CERPEN KARYAKU:GULAI MENANTU

“Mak nak kau kahwin.”

“Kahwin?Haa..kebetulan sebenarnya saya dah ada calon,Cuma takut je nak bagitau mak.”

“Aku ada calon sendiri.”

“Apa?!”

“Ya!Mak dah ada calon pilihan mak sendiri!”

“Tapi,mak…”

“Tak ada tapi,tapi…kau tak payah buat apa-apa,kau Cuma kena jawab nikah dengan duduk atas pelamin aje,paham!”

“Tapi….mak…”

“Fakrul!Dengar cakap mak!Kahwin dengan budak tu!”

“Tapi siapa mak?Saya tak nak dengan orang yang saya tak kenal!”

Puan Maimunah memusing kepala,matanya tertumpu ke arah pintu dapur,Fakrul menuruti perbuatan ibunya,

Tiba-tiba keluar seorang wanita lingkungan dua puluh-an,badannya gempal,berkaca mata besar,berpendakap gigi yang kelihatannya agak jongang itu,tidak bergaya,rambutnya diikat tocang dua,dengan baju dressnya dengan skirt labuhnya…tersengih-sengih seperti kerang busuk menampakkan gigi jarangnya,lalu mendekati Puan Maimunah

“Haa…Nilah bakal menantu aku!”

“HAH!MAK!!!!!!TAK NAK!TAK NAK!TAK NAK!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Fakrul tersedar!

Astaghfirullahalazim…..Fakrul menggosok-gosok matanya yang terpisat-pisat itu.Nasib baik Cuma MIMPI!

Fakrul mengucap panjang.Seram benar mimpi tadi!Ya Allah,janganlah betul-betul berlaku!Dia tak nak dengan perempuan yang bernama Halimah itu,walaupun dia tahu emaknya,Pn.Maimunah agak berminat untuk menjadikan Halimah sebagai menantu.Tapi dia tak nak!Tak nak dengan perempuan mata empat itu.Sudahlah tak pandai bergaya.Luak matanya memandang,tak ada nafsu langsung!Fakrul mengomel di dalam hati.Ditekup-tekup mukanya yang berpeluh agaknya dia benar-benar menjerit ketika sedang bermimpi tadi.Sesekali nafasnya turun naik.Dipeluk-peluknya bantal peluk yang setia di sebelahnya setiap malam di atas katil itu.Gusar,perkara seperti di dalam mimpi itu akan berlaku!

Pintu bilik si teruna berusia dua puluh enam tahun itu dikuak tiba-tiba,Fakrul menggelabah lagi,tup-tup pintu terbuka,Pn.Maimunah muncul di muka pintu sambil memandang tepat ke arah Fakrul,wanita berusia lima puluh empat tahun itu berjalan pantas menuju ke arah anak terunanya,Fakrul itu.Pandangannya seperti hairan akan sesuatu.

“Kenapa kau terjerit-jerit tadi,Rul?Macam nampak hantu je.Mak yang kat tingkat bawah pun dengar tau!”

Fulamak…betullah sangkaannya,dia menjerit,haha..menilai dari gaya mimpinya sahaja sudah cukup membuktikan yang dia sememangnya tidak ada feel langsung terhadap Halimah,wanita yang amat dikenan sangat oleh hati ibunya,Pn.Maimunah itu.Entah apa yang special sangat pasal si Halimah itu sampai berkenan Pn.Maimunah?

“Eh…ye ke?Hehe…mimpi aje mak…”

“Hissyyy…budak ni!Ingatkan apa tadi.Apa nak jadilah dengan kau ni?Kau tengok luar tu,dah terang dah!Mana tak mimpi bukan-bukan!”Ngomel Pn.Maimunah geram.

“Hah!Ya Allah!”Fakrul menepuk dahi.Dah siang rupanya,tapi macam ada sesuatu yang tertinggallah.

“Kenapa kau ni?!”

“Rul TAK SEMBAHYANG SUBUH LAGI!”Melompat Fakrul dari katil.Ya Allah,macam mana boleh terlajak ni?Nampaknya bersubuh gajahlah dia hari ini.

“Haa…baguslah…tak payah sembahyang…sambunglah tidur balik!”Pn.Maimunah memperli geram melihat anak tunggalnya yang terburu-buru macam tak cukup tanah masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk itu.Mandi nantilah,sembahyang dulu.Pn.Maimunah menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Fakrul.Apa mahu jadi dengan kau Fakrul?Nasib baik kau dah ada ijazah,lega hati aku tak payah fikir pasal pelajaran kau lagi!Tapi sekarang masalah jodoh pula yang kau timbulkan.Terima sajalah Halimah sebagai permaisuri kau,Fakrul.Tak payah fikir-fikir lagi!Aku pun dah berkenan dengan budak tu.Pn.Maimunah melepaskan keluhan kecil,tidak tahu bagaimana hendak memujuk hati anaknya,Fakrul itu supaya menerima Halimah.Setiap kali ditanya tentang persetujuan,mesti Fakrul akan memberikan seribu satu alasan untuk menangguhkan,hendak berfikir dululah kononnya.Katanya Halimah itu tak cantiklah,itulah,inilah.Hai Fakrul,kecantikan yang kau pentingkan?

“Kenapa mak tak kejut Rul tadi?”Tergesa-gesa si Fakrul,keluar dari bilik air,menyarungkan songkok berwarna hitam di atas kepalanya.Begitu tergesa-gesa dilihatnya.

“Eh,apa mak pulak yang kena kejut kau?Kau tu dah tua bangka nak harap mak lagi ke?”

“Hmm..ape-ape jelah,tapi lain kali kejut Rul tau kalau masa subuh bilik Rul gelap lagi.Tandanya Rul tidur lagilah tu!”Fakrul sempat memberi ‘arahan’ ringkas sambil tangannya mencapai sehelai sejadah berwarna coklat yang disediakan khas di dalam biliknya itu.Pn.Maimunah hanya memerhati anak tunggalnya itu tanpa sebarang suara.Hari minggu,kebanyakan orang yang bekerja mengambil kesempatan ini untuk bangun lambat.Begitu juga Fakrul yang bekerja di jabatan kerajaan,hari Sabtu dan Ahad merupakan hari rehatnya.Pn.Maimunah sempat lagi melempar pandangan ke arah anak bujangnya yang sedang duduk,bangun,duduk,bangun kerana solat itu sebelum melangkah ke tingkat bawah.Sesekali orang tua itu mengeluh kecil.

* * * * * *

“Hai Honey,

I miss you,

Can we meet?i’m really missing u now,

Please….I love u..muahh…”

Fakrul memerhati butir-butiran mesej yang baru diterimanya itu.Sesekali dia tersenyum simpul.Ditatapnya berkali-kali mesej itu sebelum dibalasnya.Tak puas menatap rasanya!Fakrul menguis-nguis lembut dagunya,mengatur ayat supaya kedengarannya romantik kepada si kekasih hatinya yang bernama Suzana itu.Dia pun sebenarnya sudah lama dilamun cinta terhadap Suzana,Cuma tidak diberitahu kepada ibunya,Pn.Maimunah.Kenapa tidak mahu bagi tahu?Sebab,Pn.Maimunah,ibunya Fakrul ini,seorang yang agak cerewet dan memilih!Apa lagi kalau orang tua itu tahu,Suzana pilihan hatinya Fakrul.Mahu tak ibunya itu mengamuk!Hangin satu badan kerana memilih perempuan seperti Suzana!Silap-silap tak kahwinlah sampai bila-bila.Nak menggantikan dengan Halimah?Jauh panggang dari api!Memang tidak dinafikan,Suzana seorang yang berpewatakan agak manja,anak emas papa dan mamanya,Dato’ Firdaus dan Datin Soraya, dan kadang-kadang mengada sikit.Tapi,oleh sebab itulah yang membuatkan hatinya Fakrul ditawan oleh Suzana.Fakrul kalah melihat perempuan manja!Tapi itu hatinya,hati ibunya?Pn.Maimunah mahukan perempuan yang tidak terlalu manja dan pandai berdikari.Ini,kalau dah namanya anak emas,mahunya itu tak boleh buat,ini tak boleh buat,sebab itulah Fakrul masih berahsia tentang hubungannya dengan Suzana sampailah sekarang daripada pengetahuan ibunya.Tapi sampai bila?Fakrul termenung lagi.Ragu-ragu untuk membalas.Bukan kerana apa,Cuma takut ayat tu tak power!Biasalah orang bercinta,semuanya mahu kelihatan perfect di mata pasangan masing-masing,tiada cacat celanya.Sekali si teman buat sesuatu kebaikan,dibalasnya seribu kali ganda kebaikan.Aik..macam pahala pulak?Tapi itulah adat orang bercintan-cintun ini.

Fakrul menekan cermat butang-butang digit telefon berjenama Sony Ericsson itu.Tidak mahu tersalah taip,biar makwenya itu puas hati.

“Surelah Honey,

We meet at Saloma Bistro tonight at 9.00 pm,k?

I LOVE U TOO..

Bye….=)”

Fakrul menekan butang ‘send’.Lega hatinya,dapat berjumpa kekasih hatinya itu malam ini!Tak sabar pula rasanya,rindu asmara tengah hangat membara ni!Semacam dah tak sabar pula nak berjabat dengan tok kadi!Hehe.Ishh..Ke situ pula perginya?Tapi insyaallah,mudah-mudahan ada jodoh untuk dirinya dan Suzana.Fakrul bangun dari sofa empuk yang diletakkan di ruang tamu rumah teres berkembar dua tingkat itu.Tersengih-sengih pula dia.Nasib baik Pn.Maimunah tiada di rumah,mahu ibunya itu menyiasat habis-habisan jika orang tua itu melihat yang si Fakrul ini tersenyum meleret-leret keseorangan sambil memandang handset.Memang ada yang tak kenalah ni!

* * * * * * *

“Kau nak pergi mana tu,Rul!”Terkejut Fakrul dibuatnya apabila Pn.Maimunah menyergah dirinya dari belakang.Alamak!Macam mana emak aku ni boleh perasan?Bila masa pulak dia kat sini.Rasanya,plan yang aku buat tadi nak keluar senyap-senyap memang dah cukup cantik punya.Alang-alang,dah ada kat belakang orang tua ni.Tak apalah,aku cari idea lain!

“Nak jumpa kawan,mak.”Fakrul tersenyum sipu-sipu.Seperti sesuatu yang disembunyikannya.Alamak.Janganlah mak aku ni tanya panjang-panjang.Orang dah nak cepat ni!Pujangga hati dah lama menunggu.

“Kawan laki ke perempuan?”sleng saja pandangan orang tua ni.Takut Fakrul dibuatnya.

“Perem..eh lelaki…mak..hehe.”Huh.Nyaris pecah tembelang.

“Betul ni,Rul?Jangan nak bohong!”

“Betul mak,sumpah..eh,bukan sumpah nanti makan diri..urmmm betullah mak,kawan laki.”

“Siapa?”Adoi hai…panjang lagi ke ‘siasatan’ Pn.Maimunah ni?

“Amir lah mak.Alah yang datang sini dulu,yang kata gulai kari kepala ikan yang mak buat sedap tu.”Pandai saja Fakrul mencari helah.Lantaklah!,asalkan ‘lulus’ cepat.Dah bersemangat gila ni nak berjumpa kekasih!

“Amir anak Pak Din tu ke?”

“Haaa….tulah dia!”Fuh,nasib baik,Fakrul melepaskan nafas kecil,lega.Pn.Maimunah tak mengesyaki apa-apa.

“Bukan dia dah duduk England ke sekarang?”Sekali lagi nafas Fakrul turun naik,macam mana dia boleh lupa yang si Amir rakan sekolahnya dulu itu sudah tak tinggal di Malaysia lagi?Hai..kalut,kalut!

“Urmm..urmm…dia dah balik Malaysia..urm…semalam..ha..semalam..hehe.”Fakrul mem ‘back up’ balik.Ya Allah,apa lagi soalan orang tua ini?

“Oh ye ke?Dah jadi doktor lah dia sekarang yek?Kerja kat hospital mana nanti?”Heii…Ya Allah…berapa lama lagilah harus aku melayan mak aku ini kat sini?Nanti hilang seri aku nak jumpa kekasih.Mak aku ni,panjang-panjang cerita pulak!Aku temberanglah!Si Amir tu dah habis belajar ke belum pun aku tak tahu!

“Urm…tu yang nak pergi tanya dia ni,nak jumpa sekarang ni.Mak,Rul pergi dulu,yek,Assalamualaikum.”Tergesa-gesa Fakrul keluar dari rumah lalu menuju ke kereta Proton Wira miliknya itu.

“Rul!”Jerit Pn.Maimunah dari arah pintu.Hei…apa lagi mak aku ni nak?Macam tak bagi aku pergi saja?Ada saja soalan terakhir dia yang hendak dikemukakan.Bukannya betul pun,temberang saja.Tapi dah kena tipu,percayalah bulat-bulat.Hehe.Fakrul menutup pintu kereta semula.Dia masih berdiri di luar keretanya.

“Kirim salam kat dia,kat Mak dia sekali,cakap,Makcik Maimunah kirim salam!”

Hai..nasib baik,ingatkan panjang lagi orang tua ni nak menyoal siasat!Macam polis pula!

“Yelah,mak!”Jerit Fakrul lalu menyusup masuk ke dalam keretanya.Lega dapat lari.Tak sabar dah nak bertolak ni!Fakrul sempat lagi menyisir-nyisir rambutnya yang dipakaikan gel itu di dalam kereta sebelum bertolak.Nak jumpa awek,memanglah kena cantik-cantik,tak begitu?

* * * * * *

Fakrul memarkir kereta Proton Wira berwarna biru miliknya itu di salah satu tempat memarkir di bangunan restoran yang bernama Saloma Bistro itu.Sempat lagi Fakrul ‘mendandan’ buat kali terakhirnya sebelum bertemu Suzana.Sudah tidak sabar rasanya!Macam pengantin baru nak jumpa bini kat dalam bilik!Fakrul keluar dari kereta Protonnya itu.Diteruskan langkah,langkahnya perlahan,seakan diatur dengan kemas,macam model jalan pulak gayanya!Dengan susuk tubuhnya yang agak tinggi itu,dengan kebidangan dada yang dimiliki,memang cukup pakej untuk menjadi seorang model. “Aku model?”Fakrul tergelak dalam hati.Nahaslah aku kena belasah dengan mak aku kalau aku jadi model,mak aku yang tercinta ini,tak suka anaknya yang satu ini menceburi bidang seni,peragaan,apa-apa yang se’waktu’ dengannya,memang tidak akan diberi restu!

Fakrul meneruskan langkahnya,dirinya kini betul-betul di hadapan pintu masuk restoran itu.Matanya melilau-lilau mencari kelibat orang yang ingin diketemunya,siapa lagi kalau bukan Suzana!

“Hai sayang..”

Fakrul menoleh,senyumannya meleret-leret.Aduhai,si Fakrul ni,malu-malu kucing pula.Suzana yang berskirt hingga ke paras lutut itu sudah menjelma di belakangnya,apa lagi si Fakrul ni,biasalah,pakwe dah jumpa makwe.

“Hai..hehe..dah lama sampai?”

“Baru kejap..awak sampai,saya pun sampai..baguslah macam tu..”Cair krim cintanya hati Fakrul.Menggoda maut perempaun ni!

“Uhh..eh..hmmm…jom duduk.”Alahai Fakrul,tak payahlah dilagaknya begitu,geli-geleman dibuatnya.Fakrul sedari tadi tersengih,macam orang tak siuman pula lihatnya.

“Jom..”

Fakrul dan Suzana mendekati meja makan untuk pasangan couple itu.Romantik sungguh tempat ni.Sesuai bawa awek pergi date.

You rindu I tak?”Suzana bersuara.Melentok benar gaya suaranya.

Of courselah sayang..Takkan tak rindu.”Fakrul menguis dagu Suzana,saja mahu mengusik.Suzana tergelak kecil melihat perlakuan Fakrul itu.

“Hari-hari saya ingat muka awak je..percaya tak?”Fakrul menyambung lagi,senyuman sedari tadi tak melekang dari bibirnya.

Ada satu cara je nak buat awak tengok saya hari-hari.”

“Apa dia?”

“Ehemm..encik,nak order apa?”Fakrul dan Suzana menoleh,belum sempat mendengar apa yang bakal diucapkan Suzana,waiter restoran itu muncul.Hei…tak apalah,saspen sikit.

“Bagi kami dua gelas fresh orange yek..makan bagi spaghetti sos cendawan dua yek.”Waiter itu berlalu,Fakrul menoleh ke arah Suzana semula.

“Haa..apa dia,sayang?”

“Apa apa?”

“Heii..kan awak kata ada cara boleh saya tengok awak hari-hari?”Saja Suzana menambah saspen sikit,buat –buat lupa.Fakrul dah gelabah.

“KAHWINlah..apa lagi?Kan kita boleh duduk serumah hari-hari.Duduk satu katil pun!”

“Kahwin?”

“Ya,kahwin..kenapa?”

Fakrul menggaru-garukan kepalanya.Bukan tak nak,tapi,bagaimana dengan Pn.Maimunah,ibunya itu?Mesti mengamuk orang tua tu kalau aku pilih perempuan macam Suzana ni,dahlah tak cukup kain!Tapi,dirinya tak kisah,tibai aje mana yang berkenan.

“Hai,termenung nampak.Kenapa.Tak sudi ke kat saya?”Fakrul terjaga,dia mengelamun tadi.

“Bukan tak sudi,tapi…”

“Tapi apa?Mak awak?Alah..Rul,sampai bila kita nak macam ni?Lama-lama mak awak tau jugak!Mak saya tak kisah pun siapa yang nak jadi menantu dia,asalkan saya suka.Tapi mak awak?Hei..jauh beza dengan mama saya!”

Fakrul mendengus kecil.Ada benarnya juga kata-kata Suzana itu.Sampai bila harus berahsia macam ni?Hubungan yang tak sah lagi ini bukannya elok dijalin lama-lama.Nanti mulalah mulut masing-masing membuka cerita.

“Hmm..awak serius nak jadi wife saya?”

“Sumpah,sayang.Saya dah sedia lama dah.Awak je yang problem.”Suzana meyakinkan Fakrul.Dari dulu lagi dia sudah tak sabar nak sehidup sebumbung dengan lelaki itu.Tetapi Fakrul,kelihatannya tidak bebas,sudah besar pun,hidupnya macam dikurung di dalam tahanan,semacam dia tidak mempunyai hak untuk mengaturkan hidupnya,apa kata Pn.Maimunah,mesti dituruti.Memanglah seorang anak wajib mentaati orang tuanya,tapi dalam kes ini,si Fakrul sudah besar panjang,takkan nak jadi macam lembu kena cucuk hidung pulak?Sampai nak beli baju pun mak yang tentukan.

“Ok.i’ll try to talk about it to mother.Awak,pray for me yek supaya hati mak saya tu lembut.”getus Fakrul tenang.Dia sudah mengambil keputusan.Akan dikemukakan juga hal hubungan dia dengan Suzana kepada ibunya.Kali ini dia hendak membuktikan,dia seorang true man.Tidak perlu takut-takut lagi dengan keputusannya.

“Haa..macam tulah Muhammad Fakrul Razi yang saya kenal selama ni!”Happy benar si Suzana apabila Fakrul berkeputusan untuk tidak merahsiakan hubungan mereka dari pengetahuan emaknya Fakrul lagi.Fakrul melemparkan senyuman sinis.Huh!Mintak-mintak KAU lembutkanlah hati mak aku itu,Ya Allah!

* * * * * *

“Mak,saya nak jumpakan mak dengan seseorang.”

“Siapa?”

“Bakal menantu mak.”

“Apa?!”Pn.Maimunah terkejut seperti beruk kena tembak dengan senapang.Terbangun orang tua itu dari kerusi.Hai anak aku ni,perempuan jenis apa pulaklah yang kau nak sunting ni?

“Halimah ke?”Pn.Maimunah menjegilkan matanya,tidak mahu perempuan lain yang mengambil tempat Halimah sebagai calon menantunya.Hatinya seboleh-boleh mahukan Fakrul dijodohkan dengan Halimah.Macam tiada perempuan lain yang lebih baik dari wanita itu.

“Bukanlah mak..”

“Hmm..kalau bukan Halimah,mak tak nak!”Kasar saja sebutan wanita berusia lima puluh-an itu.Fakrul mengeluh.Sudah dijangkakan,ibunya ini memang keras kepala.

“Tapi mak,mak kenalah berfikiran terbuka sedikit.Takkan Halimah je yang mak berkenan?Tak ada perempuan yang lebih baik lagi ke mak?”Keberanian timbul di dalam hati Fakrul.Tak pernah dia begitu di hadapan Pn.Maimunah sebelum ini.Hatinya sudah tak tertanggung lagi.Sampai bila hidup aku mak aku yang kena tentukan?Mak aku pun kenalah faham,aku bukan budak kecik lagi!Aku pun ada hala tuju hidup aku sendiri!Gertak hati Fakrul yang semakin membara dengan keputusannya itu.

“Eh,baik macam mana lagi yang kau nak ni?Eh,Rul,Halimah tu dah sempurna sangat dah Rul,dia pandai masak,pandai hormat orang tua,kuat agama lagi.Haa!Apa lagi yang kau nak?Mak pun dah berkenan!”

“Itu mak!Saya macam mana?Saya pun ada pilihan saya sendiri.Mak,mak tolonglah,tolonglah faham Rul mak….Rul merayu kat mak!”Fakrul seperti ingin mahu menitiskan air mata jantannya.Tetapi ditahan.Aku anak jantan!Perkara yang tidaklah sebesar mana ni,mampu aku selesaikan!Tapi ini membabitkan soal jodoh,soal masa depan,aku tak boleh biarkan mak aku jugak yang tentukan.Aku yang nak kahwin,bukan mak aku!

Pn.Maimunah terkedu seketika,melihatkan pertama kali anak tunggalnya itu berani membantah cakapnya seperti itu dan merayu-rayu kepadanya.Kelu lidah orang tua itu untuk bersuara.Fakrul kecewa tatkala melihat Pn.Maimunah tidak melayani rayuannya tadi.Fakrul memusing,mahu menuju ke biliknya,hatinya benar-benar kecewa dengan ibunya tika ini.Dia sedar,siapa dia yang hendak kecewa dengan mak sendiri?Tapi,hatinya juga perlu dijaga.Tidak boleh suka-suka hati dimainkan,dia seorang lelaki dewasa,mahukan jalan sendiri.

“Rul.”

Fakrul memusing lemah,seraya mendengar Pn.Maimunah menyahutnya lembut.

“Bawa budak tu jumpa mak.”

“Apa?!Mak serius?”Hati Fakrul kembali berbunga mendengar ‘bawak mak jumpa budak tu.’Masih ada rasa kasihan dalam diri Pn.Maimunah ini walaupun kelihatannya seorang yang tegas dalam keputusan.Fakrul tersenyum.Ada chance untuk ‘sangkut’ kali ni.Dia akan pastikan Suzana menjadi pilihan hati ibunya juga nanti.

Pn.Maimunah mengangguk sambil melemparkan senyuman manis.Hai anakku,bukan niat emak untuk menyeksa kau tapi mak cuba yang terbaik untuk kebahagiaan engkau juga,Rul.Tapi mak juga mempunyai rasa simpati terhadap kau.Mak akan cuba menurut kata-kata kau pula kali ini.

“Ya Allah..Terima kasih mak…Sayang mak!”Fakrul mendapatkan ibunya itu,berlagu riang hatinya ketika Pn.Maimunah bersetuju untuk berjumpa dengan Suzana,didakapnya orang tua itu lalu mencium pipi ibunya itu.

“Hai..mak cakap nak jumpa dengan bakal menantu je,kau terus sayang mak ye,abis selama ni kau tak sayang lah.”

“Alaa..la..la..mak ngajuk yek..mane ade mak…Rul sayang mak..sayang sangat…I love you soooo much!”

Pn.Maimunah menjeling anaknya.Gembira hati mak tengok kau senang Rul!

* * * * * *

Suzana muncul di muka pintu rumah Fakrul yang berdua tingkat itu.Mewah juga segala isi dalamnya.Inilah pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah kekasihnya Fakrul itu.Selama ini,jangan haraplah,dengan sikapnya Pn.Maimunah itu,mustahil dia dapat memasuki rumah berkembar itu.Nasib baik orang tua ni ada ehsan lagi,dia sayang anak dia,ni tak ayik dengar cakap dia aje selama ni!Sempat lagi Suzana menggertak di dalam hati.Gementar juga nak berjumpa bakal mak mertua..hehe..tambah lagi mak mertua yang agak cerewet dan choosy-type ini.Tak silap-silap kena blacklist dari calon menantu ni karang kalau ada yang tak berkenan kat hati dia.

“Sayang,masuklah.”Suzana menuruti langkah Fakrul memasuki rumahnya itu.Ya Allah,kenapa aku berpeluh ni?Macam orang kena tuberkulosis pulak!

“Kenapa?Takut?”Suzana tersentak kecil,Fakrul hairan melihat tiba-tiba langkahnya Suzana terhenti.

“Ehemm..tak delah.”Suzana cuba maintain cool.Sabar Suzana,sabar..Nak jumpa bakal mak mertua memang seram..eii…

“Ehemm..dah lama sampai?”Fakrul dan Suzana menoleh,Pn.Maimunah sudah terpacak di hadapan mereka.

“Dah lama mak,,eh..makcik..hehe..”Adoi hai,tersasul ‘mak’ pulak.Dah tak sabar sangatlah si Suzana ini agaknya.

Pn.Maimunah memerhati susuk tubuh Suzana dari A sampai Z.Seperti sesuatu yang difikirkannya.Suzana dan Fakrul dah gabra,apalah yang orang tua ni fikir agaknya?

“Pergi salam mak.”Fakrul mencuit perlahan bahu Suzana menyuruh wanita itu bersalaman dengan Pn.Maimunah.

“Salam?”Suzana seakan berbisik,ragu-ragu.

“Yelah..”Suzana mengatur langkah ke hadapan Pn.Maimunah,menghulurkan tangan untuk bersalaman,dengan lembut orang tua itu menyambut salam Suzana.

“Hmm..kau nak kahwin dengan anak aku yek?”Sleng saja pandangan orang tua ni.Sedari tadi,Suzana tidak melihat pun seukir senyuman diukir di bibir tuanya itu.Susah betul nak senyum rupanya,macam singa pulak mukanya!Hehe..sempat lagi Suzana mengata di dalam hati.Huh..Dah takut dah ni.Apa yang aku tunggu sekarang ialah jawapan ‘ya’ tanda persetujuan untuk perkahwinannya dengan Fakrul dari mak mertuanya itu,eh silap,bakal mak mertua.

Suzana menggangguk,tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“Hmmm..kau kerja tak?”

“Hmm..tak..tapi saya ada ijazah dalam mass communication.

“Aku tak tanya pun kelulusan kau apa.”

Suzana tersengih,cover muka yang dah naik merah ni.Malu aku!Aku cakap je.Yang dia nak marah apasal?

“Kau tak kerjakan?Bagus.Kau boleh jadik menantu aku.Tapi satu syarat!”

Baru Suzana dan Fakrul mahu melepaskan keluhan lega,tiba-tiba ada bersyarat pula.Heii..macam nak kahwin dengan anak raja aje aku ni!Banyak benar soal siasat!Gertak hati Suzana geram.

“Uhh..eheh..apa dia mak?eheh..makcik?”Tersasul lagi si Suzana ni.

“Kau kena tinggal sini dua minggu.”

“Hah!”Ya Allah!Nak suruh tinggal sini pulak,nikah ajelah,ni sampai ada tempoh dua minggu ni apa kes?

“Boleh tak?!”Pn.Maimunah menepuk meja di sebelahnya.Buat terkejut sikit.Fakrul di sebelah sudah berbunga-bunga apabila disuruh Suzana tinggal di situ,tapi kenapa mesti dua minggu,kenapa tak kahwin terus?Kan lagi senang.

“Uhuhu..bolehh..bbboleh..”Terketar-ketar si Suzana mengiakan.Tak apalah,asalkan aku dapat kahwin dengan lelaki yang aku cinta ni!

* * * * * * *

Fakrul memarkir keretanya di perkarangan rumah itu.Lega dah balik rumah.Sudah penat memerah otak kat pejabat tadi.Dah balik rumah,syok rasanya,tambah-tambah lagi Suzana ada kat rumah.Lagi bersemangat dia nak masuk ke dalam.Eh,lagak macam orang dah kahwin pulak yek?

Fakrul menjinjing briefcasenya yang berwarna hitam berjenama John Master itu.Diletaknya ditepi pintu,lalu menanggalkan kasut kerjanya.setelah ditanggalkan stoking dan kasutnya itu,laju saja si Fakrul memasuki ruang tamu tumahnya.Dilonggar-longgarkan tali leher yang disemat di kolar baju kemejanya yang berwarna hijau muda itu.Supaya udara sedikit masuk.Panas!

Fakrul mengorak langkah,matanya mengekor-ekor setiap isi ruang tamu rumah berkembar itu,mencari seseorang,siapa lagi kalau bukan Suzana.Mana pulak awek aku ni?Takkan dah lari kot?Tak mustahil,mungkin dia tak tahan duduk dengan mak aku yang banyak fiil itu?

“Hai Rul,dah balik..”Kaki Fakrul terpaku seketika.Matanya menancap susuk tubuh Suzana.Apa dah jadi ni?Takkanlah…Fakrul mengetap bibir,dia menelan liur,sakit ke makwe aku ni?Kenapa dia tiba-tiba…pakai baju kurung,siap lengkap bertudung lagi ni?Dalam rumah pulak tu!Apa yang tak kena ni?Semenjak perkenalannya dengan Suzana semasa mereka sama-sama menuntut di universiti dahulu,tidak pernah sekali dia melihat Suzana lengkap berlitup seperti itu!Ini yang musykil ni.Mesti mak aku dah buat apa-apa ni!

“Awak..pakai baju kurung?Pakai tudung?Wow..tak cayalah..!”

“Fakrul…..”Suzana merengek tiba-tiba,didekatkan dirinya ke arah Fakrul lalu memeluk lelaki itu.Fakrul terkejut.Kenapa nak menangis pulak ni?

“Kenapa ni?”Fakrul mengusap lembut rambut Suzana,meneteramkan makwenya itu yang tiba-tiba saja merengek itu.

“Mak awaklah…dia suruh saya simpan baju-baju hot saya tuh.Dia suruh saya pakai baju kurung…..”

“Hmmm..baguslah..sekurang-kurangnya terpelihara kesucian awak…”Fakrul tergelak kecil.Dah agak dah,ni mesti kerja mak aku ni!

“Ehemmm..”

Cepat-cepat Fakrul dan Suzana meleraikan pelukan mereka apabila terdengar suara berdehem datang ke arah mereka.

“Bukan muhrim mana boleh peluk.Dosa.”Pn.Maimunah menjegil tajam ke arah Suzana dan Fakrul.Inilah perkara yang orang tua itu tidak suka,yang haram jadi halal.

“mmmaaf..maaf makcik..”Suara Suzana terketar-ketar.takut!Apa denda yang bakal dikenakan kepadanya nanti?

“Maaf?Senang aje kau cakap.Kau tahu?Pegang besi panas lagi elok dari pegang tangan dengan yang bukan muhrim,ni lagilah peluk!”

“Makcik,saya mintak maaf,saya betul-betul tak sengaja.Makcik nak denda saya,dendalah.”

“Aku tak nak denda kau je,aku nak denda si Fakrul ni sekali!”

“Mak..!”fakrul mengeluh kasar.Ya Allah mak aku ni!Strict sangatlah!Aku dahlah penat ni.Nak didendanya pulak.

“Ya!Dua-dua mak nak denda,malam ni,Suzana,mak nak kau cuci tandas tingkat atas,Rul,kau cuci tandas tingkat bawah,kat dapur!”

“Hah!!!”Serentak Fakrul dan Suzana memprotes.Lebih lah tu,sampai suruh cuci tandas.

“Ya,kau kena buat jugak kalau kau orang nak kahwin!”

Suzana dan Fakrul kelu,sambil mengeluh kecil walaupun dalam hati berat sekali.Apa boleh buat?Kalau bolehlah,mahu saja lari pergi nikah kat siam!Gertak hati fakrul.Iyalah,banyak benar obstacle yang nak kena diharungi kat sini.Suzana dan Fakrul berlalu sambil menung nasib sendiri.

* * * * * *

“Memandangkan kau dah tinggal sini genap dua minggu,makcik nak bagi ujian terakhir kat kamu.”

Hah!Hari yang terakhir pun ada cabaran jugak?Dahsyatlah orang tua ni.Patutnya hari terakhir buatlah majlis resepsi penutupan sempena nak balik,ni tidak,dia seksa aku lagi!Gertak hati Suzana.Eiii..geramnya,bilalah aku nak kahwin dengan anak dia ni?

“Makcik nak kamu buat Gulai Kepala Ikan.Khas untuk makcik menilai buat kali terakhir sebelum kamu lulus jadi menantu makcik!”

Suzana ternganga.Buat gulai?Adoiyai…menggoreng-goreng bolehlah,nak masak-masak ni,hmmm..kita tengoklah.Kebetulan,baru tadi dia melihat ada buku resepi di dapur.Hehe..inilah masa untuk menipu!

“Ok..pergi dapur sekarang,bahan-bahan semua ada kat dapur,pandai-pandailah kau carik kat dapur tu.”

Suzana melangkah laju ke dapur,Sabar Suzana,cabaran terakhir kau mesti lulus!Mesti punya.Ingat,lepas ni kau akan kahwin dengan laki yang kau cinta,ingat prinsip kau duduk rumah ni,semata-mata nak dapatkan Fakrul,ingat!

Suzana bertungkus-lumus,berhempas pulas menyiapkan permintaan Pn.Maimunah itu.Fakrul hanya memerhati dari jauh.Pn.Maimunah tidak membenarkan anaknya itu menolong sekali kerja Suzana di dapur.Timbul rasa kasihan di dalam hati Fakrul.Kadang-kadang terfikir juga dia,kejam jugak mak aku ni!

Suzana meletakkan semangkuk Gulai Kepala ikan yang masih berasap itu di atas meja makan.Aromanya menyengat juga,tapi belum tentu rasanya sesedap yang boleh dibayangkan.Pn.Maimunah menarik kerusi seperti seorang juri masakan pula,Suzana dan Fakrul memerhati gelagat orang tua itu.Pn.Maimunah duduk,dia mencapai sebatang sudu yang sudah tersedia di atas meja,perlahan-lahan wanita itu menedok sikit lalu dihirupnya perlahan.Suzana dan Fakrul berpandangan sesama sendiri.Ya Allah..takutnya!!!Pn.Maimunah menjeling ke arah mereka.Fakrul dan Suzana sudah bermandi peluh.

* * * * * *

Fakrul menarik nafas lega,selamat semuanya kini.Dia dan Suzana sudah selamat diijabkabulkan!Huhu..hanya kerana gulai Suzana itu yang membuatkan Pn.Maimunah tertarik.Laa..mak ni,kalau macam tu kenapalah tak suruh buat gulai je dari awal-awal hari tu?Ni tak,nak suruh si Suzana ni duduk dua minggu kat rumah itu pulak.Heii..macam-macam mak aku ni!Tapi tak apalah,nasib baik akhir sekali pernikahan mereka mendapat restu,itu lebih penting.Fakrul menoleh ke arah Suzana yang sudah ‘bersiap-sedia’ di atas katil pengantin itu.fakrul tersenyum.Lapang dadanya sekarang ini.Syukur Suzana menjadi miliknya juga akhirnya.Halimah?Perempuan itu juga sebenarnya sudah lama disunting.Baguslah,tak ada siapa-siapa yang kecewa dalam hal ini.Fakrul menuju ke atas katil perlahan-lahan.gugur imannya melihat Suzana malam itu di kamar tidurnya,dia menuju ke atas katil,baru saja hendak merapatkan bibirnya ke bibir Suzana,pintu biliknya diketuk kuat.

Laa..kacau daun betul!Siapa yang berani kacau pengantin baru ni!Ngomel Fakrul dalam hati.Potong ‘stim’ betul!Fakrul membuka pintunya.

“Ehehehe..mak rupanya..ehehe….nak apa?”Fakrul tersengih-sengih,Ya Allah,mak aku rupanya!Boleh pulak dia kacau malam pengantin baru ni.Hmm.apa-apa ajelah.

“Kenapa awal sangat,sabar-sabar..”Pn.Maimunah menjeling sambil memperli.Baru pukul sepuluh.Dah tak sabar nak masuk bilik ni.Biasalah pengantin baru.

“Sue,”Sahut Pn.Maimunah kepada Suzana yang tersengih-sengih di atas katil itu.Takkan mak mertua aku ni nak tidur sebilik kut?Bukan-bukan saja fikiran Suzana.

“Jangan takut.Mak nak cakap,satu ni je.Gulai yang Sue buat sedap.Nanti buat lagi yek.”

Laa..mak ni saja ajelah nak kenakan kita!Ingatkan penting sangatlah tadi.Hmm..mak,mak.Pn.Maimunah keluar semula.Dia menguntum senyum.Hmmm..bahagia dapat melihat pengakhiran yang begitu.Wanita itu melepaskan nafas lega,di dalam hatinya terukir rasa syukur yang tak terhingga.

~TAMAT`

~Hasil Nukilan~

~Shakira Johari~

~29.7.2009~

1 comment:

Farah Shamsudin said...

hu~
interesting ler cite neh..
lwak tol mak dya!!
hak3...