi, ana terima kata2 ibu. Mungkin benar bowling ni berhantu. Yalah, smenjak first time main tu, ana macam ketagih pulak nak pergi situ setiap minggu.

Lebih2 lagi ada peningkatan skor. Itulah faktor utama ana semakin 'addict' dgn bowling ni.

Ya Allah. Mungkin ana ni sedikit sebanyak dah mula terjerumus ke dalam perkara 'lagha'. Tapi, minta dijauhkanlah.

Ana tak ada niat lain nak main bowling. Ana main kerana nak perbaiki skill sbb ana ahli kelab bowling. Tapi mungkin lagha tu dah meresap sikit demi sedikit.

Mudah-mudahan ana tak terus tenggelam lagi. Cukuplah main bila betul2 ada kelapangan. Ana pun tak maulah menyusahkan ibu. Dia yang drive.

Duit minyak lagi…

Pesan ana, buat sesuatu perkara tu, biarlah berpada-pada.

"Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan." (surah Al Lukman :6)


 

3 comments:

azhariahzuber said...

erk tetiba ana..hehehe..arablahhh

Izzah Haneefa said...

haha. saje je. gune saya mcm nerd plak.

~Siti Fatimah~ said...

Anda semua dijemput masuk ke blOg sy. ~SmiLe aLway's~ dan baca nOvel kedua terbaru ciptaan sy ‘Penantian Cinta’.Jangan lupa kOmen ya ~_0