'anak' saya selamat dilahirkan...:D

Reactions: 


*assalamualaikum*



aucak!!! ngeh... cantek x gamba kat atas tuh?


ye, model dia cun tuh...


ha, itulah 'anak sulung' saya. (bukan model tu ye, buku tu):D


akhirnya, setelah melalui penantian yang agak panjang<---ayat skema


selamat jugak 'anak sulung' saya ni dilahirkan. alhamdulillah.


ingat lagi masa Kak Lis(editor alaf 21) inform yg karya saya diterima.


wahhh...saya mcm di awang-awangan!


lebih2 lagi pada 25.8.2011 hari tu, sgala penat lelah saya menulis smpai kul 3 pagi(mengantuk woo)berbayar akhirnya:) pd hari tu, secara rasminya novel saya diterbitkan.



jadi, saya xnak pnjang cerita. saya harap anda semua sudi2lah beli n baca ya;)


semoga karya pertama saya ni akan mmbuatkan anda semua trtunggu karya2 saya yg seterusnya:D insya-ALLAH.



percaya tak novel saya dah masuk carta terlaris? huhu...tapi itulah realitinya. terkejut jugak bila dpt tahu ni dri site alaf 21. cam x caya je.

apapun alhamdulillah...

lgi sekali diingatkan, jgn lupa beli novel laris ni tau;))))






12 comments:

fathiahRAIHANA said...

wahhhhhh siyes ke ni ?
nak cari la! ^^
tahniah tahniahhhhh ^^

Azhariah Zuber said...

tahniahhhhh!

Isma Haneefa said...

>fathiahRAIHANA, huhu...siyeslah..:D nnti akak beli taw;).btw, shukran.

>Azhariah Zuber, time kasih:D doakan kejayaan saya.

aisyah_syahirah said...

oo..buku novel jenis macamne, xde sinopsisi kat sini dulu k, macam berkenan je ni..:)

Isma Haneefa said...

>aisyah_syahirah, huhu, sorry, lupa pulak nk letak sinopsis. ni novel cinta+islamik.

sinopsis:
ALIFF FAHMI redha apabila pertunangannya terpaksa diputuskan kerana fitnah yang melanda. Dia tekad. Dia berhijrah untuk memulakan hidup baru. Namun, belum sempat dia mengecap kebahagiaan di tempat baru, sekali lagi dia diuji. Pertemuan dengan Anis membuatkan hidup Aliff Fahmi kacau-bilau. Gadis itu telah meluahkan rasa hati kepadanya. Kecewa kerana kasihnya ditolak lelaki itu, Anis nekad mahu membunuh diri. Aliff Fahmi cuba memujuk, tapi tidak diendahkan.

“Ya ALLAH, jika gadis ini nekad untuk mencabut nyawanya, tolonglah… jadikanlah sesuatu sebab yang boleh memberikan kesempatan untuk dia bertaubat kepada-MU!” Itulah doa Aliff Fahmi. Akhirnya dia bersetuju untuk mengahwini Anis.

Perkahwinan itu bukan sahaja menyelamatkan nyawa Anis, malah megubah diri Anis menjadi Muslimah sejati. Namun janji ALLAH tidak ada siapa yang dapat menghalangnya. Anis pergi menghadap ILAHI ketika kandungannya berusia dua bulan.

Aliff Fahmi berasa kecewa kerana kehilangan insan tersayang. Namun, dia pasrah pada qadak dan qadar ALLAH. Bagi menenangkan jiwa, dia memilih untuk memunaikan umrah. Di sana, dia sentiasa teringatkan Isma Humairah, bekas tunangnya. Bismillahirrahmanirrahim… Dua pasang nama pun diukir di Jabal Rahmah. Namun, ada jodohkah antara mereka berdua? Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui.

Ariffah9 said...

salam kak.

just nak suggest , kot-kot kak nak join sini : www.urbanteenwriter.blogspot.com

utk penulis yang masih bersekolah :D

Isma Haneefa said...

> ariffah9, huhu...akak dh banyak kali hnta email nk join, tapi diorang x balas2 pun:(

Ariffah9 said...

eh .. ye ke? nnti sy try tanya sorang penulis kat situ . minta dia tolong rekomen. saya kenal sorang penulis tu..sama umur dgn saya. tp tunggu abes PMR dulu la ye kak.. kami tgh PMR :)

Isma Haneefa said...

Ariffah9...ya, tQ:).mesti penulis tu Nurina Izzati kan? hehe... takpa..periksa baik2 dik. Gud luck:D

Ariffah9 said...

hehe. betui. tau mana? baca entry lepas2 ka ?

eiyna zhafirah said...
This comment has been removed by the author.
eiyna zhafirah said...

Assalamualaikum..
dh bce dh..
memang best :)
byk pengajaran yang dapat di teladani..
teruskan berkarya :)