CERPEN KARYAKU:NUR CINTA BALQIS

Reactions: 

“Fahmi,kan hari tu ustazah dah pesan.Fahmi ingat tak?”Balqis mengangkat keningnya.Matanya menatap tepat ke arah murid yang berusia sebelas tahun itu.Suaranya dilembutkan.Berbicara dengan seorang yang masih dianggap kanak-kanak perlulah bertentangan dari kata hati mereka.jika mereka berkasar,kita pula yang kena berlembut.

“Ingat.Ustazah suruh hafal surah apa entah ni…”Acuh tak acuh saja murid lelakinya itu menjawab sambil memuncungkan bibir.Seakan tidak senang dengan ‘arahan’ yang diberikan kepadanya semalam.

“Fahmi,nama surah ni bukan apa entah,surah At-takasur namanya,Fahmi.”Lembut

suaranya menegur.Kalau tak betul-betul,memang boleh hilang sabar dibuatnya melayan karenah kanak-kanak yang ingin berginjak ke alam remaja sebegini.Tapi,fizikal Fahmi tidak seperti seorang murid darjah lima,badannya kecil saja,selalu disalah ertikan dengan pelajar tahun 3.

“Tapi ustazah,susahlah.Panjang pulak tu ayat dia.Otak Fahmi ni kecik aje.”Muncungnya Fahmi semakin panjang.Balqis tersenyum.Bukan mudah untuk menyuruh seseorang itu berbuat sesuatu,terutama dalam bab-bab menghafal ayat-ayat Al-Quran,lebih-lebih lagi seperti si Fahmi ini,seorang yang masih mentah,yang hanya tahu keseronokan saja.

“Fahmi,siapa kata otak kita kecik,kita tak boleh hafal ayat Al-Quran?Fahmi tau tak,Ibnu Sina,tokoh perubatan islam,hafal Al-Quran umur sepuluh tahun?Fahmi dah sebelas tahun,takkan Fahmi tak boleh?Lagi pulak,Ibnu Sina bukan aje hafal Quran.Dia pun belajar sains,belajar perubatan,matematik,falsafah,sastera.Haa..lagi banyak.Kenapa otak dia tak jam pun?Kita tengok,nama dia sekarang dah terkenal dah,walaupun dia dah tak ada lagi.”Panjang ceritanya.Sesekali dia menguis hatinya,entah faham ke tidak apa yang dicakapkannya tadi?Maklumlah,bercakap dengan orang yang seusia begini,mereka masih belum mampu berfikir panjang.

“Tapi,otak dia pandai cikgu.Fahmi?Fahmi ni dahlah bodoh.Selalu dapat nombor last dalam kelas.”Fahmi tunduk.Riak wajahnya sedih mengenangkan dirinya agaknya.Balqis menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia faham akan masalah anak didiknya itu.Fahmi memang kalau dikatakan,jauh kebelakang dari kawannya,markahnya tidak sebaik yang diharapkan,tetapi dia percaya,anak didiknya itu akan berjaya seperti orang lain juga suatu hari nanti.

“Siapa cakap Fahmi bodoh?Fahmi,dengar sini.Allah tak ciptakan kita dengan keadaan yang berbeza-beza.Semua mahkluk Allah tu sama di sisi-NYA.Cuma Fahmi yang kena tahu macam mana nak jadik apa yang Fahmi harapkan.”

“Fahmi tak tahu.Kalau ustazah tau.Ustazah kasilah tau.”

“Fahmi,ustazah boleh bantu,tapi ustazah hanya mampu bantu setakat beberapa kerat saja.Sebab semua yang ingin Fahmi capai,bermula dari usaha Fahmi sendiri.Ustazah hanya boleh bantu kalau-kalau ada lebihan yang tidak jumpa jawapannya.Fahmi kena ingat,Allah hanya bagi kejayaan tu kat orang yang berusaha sendiri saja,tanpa mengharapkan orang lain.Mana boleh orang tolong kunyahkan nasi untuk kita,betul tak?”

“Orang tolong kunyahkan nasi untuk kita?”Fahmi menggaru-garukan kepalanya.Mungkin tidak mengerti maksud kiasan yang diperkatakan oleh Baqis tadi.Balqis berfikir sendiri,mungkin ayatnya itu terlalu dewasa bagi seorang yang seperti Fahmi ini untuk memahami ayat sebegitu.

“Hmmm…maksud Ustazah,Fahmi kenalah buat sendiri,ustazah hanya boleh bantu ciput aje.Fahmi cuba sedaya-upaya Fahmi,Fahmi kena tanam azam dalam hati,Fahmi nak jadik apa?Macam sekarang,Fahmi tanam azam nak hafal surah Al-takasur ni,insyaallah,kalau dah tanam azam,tak susah lagi Fahmi nak jadikan surah tu dah ada dalam kepala Fahmi.Fahmi hafal elok-elok,memang boleh punya.Ustazah percaya kat Fahmi.”Sambung Balqis lagi,panjang.

“Hmmm..yelah ustazah,Fahmi faham.Fahmi Cuma rasa yang Fahmi takkan dapat hafal surah ni kalaupun Fahmi cuba.”

“Kalau Fahmi cuba dengan bersungguh-sungguh,mestilah boleh.Tidak ada usaha yang keras di akhirnya gagal,kecuali kalau Fahmi main-main.”

“Baiklah ustazah.Fahmi ikut cakap Ustazah.”

“Hmmm…macam tulah Muhammad Fahmi,yang mempunyai kefahaman serta terpuji.Fahmi hafal elok-elok tau.Nanti ustazah tanya minggu depan.”Balqis bangun dari kerusi plastik yang bersebelahan dengan Fahmi yang kosong,tiada orang yang duduk.Fahmi,anak muridnya yang selalu keseorangan,tidak suka bergaul dengan murid-murid lain,hanya buat hal sendiri saja yang membuatkan dia tidak mempunyai ramai kawan.Juga pelajarannya yang merosot setiap kali peperiksaan,namun Balqis percaya,ada sesuatu yang istimewa dianugerahkan Allah kepada anak itu.Setiap orang mempunyai kelebihan sendiri.

“Ok,murid-murid,kita sambung minggu depan.Ustazah akan tanya kamu surah Al-Takasur.Cuti minggu ni,hafal tau.Ustazah akan tanya.Oklah,semua boleh balik.”Berduyun-duyun pelajar-pelajar Kafa Integrasi di kampung itu hendak menuju ke pintu dengan tergesa-gesa.Entah apa yang mahu dikejarkan mereka.Biasalah budak-budak,walaupun hampir ke alam remaja,tidak semetinya mereka sudah matang.Bunyi loceng sedikit nyaring membingitkan corong telinga.Jam sudah menunjukkan pukul lima setengah petang.Beberapa orang murid perempuan ada yang terus berlari keluar,tidak kurang juga yang mengambil kesempatan bersalaman dengan ustazah mereka itu.Senyuman tidak lekang dari bibir Balqis.Dia tidak mahu anak muridnya mengatakan dia ini seorang yang bosan,dia mahu waktu mengajarnya dipenuhi dengan suasana yang ceria,begitu juga diharapkan kepada guru-guru lain di sekolah agama itu.Sedikit-demi sedikit pelajar berkurangan.Balqis bangun,keluar dari pintu kelas.Hanya Aishah yang masih setia menunggu di luar,memang dia sudah tahu kewajipannya sebagai seorang ketua kelas,menunggu sehingga murid-murid lain pulang,baru dia boleh balik kerana dia hendak menutup pintu.Kunci kelas juga berada di tangannya,memang dia seorang murid yang nampak cirri kepimpinannya.Sekolah kosong beberapa minit kemudian,hanya yang tinggal,ustazah-ustazah serta ustaz yang masih setia mengemas barang di bilik guru.Balqis mencapai paying yang diletakkan di bawah mejanya.Gerimis di luar dapat dilihat dari kaca cermin bilik guru.Hujan akan turun kelihatannya.Habislah basah badannya selepas ini,walau dia berpayung.Tapi akan terkena juga air hujannya,maklumlah,berjalan kaki.Mesti sedikit sebanyak dirinya akan basah juga.

“Kak Mira,Balqis balik dulu,yek.”

“Yelah.Baliklah.Kak Mira bertugas minggu ni.Balik pukul enam nanti.”Balqis mengangguk faham.Memang setiap minggu akan ada guru bertugas untuk pulang lewat,tujuannya kalau ada murid-murid yang masih belum pulang,kenalah temankan sampai kenderaannya sampai,juga bertugas untuk menutup pintu pagar sekolah.Balqis berjalan laju keluar,mahu sampai ke rumah segera.Gerimis sudah bertukar hujan di luar.Selipar yang disarungkan di kakinya dibasahi air hujan yang bertakung di atas jalan.Hujan petang itu bercampur dengan kedinginan sekali.Sesekali terasa pokok di hadapannya melambai-lambaikan daun.Memang lebat sungguh.Bibirnya tidak berhenti berzikir,memohon agar diberi perlindungan dan segera sampai di rumah.Air mencurah-curah turun ke bumi.Nasib baik payungnya besar saiz,tak adalah lencun dibuatnya.Balqis melangkah laju lagi.Sesekali air lecak terpercik ke kain baju kurung berwarna kuning air yang dipakainya.Dia tidak kisah lagi,yang dia tahu hanya sampai selamat di rumah,bibirnya masih tidak berhenti-henti bergerak mengulangi kalimah memuji Allah. Apa-apapun boleh berlaku di dalam hujan lebat begini,hanya pertolongan Allah sajalah yang boleh menyelamatkannya dari sebarang bahaya.Telinganya kemudian menangkap bunyi kereta dari arah belakang yang mendekati dirinya,sempat dia menoleh,dalam samar-samar air hujan yang mencurah-curah,sebuah kereta Honda Civic merapati perlahan ke tepinya.Balqis mengambil pandangan,tuan punya kereta itu seakan-akan mahu menuju ke dirinya.Balqis menghentikan langkahnya sebaik saja kereta itu betul-betul berhenti di sebelahnya.

“Cik,cik nak pergi mana,hujan ni?Biar saya hantarkan.”Balqis dapat melihat wajah itu dengan jelas walaupun dalam hujan sebaik saja cermin kereta di sebelah kiri pemandu itu diturunkan.Seorang lelaki yang amat asing baginya,berwajah Inggeris.Nampak raut wajahnya seperti bukan orang tempatan,tetapi pandai pula berbicara dalam bahasa Melayu.

“Tak apalah Encik.Saya nak pergi depan tu saja.Dah dekat dah.”Balqis menolak pelawaan itu.Tidak mungkin dia akan menaiki kereta dengan seorang yang tidak dikenalinya,apalagi dengan seorang lelaki!Tidak mungkin,dia tidak akan berdua-duaan walaupun di dalam kereta.Biarlah dia berjalan kaki saja.Lagipun,rumahnya sudah tidak jauh lagi.Apa pula kata abah dan emaknya nanti apabila seorang lelaki menghantar anaknya pulang?!

“Cik,hujan ni.You’ll get sick.Come,I’ll drive you to your destination.”Lelaki itu masih berkeras.Balqis menggelang buat kali keduanya.Dia tetap tidak akan naik berduaan dengan lelaki itu.Kalau dilihat,memang tiada salahnya,tambahan pula hujan lebat sebegini,tetapi,berdua-duaan laki dan perempuan di dalam kereta,bukan hanya berdua,tetapi ada satu makhluk lagi yang membuatkan jadi bertiga,iaitu,syaitan laknatullah.Apa-apa juga boleh terjadi jika berdua-duaan pada waktu begini.Melihatkan Balqis yang masih berkeras,lelaki Inggeris itu keluar dari keretanya,sebaik saja lelaki itu keluar,tubuhnya lelaki itu lencun bermandikan air hujan yang mencurah ke dirinya.Namun lelaki itu nampaknya tak kisah,dia mendekati Balqis.Balqis agak terkejut dengan perlakuan lelaki itu.Perasaan serun mula tumbuh di hatinya.Takkan nak menolong sampai sanggup berbasahan sebegini?

“Cik jangan takut.Saya betul-betul nak tolong.”Lelaki itu bersuara di dalam kelimpahan hujan yang menurjah dirinya tak henti-henti.Namun dia tenang saja.Balqis menjauhkan sikit dirinya dari lelaki itu,tidak mahu terlalu rapat.

“Tak apalah,encik.Saya dah rasa bersalah pulak sekarang ni,pasal saya,encik dah lencun macam ni.Encik teruskanlah perjalanan encik.Rumah saya dah dekat lagi pun.”

If you want to redeem your guilty towards me,I want you with pleasure to take a seat in my car,and I’ll drive you home.”Lelaki Inggeris itu tetap berkeras.Dalam masa yang sama telah memerangkap perasaannya Balqis.Bukan dia tidak mahu menumpang di dalam kereta lelaki itu,cuma batasan yang bermain-main di fikirannya.Sudahlah dia tidak mengenali lelaki itu.

“Tapi,”

“Cik,jangan fikir bukan-bukan.Saya tak akan apa-apakan cik.Saya cuma mahu menolong.Itu janji saya.Takkan orang Islam macam ini?Saya fikirkan Islam memikirkan kesusahan yang ditanggung umatnya walaupun dalam keadaan seperti ini.Rupanya dalam keadaan hujan lebat guruh menyambar macam ni pun,masih kena ikut jugak larangan,ya?”Balqis tersentak apabila lelaki itu berani menyentuh soal agama.Tak sangka begitu sekali fikiran lelaki itu.Balqis serba-salah,dia tidak mahu berduaan dengan lelaki itu dalam masa yang sama dia tidak mahu lelaki itu berfikir yang bukan-bukan terhadap Islam.Islam bukan begitu,Islam tidak menyusahkan hambanya.Jika sudah terpaksa atau dalam keadaan ribut seperti ini,dibenarkan untuk melanggar beberapa peraturan asalkan jangan melampaui batas.Cuma dia saja yang tidak mahu.Kalau boleh dia hanya mahu berjalan kaki,memang sudah dekat dengan rumahnya.

“Baiklah kalau awak cakap macam tu.Saya naik kenderaan dengan awak ni pun sebab saya tak nak awak ada tanggapan negatif terhadap Islam.”Balqis menyambung.Dia kalah juga akhirnya.Baginya,membaikkan nama Islam di hadapan orang sebegini lebih penting.Lelaki Inggeris itu tersenyum,seraya memasuki keretanya semula,Balqis membuka pintu kereta Honda itu,lalu masuk ke dalam dan kereta itu meluncur pergi.

* * * * * * * * *

Mak yang sedang menggiling cili di beranda rumah agak terkejut melihat Balqis pulang bersama sebuah kereta Honda yang boleh dianggap mewah oleh orang kampung seperti mereka,kekejutan mak bertambah lagi apabila seorang lelaki mat salleh keluar dari kereta itu beserta dengan Balqis yang raut wajahnya seakan sedang serba-salah.Mak terus berhenti menggiling,bertongkatkan tangan tuanya yang masih kuat lagi,mak bangun menjengah,Balqis tunduk,malu agaknya apabila dihantar ke rumah oleh seorang lelaki yang amat asing.

“Balqis,siapa ni?”Mak bertanya sejurus Balqis menghampiri wanita tua itu.Lelaki Inggeris yang bernama Haris itu melemparkan senyuman ke arah mereka.

“Saya Haris,auntie.Selamat berkenalan.”Haris menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mak,mak agak terkejut apabila lelaki Inggeris itu petah berbahasa Melayu,semakin hairan mak dibuatnya,terutama dengan panggilan auntie itu.Tak selesa rasanya.

“Errr..maaflah encik.Saya tak boleh bersalaman….”

“Oh,tak apa,tak apa.Saya faham,orang Islam tak boleh menyentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang tak ada pertalian darah.”Mak tersenyum mengiakan,sedikit rasa bangga apabila lelaki mat salleh ini tahu juga tentang peraturan di dalam Islam.

“Ummm..encik nak cari siapa?”

Auntie tak payahlah nak ber-encik-encik dengan saya,panggil saya Haris.Saya dalam perjalanan tadi kebetulan terserempak dengan Balqis,dia jalan dalam hujan,saya tumpangkanlah,kebetulan saya juga mahu ke sini.”Balqis membeliakkan matanya mendengar penjelasan lelaki itu.Tidak sangka pula yang lelaki itu menuju ke sini!Kalau iya pun,nak cari siapa?Ayah?Tak mungkin.Bila pulak ayah ada kawan dengan anak mat salleh ni?

“Tak payahlah panggil auntie ye.Panggil makcik je.Tapi,nak cari siapa?”Mak mengerutkan dahi.Suaranya perlahan sambil tangannya sesekali membetulkan anak tudungnya yang seakan sudah mula menampakkan sedikit rambut di depan dahinya.

“Saya nak cari Haji Ismail.Saya tak silap rumah,kan?”Orang yang dimaksudkan lelaki itu sekali lagi membuatkan mak dan Balqis tertanya-tanya,itu ayah Balqis dan suami mak!Apa kaitannya lelaki ini mencari keluarga mereka?

“Errr..ya..ini rumah Haji Ismail.Haris nak apa cari dia?”

“Oh..tak salah lagi.Saya anak kepada kawan Haji Ismail,Mr. Betrous,saya rasa Haji Ismail dah ceritakan tentang ketibaan saya di sini.”Mak dan Balqis menggeleng.Sejak bila pula ayah dan suami mereka itu ada kawan mat salleh?Kalau iya,pun pada zaman pemerintahan British dahulu,takkan baru nak cari sekarang?

“Hhhmmm…Mr.Betrous pernah menjadi salah seorang polis ketika diarahkan bertugas di tanah melayu dahulu,kebetulan,Haji Ismail pun seorang polis yang bekerja dengan Inggeris ketika itu,mereka berkawan,dan sayalah anak Mr.Betrous.”Balqis dan mak mengangguk sambil tersenyum.Haji Ismail memang banyak dengan kenangan ketika zaman penjajahan dahulu.

“Oh..ya,ya..Makcik ingat.Anak Mr.Betrous ya?Ya Allah,dah besar panjang dah.”Mak juga turut mengenali lelaki itu,Balqis semakin hairan.Dah kenal rupanya.

“Iya,makcik.Sayalah.”

“Oh..iya,iya.Haji Ismail tak ada kat rumahlah,Haris.Haris tak kisahkan menunggu?”

“Tak apa makcik.Saya memang benar-benar nak jumpa dia.”Seketika kemudian,sebuah motor kapcai memansuki perkarangan rumah limas itu,Haji Ismail sudah pulang dari masjid.Dia bekerja sebagai imam di masjid di Kampung Permatang Permai,melihatkan lelaki Inggeris yang berdiri di hadapannya itu,Haji Ismail tersenyum.

“Selamat petang.Ini Haris kan?”Haji Ismail memulakan pertanyaan.Hari mengangguk sambil membalas salam dan berjabat tangan dengan lelaki tua yang berusia penghujung enam puluh-an itu.Tangan tuanya mula timbul urat-urat kasar,namun kudratnya masih kuat berbanding dengan umurnya,mungkin sudah terbiasa dengan kerja-kerja lasak pada zaman mudanya.

“Ya,pakcik,saya Haris.Syukur dah jumpa semula.”

“Ayah kamu apa khabar?”

“Dia dah meninggal,pakcik.”Haji Ismail mengangguk,wajahnya berubah raut,sudah meninggal rupanya rakan waktu mudanya dahulu.Iyalah,masa tetap berjalan.

“Oh…I’m so sorry.Eh,jomlah masuk.”Mendengarkan Haji Ismail berkata dalam bahasa Inggeris,mak dan Balqis tersenyum.Bangga agaknya dengan kebolehan ayahnya itu.Haris menuruti langkah Haji Ismail juga Balqis dan mak,mereka mendaki tangga kayu menuju ke dalam.

* * * * * * *

Balqis menguis-nguis pasir sungai,sesekali dia termenung,sesekali juga dia melepaskan keluhan kecil.Seketika kemudian,dia duduk termenung di atas batu,telinganya menangkap bunyi air sungai yang deras mengalir di hadapannya,tenang seketika menikmati panorama ini berseorangan tanpa gangguan sesiapa.Balqis mengambil udara segar.Dia masih bertenggek di atas batu.Matanya masih menangkap aliran air sungai yang agak menyegarkan jika terkena pada tubuh.

“Cik Balqis,”Satau suara garau menghampirinya.Balqis menoleh,dia terkejut melihat Haris sudah berada di belakangnya.

“Encik Haris buat apa kat sini?!”Soal Balqis sambil tergesa-gesa menuruni batu yang ditenggeknya tadi.Meremang bulu romanya melihatkan tiba-tiba saja lelaki itu muncul.

Kan saya dah cakap panggil saya Haris je.”Haris mengerutkan dahi menunjukkan sedikit kesal apabila suruhannya tidak diikuti oleh Balqis.

“Iya,ya..Haris.”Tergugup-gagap Balqis dibuatnya.Sudahlah muncul begitu saja.

“Hmmm…cik jangan takut.Saya saja mahu ke sini untuk menikmati panorama di kampung Malaysia ini.Lagipun saya kat sini bukannya lama.Dua minggu lagi saya dah nak balik England.”Laju Haris menuturkan ayatnya seakan dia bukan orang Inggeris,tetapi orang Melayu yang sudah fasih dan tinggal lama di bumi bertuah ini.

“Hmmm..macam mana awak boleh sampai sini?”Balqis mula memberanikan diri,bertanyakan soalan.

“Eh,kan saya dah cakap masa makan malam semalam.”

“Awak tak ingat ke?Saya mana ada waktu makan malam semalam.”

“Iya tak ya,awak dalam bilik mengurung diri.Malu dengan saya,ya?”Haris tersenyum nakal,namun dia tidak mempunyai maksud apa-apa di sebalik senyumannya itu.Saja mahu bergurau.

“Ish..ke situ pulak dia!”Balqis memuncungkan bibir.Nasib baik kawasan sungai ini tidak terlalu tertutup.Sesekali ada orang yang lalu,namun tiada syak apa-apa.

“Hmmm..saya ke sini sebab nak dalami Islam.”

“Awak Islam?”Balqis membulatkan matanya.Islam ke lelaki ni?Tak nampak pun masa solat Maghrib!

“Hhh..saya kristian,tapi saya minat dengan Islam.Jadi bila dapat tahu dari ayah saya sebelum dia meninggal dulu yang ayah awak ni pandai dalam agama.Saya terus tuju sini.”Haris menjelaskan.Balqis mengerti.Dia mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Ayah awak tak kisah ke awak belajar Islam?”

“Ayah saya open minded.Dia kata saya ada hak tentukan hidup saya.”

“Oh…ok,saya faham.Belajarlah bersungguh-sungguh,ya.”Sempat Balqis memberikan kata-kata semangat,baru dia mengerti kini,lelaki itu datang ke sini mempunyai tujuan besar rupanya,mengenai Islam!Patutlah asyik ceritanya dikaitkan dengan Islam saja.

“Belajar dengan awak pun boleh.”Haris meleretkan senyuman ke tepi bibirnya.

“Belajar dengan saya?”Balqis menyoal semula sambil menuding jari ke arah dirinya.

“Iya..awak kan ustazah.”

“Tapi saya ni ustazah sekolah agama rendah je.Ilmu saya pun belum tinggi mana lagi.”

“Awak nak bohong,ya?Saya tahu awak ni sarjana dalam bidang Usuluddin.tapi saya hairanlah,kenapa awak lebih memilih nak jadi guru agama kat sekolah rendah saja?Kan awak boleh pilih kerja yang sesuai dengan lulusan awak.”Balqis agak terkejut.Memang sah ayahnya Haji Ismail sudah menceritakan segala-galanya tentang dirinya terhadap lelaki ini!

“Hmmm…Haris..saya sengaja nak kerja sebagai itu.Bagi saya kerja sebagai guru agama sekolah rendah pun,sudah besar pahalanya,tidak semestinya saya perlu bekerja sama seperti lulusan saya.Dalam hadis rasulullah pun ada cakap,dengan hanya satu patah perkataan pun dikira dakwah.”Balqis melemparkan senyuman.Jika lelaki ini ingin bertanya lagi jauh tentang agama Islam,dia sudah bersedia dengan hujah-hujahnya.

“Oh…ya ke?Saya hormati keputusan awak dan saya bangga dengan Islam,tapi kebanyakan orang Islam yang saya lihat,mereka agak memilih,terutama apabila mereka sudah habis belajar.Mereka lebih suka menganggur dari mencari kerja,katanya kerja lain tak bersesuaian dengan kelulusan mereka.”

“Haris,janganlah menilai Islam itu dari umatnya,nilailah Islam itu dari ajarannya,kerana tak semua umatnya itu benar-benar mengikuti ajarannya.Ada orang,Islam hanya dari segi keturunannya,ada juga yang Islam dari segi pegangannya.Begitu juga dengan kristian,mesti ada yang ikut dan ada yang tak ikut,betul tak?”Balqis mula memberanikan diri membuka hujah.Haris tersenyum.

“Iya,betul kata awak itu,saya tak kata yang saya ragu dengan Islam.Saya hormat Islam kerana saya dah buat kajian tentangnya dan saya dapati Islam sangat mudah dan ia merupakan satu cara hidup.Islam is the way of life.”

“Hmmm..jadi,apa rancangan awak?”

“Saya cadang,bila dah sampai masa nanti,saya nak peluk Islam.Saya yakin dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah nabi Muhammad.”Kata-kata lelaki itu membuatkan Balqis tersenyum lebar.Dia berbangga apabila seorang non-muslim menyatakan keyakinannya terhadap ajaran Islam,dia bersyukur sangat kerana berpeluang membesar di dalam salah satunya agama yang diterima Allah ini!

“Hmm..semoga awak mendapat hidayah,saya nak tanya,apa yang menyebabkan awak tertarik dengan ajaran Islam?”

“Awak sendiri dah kata tadi.Lihatlah agama itu kerana ajarannya bukan pengikutnya.Dan saya melihat ajaran Islam sangat sesuai diamalkan.Percaya kepada tuhan yang satu,dan mengakui bahawa nabi itu hanya pesuruh-NYA,bukan anak,mak,bapak tuhan.Kerana tuhan berbeza dengan makhluknya,tuhan tidak akan menyerupai dirinya sama seperti ciptaannya kerana dia maha agung,takkanlah yang agung mahu menyerupai apa yang diciptanya.”Seakan ketika itu Haris pula yang menjadi gurunya.Dari tadi,Balqis hanya bertanya,lelaki itu menjawab.Tidak sedar yang hari semakin menerik,tetapi,keterikan itu tidak dapat dirasai kerana kedudukan sungai yang mereka berada sekarang ini dilindungi pokok-pokok hutan yang menghijau.Untungnya dapat tinggal di tempat sebegini!

“Syukur kalau awak dah berkata begitu.Moga-moga tuhan akan memberikan hidayah yang secepat mungkin kepada awak.”

“Insyaallah,”Mendengar kalimah itu,Balqis melebarkan senyumannya,seorang yang bukan Islam mampu berucap seperti itu,dengan penuh yakin,tidak main-main.Balqis melepaskan keluhan kecil,matanya dihalakan ke aliran sungai semula.

“Dalam Al-Quran Allah ada menyebut,Allah ialah tuhan yang satu,DIA yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat,dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesiapa pula yang serupa denganNYA.”Balqis menangkap kata-kata lelaki itu.Itu tafsir surah Al-Ikhlas!Memang hebat lelaki ini,belum tentu seorang anak muslim mampu menghafal tafsir ayat al-quran walaupun hanya sekadar surah Al-Ikhlas yang tidaklah panjang.Tetapi,apabila lelaki ini menyatakan begitu,terasa malu pula terhadap umat Islam sendiri.belum tentu umat Islam sendiri akan peduli semua ini.

“Hmmm..hebatlah awak.Tahniah kerana dapat mentafsirkan surah Al-Ikhlas,bukan semua orang yang mampu menghafal seperti awak.”Balqis menepuk-nepuk tangannya.Dia memandang lelaki yang sudah terbiasa dengan budaya Malaysia itu.Lelaki itu cerita ayahnya,pernah menuntut di salah sebuah universiti tempatan,jurusan perniagaan dan sebab itulah,kelihatannya lelaki itu tidak kekok dengan masyarakat di sini.

“Awak tak percaya jesus?”Balqis menduga.Ingin tahu apa pula jawapan lelaki itu.

“Hmmm…Jesus atau nabi Isa,hanyalah pesuruh Allah.Dia bukan anak Allah seperti mana orang kristian percaya.Saya percaya dia hanya utusan Allah berdasarkan beberapa dalil,termasuk kajian saya terhadap bible.Allah telah mengatakan di dalam Al-Quran,sesiapa yang mempercayai bahawa Allah adalah satu dari tiga tuhan,maka kafirlah dia.Allah juga ada menyebut bahawa Ar-Rahman iaitu Allah,tidak layak bagi Allah untuk mempunyai anak,kalau dikaji bible,Jesus pernah menjawab soalan pemuda yang mengatakan perbuatan baik apakah yang harus dilakukan untuk memperoleh hidup yang kekal?Nabi Isa menjawab,kenapa kau bertanyaku?Hanya ada satu tuhan saja yang baik,jika kau ingin masuk ke dalam hidup,turutilah segala perintahnya,kitab Matthew menyebut begitu.Saya semakin yakin apabila kedua-dua kitab ini dikaji semula,ajaran Kristian hari ini bukanlah yang asal dan sebenarnya aliran umat kristian yang diikuti sekarang ini ialah berasal dari St.Paul of Tarsus apabila maharaja Theodosius 1 mengishtiharkan bahawa agama kristian aliran St.Paul ini sebagai agama rasmi empayar Rom ketika itu.Awak tahu tak yang Jesus menyuruh pengikutnya berpegang teguh kepada hukum Taurat?Tetapi apa yang terjadi?St.Paul mendakwa dalam kitab Ephesians,bahawa kematian Jesus telah membatalkan hukum taurat dan segala perintah dan ketentuannya.Sedangkan Jesus ada bersabda dalam kitab Matthew,menyuruh pengikutnya supaya melakukan segala sesuatu yang ahli taurat dan orang Farisi yang telah menduduki kerusi Musa supaya melakukan sesuatu yang mereka ajarkan.Maksudnya di sini,Jesus menyuruh pengikutnya mengamalkan hukum taurat,tetapi mereka tidak,mereka percaya kepada ajaran St.Paul of Tarsus.Sebab itu,jika difikirkan balik,pelik tak apabila ada slogan yang mereka bangga seperti ‘I love Jesus’,’I’m crazy about Jesus ke,sedangkan mereka sendiri tidak mengikuti perintah nabi itu?” Panjang lebar huraian Haris.Membuatkan Balqis ternganga seketika.Lelaki ini bukan calang-calang orang,bukan semua orang boleh membanding-bandingkan agama seperti ini!

“Dan awak tahu,Jesus tak pernah mengaku diri dia Kristian?”

“Ya,saya tahu pasal itu dan boleh awak ceritakan?”Haris mengambil tempat,sudah lama berdiri,dia duduk di atas sebuah batu besar yang jaraknya hampir satu meter dari tempat Balqis duduk.

“Jesus tak pernah mengaku dirinya kristian,perkataan ‘kristian’ muncul kira-kira 42 masihi selepas baginda diangkat ke langit,di sebuah tempat bernama Antiokhia.Dalam kitab Act of the Apostles,karangan St.Luke,Barnabas pergi ke Taurus untuk mencari Saulus,lalu ke Antiokhia,tinggal bersama dengan jemaat di sana selama setahun dan mengajar banyak orang.Dan murid-murid itu pertama kali dipanggil ‘kristian’.Jelas di sini bahawa kristian muncul selepas baginda diangkat ke langit.Baginda tidak pernah mengaku dia kristian dan asalkan awak tahu,baginda juga akan menolak orang-orang yang menamakan diri mereka ‘kristian’ ketika di akhirat kelak,dalam kitab Matthew,Jesus berkata ‘Enyahlah daripadaku,kamu sekalian pembuat kejahatan!’kerana mereka melakukan sesuatu yang tidak diperintahkannya.Sudah jelas yang kristian memang sudah menyeleweng,mereka tidak mengikut ajaran baginda yang sebenarnya lagi,juga mereka tidak mempercayai rasul terakhir iaitu Muhammad S.A.W yang disebut dalam kitab Taurat,dalam surah al-saff,ketika nabi Isa berkata kepada Bani Israel,yang baginda adalah seorang pesuruh Allah,mengesahkan kebenaran kitab yang diturunkan kepada baginda sebelumnya,iaitu Taurat,membawa berita gembira akan kedatangan seorang rasul yang kemudia daripada baginda iaitu,Ahmad,atau nabi Muhammad S.A.W,junjungan besar umat Islam.Jadi saya lebih yakin dengan Al-Quran kerana dalam kajian saya,Al-Quran belum pernah ditulis semula seperti mana Bible yang sudah banyak versinya dan tidak diketahui lagi keasliannya serta orang kristian sendiri yang tidak mengikuti ajaran nabi Isa a.s dengan betul lagi.keyakinan terhadap pesuruh terakhir,Muhammad S.A.W yang dinyatakan di dalam kitab Taurat yang telah difirmankan di dalam Al-Quran,menambahkan lagi keyakinan saya terhadap agama yang diutuskan kepada umat manusia ini.”Haris melepaskan lelah,sudah terlalu banyak pengetahuannya yang telah diceritakan kepada Balqis yang sedari tadi ayik leka mendengar,tidak sedar yang waktu sudah masuk zohor.Sayup-sayup azan berkumandang memasuki corong telinga.Balqis menikmati setiap bait-bait azan yang memuji-muji keesaan dan kehebatan Allah itu.Dadanya tenang seketika.Bagitu juga Haris yang tampak tenang apabila mendengar suara azan sayup-sayup memasuki hatinya.Semoga sinar nur akan melimpahi hati lelaki ini dan merubahnya kepada seorang muslim,muslim yang sejati,Insyaallah!

* * * * * *

“Ustazah,kenapa termenung ni?Ustazah,cepatlah,nanti dah lupa!”Balqis tersentak apabila Fahmi tiba-tiba menjerit ke arahnya.Matanya dikelip-kelipkan apabila melihat Fahmi memuncungkan bibirnya sambil tangannya memagang buku hafazan.Murid lelaki itu memandang ustazahnya,dia sudah bersedia untuk menghafaz surah Al-Takasur di hadapan ustazahnya seperti mana yang disuruh dua hari yang lepas.Balqis tersenyum kecil.

“Fahmi dah ingat semua?”

“Dah.Tapi kalau Fahmi lupa,ustazah jangan marah tau!”

“Kenapa nak lupa pulak?Kan dah hafal?”

“Memanglah dah hafal,tapi ustazah asyik termenung aje,Fahmi dah bergoyang kaki berdiri kat sini panggil ustazah,tapi ustazah buat dek aje!Kalau tiba-tiba lupa,kan susah!”Balqis tersenyum.Ada saja hujah si kecil ini.Salah dia juga,termenung tak tentu pasal,entah kenapa dia tiba-tiba teringatkan si Haris.Apa dia buat sekarang?Adakah hidayah sudah menerangi hatinya?Ah!Kenapa kau fikir-fikirkan lelaki itu,Balqis?Soal hidayah,biar Allah yang tentukan.Ataukah persoalan tentang lelaki itu yang bermain di fikirannya bermaksud CINTA?

“USTAZAH!”Jerit Fahmi lagi menambah kebingitan suasana kelas lima Naim di kafa Integrasi itu sebaik melihat Balqis masih termenung.Hai…kenapalah dengan Ustazah Balqis ni?

“Eh..iye,iye..ustazah minta maaf…Haaa..baca cepat.Buku mai sini,kalau nak hafaz,tak boleh tengok buku!”Fahmi menghulurkan buku hafazannya,Balqis mengambil dengan tangan kanannya,Fahmi mula membaca,lancar!Tetapi Balqis,tidak tahulah sama ada wanita itu mendengar setiap ayat yang dibaca oleh murid itu.Dia termenung lagi tatkala Fahmi leka mengalunkan surah Al-Takasur,kenapa dia masih megingati lelaki yang bernama Haris itu?

* * * * * * * * *

Haris tersenyum lebar sambil mengucap syukur sebaik saja dirinya sudah seluruh digelar seorang muslim!Dia berterima kasih yang tidak terhingga kepada Al-Khaliq,tuhan yang telah memberikannya kesempatan menerima agama ini di hatinya.Teringat firman Allah dalam surah Al-Maidah,ayat 3,Allah berfirman:”Dan aku telah merelakan Islam itu menjadi Al-Din untuk kamu.”Dan dengan lafaz alhamdulillah serta puji-pujian terhadap tuhan yang satu,Allah S.W.T serta kekasihNya,Muhammad S.A.W yang mana manusia akan mengharapkan syafaat daripada baginda di akhirat kelak,Haris melangkah keluar dari pintu masjid,air matanya terasa ingin menitik,segala dosanya sebelum ini sudah terhapus!dengan keimanan yang baru diterima di hatinya.Dia menangkap wajah Balqis yang setia berdiri di perkarangan luar masjid sambil senyuman yang dilukis di bibir wanita itu.

“Assalamualaikum,”Sapa Balqis dahulu,Haris menuju ke arah wanita itu.

“Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh.Segala pujian hanya untukNya.”Penuh lelaki itu menjawab salam,rasanya masa ini sangat sesuai untuk menyatakan hasratnya.

“Alhamdulillah,akhirnya awak seorang muslim yang sejati.Saya harap,hidayah akan terus-menerus masuk ke dalam hati awak dan jagalah agama ini dengan sebaiknya di dalam diri awak,jangan biarkan ia terlepas pergi.Kerana ia amatlah rugi bagi sesiapa yang terputus talinya iaitu,jalan Allah yang sentiasa membawa hambaNYA menuju ke syurgaNYA yang indah tiada tolok bandingannya.”Balqis bernasihat seketika.Haris faham akan maksud itu.Dia menyambung.

“Justeru kerana saya tidak mahu tali itu terus hanyut dibawa angin,saya ada satu perkara yang bisa membuatkan saya terus mengingati bahawa jangan sesekali menyimpang dari agama ini.”Haris menarik nafas.Masanya sudah tiba.

“Apa maksud awak Haris?”Soal Balqis sambil mengerutkan keningnya,ingin tahu.

“Saya mahu awak menjadi teman hidup saya.Saya mahu awak bimbing saya ke jalan yang di-Redahi Allah.”Balqis terkilan,lelaki itu melamarnya?Ya Allah,adakah tidak benar selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan?

“Tapi Haris,saya..saya pun bukanlah wanita yang layak untuk mebimbing awak,saya juga masih cetek pengetahuan dalam agama ini.”

“Justeru itu,kita bernikah dan berkongsi bersama-sama pengetahuan masing-masing bagi menamabah lagi keimanan kita terhadap agama yang suci ini.”Haris menyambung lagi.Balqis tidak mampu berkata apa-apa.Tidak ada sebab lagi dia harus menolak lelaki itu.Semenjak pertama kali berjumpa,dia memang sudah terpaut dengan kejujuran lelaki yang bernama Haris.Tetapi sayangnya lelaki itu tidak sekeyakinan dengannya ketika itu,tatkala Haris menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam,hatinya berbunga,tetapi mahukah lelaki itu menerimanya?Dan sekarang,Haris betul-betul inginkan dia menjadi penemannya.Balqis mengambil nafas dalam.

* * * * * * *

Deringan telefon mengejutkan Balqis yang leka mengalunkan ayat suci Al-Quran.Dia berhenti sebentar melagukan kalam suci itu,lantas dengan susah payah dia bangun dari persilaannya,sambil memegang bawah perutnya,yang kini sudah lapan bulan,hanya sebulan sahaja lagi,zuriatnya bersama Haris yang dinanti-nantikan selama ini bakal menjengah dunia.Balqis meletakkan ganggang telefon di telinganya,satu suara kedengaran,dia tergamam sebaik saja mendengar kata-kata dari lelaki itu,Haris meninggal dunia kerana kapal terbang yang dinaikinya terhempas dan terbakar sebaik saja kaki kapal terbang menjejak ke landasan di Hearthrow Airport,London.Air jernih hangat mengalir di pipinya serta wajahnya yang bercampur-baur antara terkilan,terkejut serta sayu.Dia tidak mampu meraung,dia tidak mampu bersuara,semua ini sudah menjadi ketetapan Allah,apabila DIA mengatakan ‘Kun fa ya kun’ maka jadilah!

Tamat

Hasil nukilan

Shakira Johari

19 september 2009,

Bersamaan dengan 29 Ramadhan,1430 hijrah.

*P/S,cerita ini merupakan cerita yang sengaja saya selitkan unsur cinta dan agama.Mengambil masa untuk menyiapkannya kerana perlu banyak membuat research tentang perbandingan agama anatara Islam dan Kristian.Moga-moga dapat mengulit hati anda dengan cerita saya yang tidak seberapa ini,saya telah cuba yang terbaik,namun jika ada kekurangan,maka itu silap saya sendiri,apabila Allah mengatakan ‘kun fa ya kun’ maka jadilah!

5 comments:

IMCurtain said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari IMCurtain.

p/s: Join our blogging community and spread your words there! Social Blogger Community

oh nayza (pa.wau.ta.ra.ya.ain.za.ya.alif.nun) said...

bes la cite niey!
jgn lpe follow kite ,yek!
kite pon ta tau mne jumpe blog awak ni
HAHA;)

qyqa said...

salam shakira..
citer yg mantop..
banyak nilai2 islam yg dalam...
buatkan kita sbg islam ni pun terfikir..
tahniah ek..
teruskkan berkarya..
oh ya,bila lg nak publish novel??

bidadari cinta said...

tersgt la best..
menarik citer ni sbb diperkayakan dgn unsur Islam dan cinta yg berlandaskn Islam..
tahniah buat anda.. :)

miz ruha said...

bru igt yg ak prnh komen cite ni kt penulisan2u....

byk org berdebat ttg cite ni...