Tip2 dripada Novelis yg Kite minati(Habiburrahman El-Shirazy)


AssalamualaikumWarahmatullah..
Rasanya dh lame kite tak post apa2 kan?
Kali ni pun ambik mase yg lame utk fikir post ape yg ptut dipost.
Haha..
Okeylah,
mmandangkan sedia maklum,siapa yang dri tahun 2009 lgi sudi mnjenguk blog kite,anda mesti tau yang kite ni suka menulis(Kalau masih ingat cerpen2 karya kite yg slalu kite post dulu)
tpi skarang pem'publish'an cerpen karya kite dihentikan sementara sbb tahun ni kiter nak pekse PMR..so tak ade mase nak brkarya sangat.Kadang2 trpaksa curik masa walaupun pukul dua tiga pagi kalo nk menulis.kalo dah namanya minat,tak tidur setahun pon tak apa,asalkan satu hari tu dpt jumpa muka microsoft word..Hehe..
Apapun,yg sebenarnya kite saje mahu brkongsi tip yg kite 'cilok' secara rasmi di laman web Iluvislam.com ni.Mule2 tu saje nk visit kalo2 dtg idea nak buat post baru.Tiba2 nmpak pulak tajuk ni
Tip Hangat Daripada Habiburrahman El-Shirazy untuk Penulis Muda
tanpa banyak bicara,trus copy isinya..tak nak panjang cerita lagi,sape2 yg mnat menulis tu,hayatilah tip2 ni....

1- Bagaimana mahu memperoleh ilham yang banyak?
-Sebelum menulis, seseorang itu mesti mahu banyak membaca.

Ramai yang tidak bisa menulis kerana tiada ilham. Falsafah beliau, "Ilham seperti ikan di lautan. Kan banyak sekali. Penulis pula bak nelayan/pengail ikan. Ikan juga bisa berenang ke persisiran pantai. Tetapi bilangannya tentu sedikit sekali. Begitu juga ilham, kadang-kadang memang datang sendiri. Tetapi untuk memperoleh ilham yang banyak nelayan perlu berusaha untuk ke laut dalam. Justeru penulis mesti mahu menerokai ilham tersebut.

2- Apakah cara yang terbaik untuk seseorang penulis melahirkan karya yang mampu dijiwai pembaca?

-Turutilah kesatunan laras bahasa ulama terdahulu.

Pelbagai masalah sosial yang berlaku pada hari ini merupakan pengulangan daripada zaman dahulu. Cuma, konteksnya sahaja yang berbeza. Jadinya ulama-ulama terdahulu telah menyentuhnya dengan laras yang halus dan mudah diterima oleh masyarakat pada zaman tersebut.

3- Jadi, apakah cara yang terbaik untuk penulis muda?

-Dekati masyarakat.

Ya, saya sendiri suka untuk mentadabbur alam dan situasi masyarakat untuk mencari ilham. Dengan cara kita duduk dalam masyarakat seperti menaiki kenderaan awam dan sebagainya, mata kita mampu melihat lalu dianalisis oleh otak.

4- Apakah sumber utama yang wajar dirujuk sebelum menulis?

-Sumber yang sudah menjadi kebiasaan kita.

Pertama ya Al-Quran. Dengan cara mentadabbur Al-Quran sahaja kita akan peroleh banyak ilham dan petunjuk. Kemudian menjadikan Sunnah Rasulullah dan Para Sahabat untuk rawatan dan pendekatan terbaik. Sebagai contoh dalam masalah perceraian. Tindakan Khalifah Umar dalam memelihara perkahwinannya wajar menjadi panduan bagi si suami. Ketiganya rujuk peninggalan alim ulama yang begitu santun menangani masalah umat. Terakhirnya, melalui pemerhatian dan analisa terhadap masyarakat kini.

5- Masalah karya terhenti separuh jalan, apa solusinya?

-Penulis juga seperti engineer.

Sebelum membina gedung. Tentunya sudah siap satu grand design untuk menyiapkan satu bangunan. Berapa ukurannya? Bagaimana bentuknya? dan sebagainya. Sama juga seperti penulis, perlu ada big picture awalan, pertengahan dan akhir ceritanya. Nasihat saya tulis sehingga habis kemudian kita berhak untuk menukar jalan ceritanya. Kita sudah ada matlamatnya. Seperti mahu berjalan, destinasinya sudah ada, jalannyakan pelbagai.

Dah bace?Harap2 dpt mmberi manfaat.Mungkin kalo kite ikut betol2 tip2 ni,x mustahil kite jgak mampu mnghasilkan karya setanding dengan Habiburrahman El-Shirazy ni,sehingga boleh jadi bestseller.Bukan dlam negara dia aje,smpai ke Malaysia novelnya trjual.Kalaulah kite macamtu...(berangan dulu)
Novel Ayat-ayat cinta,
rasanya yg paling best prnah saya baca dalam brpuluh2 novel yg saye prnah telaah.Ayat-ayat cintalah yg paling best!
kmunculan novel Ketika Cinta bertasbih buat hati kite ni mlonjak2 nak bace sangat!
Tapi blom ade kelapangan yg mmbolehkan kite beli novel tu n bace mmandangkan kite smakin sibuk,apa lagi lepas cuti raya cina ni,mulelah kelas tambahan itu,ini...
Apapun,kite memang suka menulis!
Support me...
I'll support u...
Cewah...
okeylah,tak nak bebel lagi...
Salam...

6 comments:

'AQILAH said...

tq kongsi...:) dekati masyakart..tertarik

Unknown said...

jom dekati+sebarkan kebaikan kepada mereka.

Natasya K said...

sgt berguna... thanks for the info :D

Insan Biasa said...

ilmu yang berguna .....

tuan director said...

baru semalam tgk ketika cinta bertasbih..memg best..x sabar sambung no2

Izzah Haneefa said...

best eh cite tu?