Romantik atau Cabul?

Reactions: 
*Assalamualaikum*

Walaupun isu ni pernah dibincangkan, tapi sekali lagi Cik Neefa nak bangkitkan!
Lambakan novel cabul dalam pasaran..
haaa... sapa suka baca novel cabul???

Setelah sempat buat survey dgn kawan2... rata2 remaja perempuan amat-amatlah menyukai novel romantik.
Jgn salah faham... romantik tak semestinya cabul.
Romantik pada pandangan seorang perempuan bersifat subjektif tau!
Kalau Cik Neefa, laki yang romantik ialah..... mana boleh gitau! rahsia! haha...
Okey. Cik Neefa tak salahkan budak2 perempuan yg layan novel romantik ni.
Sebab perempuan mmg hakikatnya suka kpd perkara yg mmbuai-buaikan jiwa...
Tapi jujurnyalah, Cik Neefa lebih prefer novel yg berkisahkan perjalanan kehidupan..
Itu lebih mematangkan saya...
Misalnya karya Tuan Bahruddin Bekri.
I admire his books so much!

Okey. Back to da title.
Romantik atau cabul?
Senang cerita, cabul = LUCAH!
*ambik kau!*

Cik Neefa percaya, ramai pembaca novel dah jadi mangsa 'novel cabul' ni. Even saya pun dah beberapa kali 'terbabas' baca. Yalah, Cik Neefa ni bukanlah seorang yg cerewet dalam pemilihan genre novel yg hendak dibaca. Cik Neefa layan semua...
Dari novel Islami hinggalah ke novel Barat yg memang x bertapis tu.
Walaupun ada yg kata,

"Kalau nak tahu seseorang perempuan tu senang diheret ke hulu-hilir atau tak, lihat pada jenis novel yang dibaca!"

Wah, Cik Neefa sekali dengar dah gerun. Mcm mana kalau org nampak saya tengah baca novel omputih masa tu? faham2 jelah novel omputih ni moralnya jahanam habis...takkan nak cakap Cik Haneefa ni perempuan yang senang diheret ke hulu-ke hilir?
Amboi cik kak!
Cik Neefa ni MAWAR BERDURI ye!

Bukan nak tekan lif naik sendiri, tapi itulah pendirian Cik Isma Haneefa:)
Jadi, wajar ke pendapat tu digunakan?
Tak... bangkang 1000%!!!
Bukan semua org berniat hendak suka2 baca novel camtu..
Kalau Cik Neefa, Cik Neefa baca novel omputih sebab nak pandaikan English.
Tapi tak bolehlah diikutkan keruntuhan moralnya tu... kalau nak cerita pasal akhlak, memang tak ada perkataan boleh decsribe. Novel barat memang hancusss moraliti!
Misalnya, baru kenal tak sampai sejam dah ajak masuk bilik!
Ish33.... tu belum lagi bersambung babak dlm bilik.
Nauzubillah... nasib baik cerita omputih...


*Ehsan Google*

Tapi yang Cik Neefa upset sangat... sekarang ni novel2 melayu yang ditulis oleh org Islam pun mcm dah nak ke arah itu. Walaupun masih belum setaraf...
Tapi..
Serasanya penulis beragama Islam tu sendiri kena tahu tanggungjawab depa<--kan dah masuk loghat utara!
Cik Neefa sedih bila dlm2 novel romantik yg dibaca oleh remaja2 bawah umur ni dimasukkan dgn adegan 18SX yg melampau2...
Eiii...disgusting okay?

Alright, jujur... novel karya Cik Neefa yg bertajuk SEHARUM WANGIAN SYURGA tu juga ada scene nikah kahwin. Dlm novel tu jugak ada babak2 romantik (bukan lucah) ye...

Maksud cabul @ lucah di sini ialah adegan yg menunjukkan mukadimah atau sedang melakukan hubungan seks secara terang-terangan hingga mampu menaikkan syahwat pembaca...

Kesian pd remaja perempuan yg nak membuai jiwa depa...
Niat nak suka2 dgn genre romantik, last2 kena tahan hati dgn novel lucah camtu!

Dan yang paling tak terkata... novel2 cabul tersebut didominasi oleh PENULIS PEREMPUAN!
Hah! apa nak kata?
Perempuan otak biru ke?
Ish3...
Cik Neefa nak cakap jujur ni... jangan marah ye.
LELAKI adalah NOVELIS YANG BEROTAK SUCI ketika menulis.
Ini berdasarkan pemerhatian Cik Neefa...
Walaupun lelaki sering dilabel bernafsu buas, tapi dalam penulisan, diorang TAK HERAN dgn benda2 tu.
Penulisan diorang kebanyakannya bersih, jujur, ikhlas..
Tapi karya2 depa tetap malatop mcm karya Uncle Ramlee Awang Murshid.


Pesan Cik Neefa... berhati-hati ketika membeli novel bergenre romantik. Di sebalik nama 'ROMANTIK', ada KELUCAHAN yang terpalit. Serius, iman kena kuat kalau baca novel2 cabul mcm ni...

#Suka karya Ustazah Fatimah Syarha. Salah seorang penulis WANITA yang tidak mengikut nafsu dalam hasil tulisannya...^^
#Kepada sesiapa yg dah baca novel Cik Neefa, sila maklum kalau2 ada adegan yang telah mengganggu iman anda di dalam novel tu. Cik Neefa ikhlas ni!

8 comments:

::WafaIrdina:: said...

mmg wajib ada kan mende 2
rosak punah anak2 mlayu kiter t..emm
macam xde tarikan lain je ley wt
hope pasni setiap novelis biarla ada identiti penulisan masing2
u 2 dear...
:D

Isma Haneefa said...

>Amin...saya pun tgh berusaha ke arah itu. biarlah x popular..asalkan dosa x mengalir walaupun saya dh mati nnti oleh sbb ramai yg 'rosak' kerana novel saya...

eiyna zhafirah said...

tue la,kebanyakan novel sekarang semuanya macam tue * except novel cik neefa * macam dah jadik kebiasaan pulak..

ctpayong said...

assalamualaikum wbt.

as saalam perkenalan. auntie suka novel heavy...dululah masa zaman gile membaca. sekarang slow down dan lebih kpd membaca buku hal2 igama.

anyway...sesuatu yg baik bermula dengan niat. jgn kejar untung tapi tidak berkat.

Isma Haneefa said...

>Eiyna...hoho...novel Cik Neefa ok ye?

>auntie ctpayong, betul3...niat itu dahulu. yg pnting kerana ALLAH^^

Ad-Dien said...

kelak mereka akan mengetahui akan betapa besarnya dosa yang terdapat jika disalah gunakan medium penulisan ini...

saya pernah tulis entri berkaitan dengannya..


Penulisan Di Laman Maya, Saham Pahala Atau Dosa?

fathiahRAIHANA said...

one of the reason akak tak baca novel macam ni dah since akak f2. semak otak.

start baca balik bila ada HLovate aje ^^

oNe_nIe said...

Dear, berminat x buat review untuk blog saya?then sy bg free shawls or tudung yang cantik:P
www.sweetladystyle.com..
klo berminat contact sy yer dear:)