Cinta Lepas Nikah?

Reactions: 
*Assalamualaikum*

Yeay, setelah meredah segala kesulitan dan halangan(gara2 line internet yg tergetik2), kugagahkan juga diri ini utk buat post baru merangkap POST PERTAMA UNTUK TAHUN 2012..
Bangge seh<---jakun:P

Hehehee... Cop! apahal Miss Haneefa ni tiba2 buat post cinta ye? walamak, dia nak cakap pasal cintalah!(weh, sedarlah! SPM ko 10A+ ke nnti?)

Ye...ye, aku tau tu! tahun ni aku SPM, so what?
hakhak... gatal sangat ke?

Astaghfirullah... itulah pentingnya komunikasi yg berkesan. kita dengar dulu apa yg org tu nak cakap smpai habes... tu pun bila dia dah habes cakap, kita x boleh main bantai serang je! kena diam bberapa ketika dulu(bukan diam dungu, tpi berfikir ye), barulah kita ulas n beri pendapat.
Dah, dah... itu dah masuk bab lain. Miss Haneefa x mau merapu lagi.

Kenapa tiba2 saya nk cakap pasal cinta ye?
tak apalah. Biarlah saya mulakan post yg prtama utk tahun ni dgn TEMA CINTA.
Apa? salah ke?
CINTA itu FITRAH. FITRAH maknanya apa? maknanya mmg ALLAH hendakkan sesuatu yg brnama FITRAH itu dirasai n dinikmati oleh hamba2-NYA.
So, x salah kan?
Moga tahun 2012 ni dilalui dgn HIDUP PENUH CINTA bak kata Bahruddin Bekri^_^

Okeylah. Begini ceritanya...

Bgi ssiapa yg friend ngan saya kat FB, msti anda perasan yg saya ni KAKI ONLINE. X bukak FB sehari cam POWER SUPPLY meletop daaa!

Alkisah... nk dijadikan cerita, saya ni jugak diehardfan mmbaca status2 friend@page yg dipostkan di newsfeed...
nak tau tak... boleh dikatakan setiap kali saya usyar status, x sah kalau x da post ttg CINTA ni. Dan paling mencuitkan hati saya ialah post CINTA ISLAMIK pun x nak ketinggalan sama:)

Apa tu CINTA ISLAMIK?
ntahlah... itu kata nama yg saya berikan. Ianya pasal status yg mengatakan ttg cinta dlm Islam dgn menggunakan kata2 yg indah dan sweet je. Contohnya...

Saya rasa saya suka awak ●●
  Saya pun rasa awak suka saya ●●
  Tapi saya tak nak kita jadi macam orang lain ●●
  Saya nak berkat Allah ●●
  Biarlah awak fikir saya sombong tak nak layan awak ●●
  Biarlah apa pun orang nak cakap ●●
  Cuma kalau satu hari nanti awak rasa saya layak jadi bapa kepada anak awak ●●
  Biarlah nanti saya berjumpa dengan mak ayah awak ●●
  Lepas tu kita boleh bercinta selepas nikah yer...
  (^^) InsyaAllah... ~ ~ (^^) ●●
Bercintalah Selepas Nikah


Serious folks... mula2 saya x kisah gak pasal benda ni. Tpi lama2 asyik TEMA SAMA je yg selalu trpampang dlm newsfeed, naik angin jugak dibuatnya! saya prnah trfikir.... prnah trdetik dlm hati ni yg org2 yg post mcm  ni sebenarnya keinginan nk berpunya tu dah mmbuak2, tpi sbb masih kenal halal haram, so diorang postlah luahan hati diorang tu kat FB dgn menggunakan ayat2  'nampak suci' cam ni...

Namun... astaghfirullah(meh kita kempen istighfar selalu)!
Saya rasa saya dah silap percarturan...
Saya dah Su'uzzhan!(sangka buruk)...
Sepatutnya saya kena SOKONG usaha murni depa2 ni... sbb diorang pandai+kreatif menunjukkan pada umum ttg CINTA ISLAMIK dgn cara yg tetap SWEET. x perlu ayat2 formal, x perlu ayat2 pidato... guna ayat 'noty2' tu pun boleh dakwah jgak tau!

Sebetulnya, memang CINTA LEPAS NIKAH itulah yg diajarkan dalam Islam
X denye istilah couple2 ni....lantaklah alasan apa yg ko bagi, kapel2 ni x pernah diiktiraf dalam Islam!

Saya tersenyum kembali... tiba2 hati saya yg agak angin, brlapang kembali.
Dan spontan itu... saya juga turut 'cair' bila baca satu per satu ayat CINTA ISLAMIK yg selalu menyemakkan wall newsfeed saya ni...
Ya ALLAH... indahnya!

Antara 'AYAT-AYAT CINTA' Islamik yg smpat saya cilok dri FB:

* Mustahil seorang lelaki boleh membawa seorang wanita bersiar-siar ke bulan atau planet-planet di cakerawala..

Tetapi tidak mustahil seorang lelaki boleh membawa seorang wanita menetap di tempat yang jauh lebih indah iaitu SYURGA...



~ Jika wanita cantik yang dicari, ia bukan saya..
 ~ Jika wanita solehah yang dicari, ia bukan saya..
 ~ Jika wanita ayu yang dicari, ia bukan saya..
 ~ Jika wanita kaya yang yang dicari, ia bukan saya..
 ~ Jika wanita berpurdah yang dicari, ia bukan saya..
~ Tetapi jika ingin mencari wanita yg hendak dibimbing, ia adalah saya. ,..:)


·٠•●♥ Si Suami berkata kepada isterinya " Jika Syurga adalah bunga, saya akan memetiknya untuk kamu, jika Syurga itu burung, saya akan menangkapnya untuk kamu, Jika Syurga adalah sebuah rumah, saya membina untuk kamu, tetapi Syurga Jannah tidak pernah dilihat, dan saya akan berdoa kepada ALLAH untuk menempah untuk kamu... ♥●•٠·

Amacam? shweeeetttt kan kan?
Kalau nak tengok lebih lagi, silalah ke page ini...
Banyak wooo... smuanya shweet2 belaka. Pasti cair...:D

So, No Couple Before Nikah!
Subhanallah...wink2..

sorry, x clear. bagai lipas kudung saya google:/


So... haa, jgn pulak nk tanya mcm mana pulak dgn saya! hehee...
Okeylah...
Saya?
Errrmmm...
No komen. Haha...(still skolahlah, folks. X nak pikir lagi. Entry ini hanya sekadar peringatan kpd mereka yg sudah smpai TAHAP KESESUAIAN utk mmbicarakan hal ini:D

Wassalam







9 comments:

::WafaIrdina:: said...

betol syg...cinta itu fitrah dan xsalah pun..y salah adalah manusia yang bercinta ..yang bersandarkan nafsu semata2...mudah2an kita dipertemukan engan cinta sejati..cinta kerana Allah..^^


adeq stdy dl naa...stdy first..soal cinta dan jodoh ni..smpai masa dia akan dtg dgn sndrinya..be prepared jer..hehehe...all da bess yaa 4 spm...n mudah2an segala urusan kita utk menuntut ilmu dipermudah ..inshaAllah..^^

ariff al-baqi said...

bole dah pas spm kawen..

Azhariah Zuber said...

hehe awalnya lepas spm nak kahwin.

Isma Haneefa said...

> Kak Wafa, hehe...ini just prkongsian. anyway, tQ 4 da wish:)

>ariff al-baqi, *x paham2:P
lepas SPM? no3...awal bngat. cita2 banyak lagi nih!

>Azhariah Zuber...yup. x trfikir pon smpai ke situ. Entry ni skeadar prkongsian:)

Shila said...

so sweet..pape pon stdy dlu ye dik..hehe..
gud luckk..

Isma Haneefa said...

yup Kak Shila. Study first! masih banyak impian yg belom kugenggam:)

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum dik Isma Haneefa :)

Alhamdulillah..baru berpeluang komen kat blog adik ni ^_^

Terima kasih sudi jejak kat blog akak yg tak seberapa adanya tu heh~

Ni akak nak tny, novel seharum wangian syurga tu karya adik ea?
masyaAllah tak sangka ^_^ lepasa ni akak cari buku tu...tahun berapa tu ea??

Isma Haneefa said...

heee...tQ, kak naziha^^...
yup...novel 2 saya y tulis. bru dipublish bulan 8 thun 2011:)
jemputlah beli:D

shinju said...

jodoh maut segalanya d tangan ALLAH..
sbelum cri cinta sorg lelaki baik kita cri cinta dlm diri kita, cinta pd ALLAH n Rasul then cinta pd parents...
^_^