CERPEN KARYAKU:KASIH SEORANG LELAKI

Muazzim duduk melepaskan keluhan kecil.Dilonggarkan tali leher berwarna hitam yang dipakaikan di lehernya itu.Butang atas baju kemejanya,dibuka.Dadanya sesak kini.Hatinya makin runsing.Matanya dihalakan keatas,perlahan-lahan dikatup matanya.Muazzim mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu.Sesekali kepalanya terasa berat sekali.Terfikir di kepalanya,bagaimana mahu memberitahu Izah?Pasti isterinya itu akan melenting.Mesti juga isterinya itu begitu sakit hati dengan ayat yang bakal diucapkannya itu.Muazzim memikirkan lagi,haruskah dia melakukan keputusan itu?

Sedang leka Muazzim berperang dengan keputusannya,muncul seorang kanak-kanak lelaki dari pintu dapur.

“Papa!”Si comel Faris menjerit memanggil Muazzim papanya yang baru pulang dari kerja itu.

“Faris…mari,kat papa..”Faris menurjah Muazzim lalu duduk di atas riba papanya itu.

“Mama mana?”

“Mama kat dapur,pa.”Faris bersuara keletah.Sesekali dia meletakkan kepalanya di riba Muazzim.Saja mahu bermanja-manja dengan papanya.Muazzim sesekali mengusap perlahan kepalan anak kecil berusia empat tahun itu.Muazzim tersenyum kecil.Kejap sahaja anaknya itu sudah berusia empat tahun.

“Papa belikan ais-krim tak?”Faris bersuara sambil anak matanya sedang mengharap jawapan ‘ya’ dari papanya itu.

“Alaa…papa minta maaf ya Faris,papa terlupalah..”Muazzim menepuk dahi,dia terlupa pula untuk membelikan ais-krim yang dipesan Faris semasa dia hendak berangkat ke tempat bekerja pagi tadi.Faris menarik muka.Hampa betul dirinya.Lantas dia bangun dari riba Muazzim.Muazzim mendekati anaknya yang sedang masam mencuka itu.

“Papa,minta maaf,ya.Papa sorry sangat.Memang papa lupa.Papa janji nanti papa beli.”Muazzim mengangkat isyarat sumpah,mahu memujuk anak tunggalnya itu.

“Papa janji?”Faris berpaling ke arahnya lalu menghulurkan jari kelingkingnya sebagai tanda janji.

“Papa janji!”Muazzim membalas huluran jari itu.Seketika kemudian,Izah muncul dari dapur,

“Hai,bang.Bila balik?Masuk tak bagi salam pun.”Izah bersuara sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Muazzin,suaminya itu.Sesekali dia mengusap perutnya yang semakin membesar mengandungkan anak suaminya itu,sudah masuk bulan ketujuh.

“Baru lima minit tadi.Yang awak ni,tak keluar dari dapur langsung.”Muazzim bersuara sambil menhulurkan pula tangannya.

“Maaflah,bang.Tadi tengah menggoreng kat dapur.”Izah mengambil beg dari tangan suaminya itu.Lantas dihalang Muazzin.

“Awak pergilah ke dapur dulu,biar saya angkat beg ni.Berat ni.”Muazzim tersenyum memandang isterinya.Kasihan pula dia hendak menyuruh isterinya mengangkat beg kerjanya yang penuh dengan kertas kerja itu.Sudahlah isterinya itu sedang sarat.

“Ha..yelah…”Izah menuju ke dapur semula menyambung tugasnya.Muazzim mendaki anak tangga rumahnya itu sambil tangannya menjinjing beg kerjanya itu.Perasaan kasihan Muazzim terhadap Izah datang kembali.Mana mungkin dia akan menghancurkan hati isterinya yang banyak berkorban untuknya itu?Tidak sanggup rasanya.Dia begitu kasihan terhadap isterinya yang sangat dicintainya itu.Tambahan pula,Izah sedang mengandungkan anaknya yang kedua,benihnya juga.Tidak sanggup rasanya untuk menghancurkan hati wanita itu.Muazzim meramas-ramas kepalanya yang sedang kebingungan itu.Sesekali,kedengaran keluhan kecilnya.Lantas kakinya sudah di tingkat

Atas.

* * * * * *

“APA?!Abang nak kahwin lagi?”Izah terduduk ketika Muazzim mengungkapkan ayat itu.Tidak disangkanya selama ini,Muazzim mempunyai wanita lain selain dirinya.Muazzim mengangguk lemah.Terpaksa juga diluahkannya,walaupun itu akan mencincang hati isterinya.Bening mata Izah mula bertakung.Tidak sanggup ditahan air matanya lagi,lalu kolam kesedihan itu tumpah juga.

“Apa salah Izah,bang?Apa yang kurangnya Izah?!”Izah bersuara sambil air matanya mengalir deras,dia menggenggam erat tangannya,hatinya sungguh pedih ketika itu.Tidak kasihankah Muazzim terhadap dirinya ketika itu?

“Abang minta maaf,Izah.Izah tak ada dosa dengan abang.Tapi….”

“Tapi apa,bang?Izah tahu Izah ni dah tak cantik macam dulu.Izah sedar.”Izah bersuara dengan emosi kesedihan.Tanpa disedari,tubir matanya Muazzim juga sudah bergenang,tetapi,dia sedaya upaya menyembunyikan air matanya daripada tumpah.Tidak mahu menambah kesedihan malam itu lagi. Sanggup lelaki itu melukai hatinya tika ini!Apalah dosanya?Kejam sungguh apabila diperlakukan begitu!Muazzim memicit-micit dahi,air matanya tumpah juga akhirnya,perasaannya sudah tidak boleh ditahan lagi.

“Ya,ALLAH!Ampunilah hambamu,hambamu ini telah menyakiti hati seorang wanita yang banyak berkorban untuk hamba,ya ALLAH..Astaghfirullah..apa yang aku dah lakukan?"Muazzim melepaskan keluhan kecil.Terucap juga ayat itu akhirnya.Tetapi,hatinya kini penuh dengan kekesalan.Izah bangun dengan perlahan keluar dari bilik.Sudah tidak sanggup lagi bertahan kesedihan.

* * * * *

Izah memandang wajah wanita itu.Sungguh kejam perempuan yang bernama Maisara ini!Sanggup dia melukai hati seorang wanita yang mana sepertinya juga!Perempuan inilah pendua kasih lelakinya!Izah sesekali menjeling tajam Maisara.

“Oh,rupanya kaulah yang terhegeh-hegehkan suami aku ya?Hmmm..puas hati kau sekarang!”Izah meninggikan suara,melepaskan amarahnya terhadap isteri baru suaminya,Muazzim itu.

“Muka je baik.Hati kotor!”Izah menjegil lagi.Hatinya panas benar berbaur sedih ketika itu.Ketika Muazzim membawa pulang perempuan itu ke rumah,Izah dari mula lagi sudah meluat dengan perempuan yang berlagak baik itu.

“Izah,sudahlah..Izah..”Muazzim cuba meneteramkan Izah.Dia bersuara lembut.

“Oh..memanglah,dapat isteri baru,memanglah ditatang sepenuhnya!”Izah meninggikan suara terhadap Muazzim.Terkjut juga Muazzim,tidak pernah pula isterinya meninggikan suara kepadanya.

“Izah!Awak dah berani ya,tinggikan suara kat saya!”Giliran Muazzim pula berperang.Izah terkejut kerana suaminya juga tiba-tiba begitu.Air hangat seperti hendak mengalir di tubir matanya.

“Abang,sanggup abang tengking Izah sebab perempuan ni!Abang kejam,kejam!”Izah memecahkan kolam matanya.Muazzim mengurut dada.Ya allah,apa yang aku dah lakukan?

“Izah,izah..abang minta maaf…,Izah..abang..ttak sengaja.”Muazzim suaranya seperti tersekat.Muazzim mengejar Izah dari belakang.

“Izah..abang..”

“Abang apa?Ha?Abang pergilah,pergilah layan bini muda abang itu sepuas-puasnya.”Izah bersuara bercampur keesakan.Muazzim serba salah seketika,kemudian terdengar suara seorang wanita.

“Abang..”Sahut Maisara.

Muazzim menoleh,Maisara sudah ada di belakang.Izah menjeling.

“Abang,Kak,Sara minta maaf kalau Sara dah hancurkan kebahagiaan akak dan abang.Sara berdosa,kak.”Maisara tunduk.Timbul rasa bersalah dalam diri Maisara kerana telah merampas kebahagiaan rumah tangga seorang wanita sepertinya.

“Memang!Sedar pun kau!”Izah bersuara keras lagi.Muazzim sudah tidak tahu bagaimana hendak melembutkan hati isterinya itu lagi.

“Izah,sudah,Izah..Sara,pergi masuk dalam.”Muazzim mengarahkan.Maisara berlalu,petang itu tidaklah secerah mana.Di kawasan luar,kanak-kanak girang bermain di waktu petang.Izah mendengus marah.Dia berlalu meninggalkan Muazzim yang sedang dalam kekusutan itu.Seketika kemudian,satu suara meminta tolong kedengaran.Muazzim segera mendapatkan suara itu.

“Ya ALLAH!IZAH!”Muazzim terkejut dan kaget seketika,Izah jatuh tergelincir!Muazzim mendapatkan Izah yang sedang mengerang kesakitan itu.Beberapa minit kemudian,Maisara ,muncul.Keadaan kelam kabut seketika.Faris sudah merengek apabila dirinya hendak dibuatkan susu tidak dihiraukan.Beberapa minit kemudian,sebuah ambulans tiba,setelah Maisara membuat panggilan ke hospital tadi.Izah dikejarkan ke hospital.

* * * * *

Muazzim menatap wajah anak keduanya,perempuan,yang lahir tidak cukup bulan yang diletakkan di dalam inkubator itu.Hatinya bersyukur tika ini.Izah dan anak kedua mereka selamat.Walaupun lahir tidak cukup bulan.Maisara memaut lembut tangan Muazzim yang sedang menungkan anaknya itu.Faris sesekali bersuara kecil.Dia tahu di hospital tidak boleh bising!

Beberapa minit kemudian,Muazzim keluar dari bilik inkubator itu.Dia menghala ke wad Izah ditempatkan.Izah masih tidur tika pintu dikuak.Muazzim menyuruh Maisara membawa pulang Faris ke rumah,biar dia yang menjaga Izah.Seketika kemudian,Muazzim bangun untuk menunaikan solat fardu Isyak,kepalanya tiba-tiba diserang kesakitan yang amat sangat!Matanya tiba-tiba berpinar.Muazzim tidak dapat mengimbangi dirinya lalu rebah ke lantai.Seketika kemudian,dunianya gelap.

* * * * *

Muazzim tidak dapat melupakan walau sebutir kata-kata doktor yang telah ditemunya itu.Sesekali hatinya terasa ingin menjerit.Mengapakah dugaan terus-menerus begini?Dia disahkan menghidap tumour otak,tahap kronik!Ya allah,sungguhnya maha hebat cubaannmu.Muazzim berkefikiran,dia mahu isterinya tidak mengetahui perkara ini.Dia tidak mahu menambah lagi kesedihan kedua hati isterinya itu,terutama,Izah.

“Abang makan apa tu?”Maisara bersuara tiba-tiba.

“Eh,mana ada apa-apa.”Muazzim sedaya-upaya menyembunyikan ubatan yang sedang dimakannya tadi itu.Tidak mahu tembelang pecah.

“Betul ke?”Maisara mengangkat kening.Aneh betul dengan sikap suaminya yang secara tiba-tiba selalu pening,muntah-muntah dan kadang-kadang pelupa itu!

“Betul.”Muazzim mengangguk tersenyum Alahai isteriku,kalaulah kamu tahu?

Seketika kemudian,Izah muncul di dapur untuk mengambil air.Sesekali,jelingannya yang tajam itu menggusarkan hati Muazzim dan Maisara.Izah tetap dengan hati batunya.Tidak mahu menerima Maisara sebagai madunya.Puas sudah dipujuk Muazzim.

“Sayang,kenapa bangun ni?Izah kan dalam pantang lagi.Kalau nak apa-apa,bagitaulah abang,nanti abang ambilkan.”Muazzim cuba mencairkan hati Izah yang keras itu,diambilnya segelas air untuk diberikan kepada Izah.Tetapi,Izah menepis dengan kuatnya,lalu gelas yang dipegang Muazzim terhempas ke lantai.

“Izah!Jangan biadab,Izah!Ini suami awak ni!”Muazzim mula meninggikan sikit suaranya.

“Hei,pandai pula awak mengaku suami saya!Ingatkan dah lupa,asyik ingat betina ni je!”Muazzim tidak dapat mengawal kemarahannya apabila Izah biadab seperti itu.Izah kebelakangan ini banyak berubah.Sudah tidak seperti Izah yang dikenalinya dahulu.Sopan,lemah-lembut.Itu bukan lagi ciri Izah sekarang ini.Muazzim mengeluh panjang.Kepalanya tiba-tiba berat.Izah masih begitu,dengan kepala batunya.Seketika kemudian matanya Muazzim sekali lagi berpinar-pinar,dunianya berpusing seketika.Bisa di kepalanya tidak bisa ditanggung lagi.Seakan Sesuatu yang sedang gah mencucuk-cucuk dek kepalanya.Muazzim pitam,rebah tumbang ke lantai secara tiba-tiba.Maisara dan Izah segera mendapatkan Muazzim yang sudah rebah itu.

“Abang!!!”Jerit Izah dan Maisara.

* * * * * * *

Izah mengalirkan air mata deras,tidak sangka selama ini Muazzim mengidap penyakit barah otak ini!Rupa-rupanya Muazzim memilih hendak merahsiakan perkara ini semata-mata kerana tidak mahu menambah kesedihan hatinya.Maisara kelihatan duduk termenung di kerusi penjuru wad itu.Dia juga tidak menyangka bahawa lelaki yang mana sudah cuba dicintainya sedikit-demi sedikit itu mengidap penyakit yang berbahaya ini.Muazzim sekarang ini,sudah terlentang di katil hospital.Dia tidak mampu lagi untuk menjalankan kehidupan seperti biasa kerana barah yang dihadapinya sudah semakin kritikal.Izah sudah bermandikan air mata semenjak dua menjak ini.Sesekali dia mengenangkan nasibnya.Sesekali juga dia mengenangkan dosanya yang terlalu banyak terhadap suaminya yang tercinta itu.

“Abang.’Izah menyapa lembut,berbisik ke telinga Muazzim.

Muazzim mengangguk perlahan.Dayanya lemah,tiada tenaga ketika itu.

“Abang sayang Izah?”

“sayang…”Muazzim berbisik perlahan.Suaranya seakan tersekat.

“Abang,maafkan Izah,abang,Izah berdosa kat abang.”Izah mengenggam erat tangan Muazzim di sisi katil hospital itu.Bening mata Muazzim juga mula bergenang laju.Lantas disapunya Izah.Maisara hanya melihat dari sudut jauh.Setianya kasih mereka berdua!Sesekali,Maisara kesal,kesal dengan perbuatannya.Dia telah merampas kebahagiaan orang!Ya ALLAH,sungguh berdosanya aku.

“Abang maafkan Izah.”

Muazzim mengukir senyuman kecil walaupun dirinya tiadanya daya ketika itu.

“Faarris..Fariss..mana?”Muazzim bertanya akan Faris dalam keadaan yang tersekat-sekat itu.Sesekali,nafasnya seakan turun dan naik.

“Papa,Faris kat sini.”Faris muncul tiba-tiba.Faris duduk di hulu katil.Muazzim melemparkan senyuman kepada Faris.Sesekali Faris menyeringai.

“Papa sakit eh?Kesian papa.Kalau Faris nak sihatkan papa,boleh?”Faris,anak kcil yang belum mengerti apa-apa itu,bersuara.

“Faris,”Sahut Muazzim lemah.

“Ya,papa.”

“Faris jangan nakal-nakal tau.Kalau papa tak ada nanti,Faris jaga mama dengan umi ya.”Hibanya ketika itu.Izah mencelah.

“Abang,kenapa cakap macam itu?Izah tak sanggup bang.”Izah bersuara seperti marah dengan ucapan suaminya itu.

“Betullah,papa nak pergi mana?”Faris semakin tidak mengerti dengan ucapan Muazzim itu.

“Kalau papa pergi,Faris nak ikutlah!”Faris membuat gimik muka sedih.Kenapa papanya berkata begitu?

“Faris janji,ya.”Muazzim tidak menghiraukan lagi soalan anaknya.Lalu dihulurkan hujung jarinya,Faris membalas sebagai tanda persetujuan.

“Papa,jawablah…”Faris merengek.Seketika kemudian,nafas Muazzim tiba-tiba turun-naik,Izah sudah menjerit histeria memanggil suaminya itu.Maisara perlahan-lahan mendekati sisi katil Muazzim.

“DOKTOR!!!DOKTOR!!!”Izah menjerit tidak tentu hala.Masing-masing sudah bergenang manik jernih.

Seketika kemudian,Muazzim menghembuskan nafas terakhir….

Izah terduduk bila doktor mengesahkan,Muazzim sudah tiada.Maisara memujuk hati Izah supaya bersabar.Hatinya juga ketika ini,menjerit!Faris,tidak tahu apa-apa,hanya menganggap papanya sedang tidur lena.Izah memeluk tubuh Faris.Faris terpinga-pinga,mengapa mamanya menangis sedangkan papanya Cuma tidur?Muazzim sudah kaku di atas katil.Tiada bernyawa lagi.Abang,maafkan Izah!

Seketika kemudian,seorang wanita lingkungan penghujung 50-an masuk menyerbu lalu ke arah Muazzim,itu,emaknya Muazzim!

“Azim,kenapa kau tinggalkan mak…..???!!!”Wanita itu meranug,sambil merangkul tubuh kaku Muazzim.Izah mendekati emak mertuanya itu.Lalu,Izah ditolak ke belakang.

“Kaulah pembunuh anak aku!Kalau kau tak kahwin dengan anak aku,anak aku tak mati!”Wanita tua itu bersuara keras.Izah tunduk.Dia tahu,yang emak Muazzim memang tidak pernah menerimanya sebagai menantu malah tidak pernah mencuba menerima dirinya dari dahulu lagi.Izah tunduk ke lantai.Petang itu sungguh suram sekali.Tangisan di wad hospital tempat Muazzim berada sekarang ini semakin bertambah.Sayunya tika ini!

* * * * * *

Izah duduk termenung,menghadap pusara Muazzim,yang baru sahaja dikebumikan itu.Air matanya tidak henti-henti mengalir.Maafkan Izah,abang!

“Mama,kenapa papa kena masuk dalam tu?Kesian papa,nanti papa lemas,papa tak ada kawan,biar Farislah yang temankan papa.”Faris bersuara,dia masih belum mengerti yang papanya sudah tiada,dia sekarang menjadi yatim!

“Faris,Faris dengar sini,papa dah tak ada Faris,papa dah tak mungkin balik lagi,Faris..”Maisara cuba menerangkan kepada Faris.Izah hanya duduk mebeku.Sesekali dikesatnya air mata yang hangat mengalir.

“Papa dah tak balik?Papa pergi mana?”Reaksi muka Faris mula menunjukkan perubahan.Dia masih tidak mengerti.

“Papa Faris dah balik jumpa tuhan.Papa dah tak balik jumpa kita lagi Faris.”Maisara sedu seketika.Tidak sanggup diteruskannya lagi.

“Maksud umi,sampai bila-bila?”Kolam mata Faris juga hampir pecah tatkala Maisara berkata begitu,papa dah tak balik?Papa tak sayangkan Faris ke?

“Yep,Faris.Faris sabar ya.”Maisara memaut erat tubuh kecil Faris yang mula merengek itu.Papa tak sayangkan Faris!Jerit Faris hiba.Beberapa minit kemudian,Maisara menghulurkan sekeping kertas,daripada Muazzim kepada Izah.Izah mengambil,lalu mem baca isi surat tersebut..

Untuk isteriku,Izah,

Izah,abang minta maaf,selama ini,abang selalu menyakiti Izah.Abang sedar,abang masih belum mampu menjalankan kewajipan sebagai seorang suami Izah.Abang pergi,belum sempat abang membahagiakan,Izah,padahal Izah sudah terlalu banyak membahagiakan abang,terima kasih,Izah.Izah,terima kasih atas keprihatinan Izah terhadap abang selama ini.Izah sebagai isteri tiada cacat celanya,Cuma abang yang banyak kekurangannya.Abang gagal membahagiakan Izah.

Izah,

Terima kasih atas kasih sayang yang Izah curahkan terhadap abang selama ini,terima kasih kerana perhatian Izah selama hayat abang ini.Terima kasih juga Izah,kerana memberikan abang zuriat yang menjadi penyambung keturunan abang selepas ini.Terima kasih kerana memberikan Faris dan Farhana sebagai penyambung warisan abang.Jagalah mereka baik-baik ya Izah.Didiklah mereka supaya tidak lupa akan agama.Ingatkan mereka kepada abang,walaupun abang sudah tiada,abang butuhkan doa mereka sebagai menambah bekalan abang di pelayaran abang sekarang ini,Izah.

Izah,

Abang meraskan,Izah amat berdukacita tika abang mengatakan yang abang mahu menikahi Maisara,Izah,abang minta maaf sekali lagi.Abang menikahi Maisara bukan sebenarnya kehendak abang,emak abang yang memaksa abang menikahi Maisara,kalau tidak,emak mengancam mahu menggugurkan kandungan Izah ketika mengandungkan Farhana dahulu dan emak tidak mahu mengaku yang abang ini anaknya lagi,abang minta maaf Izah,percayalah,ini semua bukan kehendak abang!Abang tidak mahu Izah dan farhana yang masih di dalam kandungan terjadi apa-apa ketika itu.Maafkan abang sekali lagi Izah,kalau keputusan menikahi Maisara itu sungguh menghiris hati Izah.

Sekian,isteriku,bahagialah kehidupanmu,isteriku,Nurfarahizah,janganlah diratapi pemergianku ini,biarkanlah ketenangan menghiasi pelayaran abang didunia yang lain kali ini.Selamat tinggal,isteriku,

Buat isteriku dari suamimu,

Muazzim..

Izah menatap sayu setiap bait isi surat itu,selama ini dia sudah salah anggap terhadap kasihnya Muazzim terhadapnya!Air matanya tumpah laju ke atas isi surat itu,lalu dakwatnya mengembang.Dia memang banyak berdosa terhadap Muazzim!Izah meraung,tidak dapat dikawal kesedihannya,menyesal dengan perbuatannya selama ini!

“ABANG!!!”Izah menjerit lalu rebah.

~TAMAT~

~HASIL NUKILAN~

~SHAKIRA JOHARI
~9 JULAI 2009~

4 comments:

Rose Harissa said...

Salam shakira... terima kasih sudi singgah blog akak...
selamat menulis untuk shakira...

Rosez Leena (Org Ganu) said...

thanx shakira singgah blog akak..
soryla..x dpt nk reply msg kt webchat..bnda tu kna block kat hostel akak..skrg ni kat umah, baru dpt bukak..huhu
anyway thanx a lot sudi tinggalkan komen kat blog akak..
karya shakira pun best gak, cam x caya jek karya student form2 bleh sbaik ni..keep it up k!

KOKODA said...

Saya terharu dgn cerita ini... Hati saya bilang cerita ini dapat nilai 100.

hatiku resah menunggu waktu
bayangmu selalu ada di benakku
tak tahan inginku ungkap rasa itu padamu
tapi entah apa rasa itu
yang selalu menyiksaku
di setiap saat dan waktu

salam : http://cenderawasi-papua.blogspot.com

Farah Shamsudin said...

dik,
best ler cite neh..
chayok2!!
truskan lgi!!