CERPEN KARYAKU:DEBAB

“Haha..budak debab,budak debab..haha…”Kelihatannya remaja perempuan yang berisi itu tunduk memandang lantai.Tidak sanggup hendak bertentang wajah dengan sekumpulan lelaki yang hanya tahu mengejek dirinya itu.Dia sedar,dirinya tidak seperti orang lain,melihat bentuk tubuhnya,tidak seakan remaja seusianya.Remaja perempuan yang bernama Puteri itu meneruskan langkahnya.Malas hendak mendengar ejekan pelajar-pelajar lelaki yang tidak ubah macam setan itu.

“Kau ejek aku,ya…Kita tengok siapa ejek siapa nanti.”Puteri yang agak berisi itu memuncungkan bibir.Sakit hati betul!

“Haha..budak debab nak ejek kita?Haha..boleh blahlah kau…Wei,kau tau,kau ni kan tak ubah cam puteri,alah..cam name kau…..”Salah seorang kepala dari kumpulan pelajar lelaki itu bersuara,itu Azhar.Antara ramai-ramai pelajar lelaki yang suka mengejeknya,Azharlah yang paling ‘over’ sekali.Menghina tiada bertempat.Selagi ada perkara munasabah yang boleh dijadikan bahan ejekan,mulutnya itu,ibarat seratus pedang yang menikam-nikam.Geram sungguh!

Puteri mengangkat kening.

“Puteri DEBABlah!!!!!Hahahaha…”Pelajar lelaki beramai-ramai itu sama-sama tertawa dapat mengenakan Puteri.Kalau diikutkan hati,mahu sahaja Puteri mem’boksing’ seekor-seekor beruk ni.Sudah lama dia menyimpan dendam terhadap mereka semua.Terutama Azhar,yang paling ketara sekali dendam kesumatnya Puteri terhadap anak orang berada itu.Kalau dapatlah dia melanyak-lanyak si Azhar itu,sudah cukup untuk membalas dan membayar balik segala kelukaan hatinya terhadap pelajar-pelajar lelaki yang suka mengejeknya itu.Puteri memuncungkan bibir.Pedihnya hati tidak tertanggung lagi.Puteri lantas menuju kea rah kumpulan pelajar lelaki itu,lalu menampar pipi Azhar dengan penuh dendam sekali.Puas hatinya!Tapi itu belum cukup lagi.Pelajar lelaki yang mengejek dirinya tadi,membisu seribu bahasa.Kaget dan terkejut dengan tindakan Puteri secara tiba-tiba.

“PUTERI!!!!!!”

Semua yang berada di situ,menoleh.Masing-masing terpaku.Puteri menelan liur.Kakinya terus terlekat.Tidak mampu bergerak.Itu Cikgu Tipah!Habislah!Cikgu Tipah adalah guru disiplin sekolah menengah yang terletak di kampung itu.Cikgu Tipah bercekak pinggang.Azhar yang masih menggosok-gosok pipinya yang merah akibat terkena ‘sebiji’ dari Puteri masih dengan keadaannya,biar Cikgu Tipah mendenda Puteri atas sebab membulinya,bukan dia yang akan dihukum Cikgu Tipah!

“Ccccikkgu..sssayya..”Puteri tunduk,percakapannya tersekat-sekat.Belum sempat dia menghabiskan ayat,Cikgu Tipah memotong.

“APA?Awak ni,perempuan ke jantan??Apasal awak tampar si Azhar ni?Mak bapak awak tak ajar bersopan-santun ke?”Cikgu Tipah memeriksa Azhar.Puteri menunjukkan reaksi tidak puas hati.”Apalah cikgu Tipah ni,berani dia main nama mak bapak aku!Nanti aku ‘report’ kat bapak aku yang berkepala naga itu baru kau tahu!”Puteri mengomel dalam hati.

“Cikgu,takkan baru sikit perempuan tampar lelaki dah parah macam kena lenyek ahli ‘wrestling’,cikgu?Mengadalah si Azhar ni.Cikgu,Janganlah terpedaya dengan dia ni.”Puteri memberanikan diri menegakkan keadilan.Takkanlah parah macam itu sekali?Baru secoit tamparan dia sebagai perempuan berbanding dengan tenaga lelaki itu.

“Cikgu!Jangan percaya dia,cikgu.Cikgu tak nampak ke badan dia tu?Tapak tangan pun dah besar kepala gajah!Mestilah penamparnya pun bisa cikgu.”Azhar pula hendak menegakkan keadilan dirinya.Sempat lagi dia mengenakan Puteri ketika itu.

“SUDAH!SUDAH!”Cikgu Tipah beremosi sepenuh hati.Panas betul hatinya dengan karenah remaja-remaja ini.

“Tapi,cikgu,dia yang…..”Puteri hendak menyambung lagi.

“Saya kata SUDAH!”Cikgu Tipah tidak memberi Puteri peluang sedikit pun untuk mempertahankan dirinya.Nafas Cikgu Tipah turun naik menahan marah.

“Ikut saya ke bilik disiplin!”Cikgu Tipah bersuara tegas.Puteri hanya menuruti Cikgu Tipah.Azhar menoleh kearah puteri sekali lagi.Azhar menjelir-jelirkan lidahnya kearah Puteri.Puas dapat mengenakan perempuan debab itu!Puteri menjegil tajam.

* * * * * * *

Puteri merenung telapak tangannya yang berbekas itu.Apalah nasibnya?Malang bertalu-talu.Sesekali dia mengaduh sakit.Tangannya telah dilelas teruk ketika didenda di bilik disiplin tadi.Ini semua Azhar punya pasal!Jantan tak guna!Ada sahaja alasan nak melarikan diri dari hukuman.Satu hari nanti kau akan melutut di kaki aku juga,Azhar.Tunggu jelah!Puteri membuka tingkap biliknya.Angin petang menghembus lembut.Di bawah,kelihatan,anak-anak kampung berlarian di waktu-waktu petang ini.Berkejar-kejaran.Seronoknya jadi mereka.Tiada masalah.Sesekali,kelihatan anak-anak gadis berjalan berkumpulan beramai-ramai.Menghebohkan cerita pasal teman lelaki masing-masing.Sesekali timbul perasaan cemburu di hati Puteri.Puteri sedar yang dia tidak seperti gadis lain.Dia tidak mempunyai ramai teman,kawan,teman yang setia selama ini dengannya hanyalah Leha.Lehalah rakan karibnya yang mengerti keadaan dirinya sejak dulu lagi.Puteri juga tidak pernah merasai teman lelaki.Tiada siapa yang berminat akan bentuk tubuhnya yang besar itu.Takkan mungkin ada lelaki yang mahukan dirinya.Sudahlah berbadan besar,dianggap lembab pula.Sesekali,air matanya tumpah juga.Kenapa dirinya dilahirkan begini.Semenjak lahir.memang badannya agak berisi.Sehingga pembesarannya,berat badannya makin bertambah.pernah sekali dia tidak menjamah nasi selama tiga hari.Tetapi,dirinya tidak cukup kuat.Dia pitam di sekolah.Sedar sahaja,Azhar dengan geng-gengnya terus memperlinya kerana mahu kurus!Kata mereka,kalau dia makin diet,makin besar badannya.Terguris hati remaja Puteri.Apalah nasibnya.Dia merenung telapak tangannya lagi.Hendak memberitahu maknya?Ummph..jauh panggang dari api,tak silap-silap nanti,dia pula kena belasah teruk dengan bapak sebab pukul budak jantan!Tapi,dia melakukan semua itu kerana hendak membela dirinya juga.Puteri tidak boleh mendiamkan diri membiarkan dirinya terus menjadi bahan jenaka.Dia juga mempunyai perasaan seperti manusia lain.Puteri menongkat dagunya dengan tangan di birai tingkap rumah Limas itu.Senja semakin berlabuh.Matahari semakin samara-samar.Puteri lantas menutup jendela tingkap rumah kampung itu lalu berlalu keluar dari biliknya.

* * * * * * * *

Petang Ahad yang cerah itu,dalam keadaan matahari yang semakin hangat membakar,Puteri dan Leha bersidai di tepi pantai.Saja mahu merasai terikan matahari yang sedang menyala-nyala itu,dari duduk di rumah,tanpa sebarang kerja,baik melepak kat pantai ni.Puteri membelek-belek helaian majalah hiburan itu.Di dalamnya,terkandung pelbagai info-info artis.Ketika Puteri menyelak helaian yang seterusnya,terpampang wajah seorang model lelaki yang begitu kacak.Puteri berhenti menyelak helaian seketika.Ditatap wajah model itu sedalam-dalamnya.Sesekali,hati remajanya itu melonjak juga,biasalah anak remaja,nafsu masih terhuyung-hayang.Susah hendak dikawal.

“Heh,mengelamun nampak!Kau tengok apa tu?”Leha bersuara tiba-tiba.Sedari tadi Leha hanya menghalakan pandangannya kea rah laut.

“Tak ada apalah.”Puteri cuba mengelak dari Leha yang cuba merampas majalah itu.Puteri tidak mahu Leha tahu apa yang sedang dibacanya.

“Eleh..aku nampak.Macam aku tak tau.Kau tengok gambar model tu kan?”Leha meneka.Puteri tersenyum malu.Merah mukanya.

“Tak salah kalau kau nak tengok.Kenapa kau malu-malu?”

“Yelah,nanti kalau aku kata aku suka dia,kau kata aku perasan,tak layak pulak.Nanti terbakar hati aku.Lagi susah.”Puteri menjawab spontan.

“Haha..Puteri,kita kan dah lama kawan.Takkan aku nak ejek kau macam orang lain?Aku faham.Kau pun sama remaja macam aku.Aku faham perasaan kau.”Leha menepuk-nepuk bahu Puteri.

“Terima kasih,Leha.Kaulah kawan aku dunia akhirat.”Puteri tersenyum.

“Eh,tapi,aku tak deny lah,handsome kan mamat ni?”Puteri bergurau seketika.Leha menjeling.

“Alamak ai..ada orang tu dah jatuh cintalah.”Seketika kemudian,mereka tertawa.

Tika mereka leka bergurau-senda.Ada suara yang sedang bergelak-gelak,di belakang mereka.Puteri amat mengenali suara itu.

“Haha..Puteri..Kesian kau!!Haha..berangan nak dapat putera raja ya?Eh,aku yang cabuk ni pun tak nak kau!Apa pulak orang dalam gambar tu!Kalau badan kau tu macam Jessica Simpson,baru boleh masuk..Haha!!”Menderu ketawa Azhar dengan geng-gengnya itu.Berdesing telinga Puteri mendengar ejekan mereka.

“Oi!Sekati akulah.Tak ada kaitan dengan kau!”Puteri menarik muka geram.

“Hah!Apa?!Sekati?Eh,aku Cuma nak sedarkan kau je..Tak salah pun.Cerminlah diri kau sikit.Dahlah DEBAB!!!”Salah seorang gengnya Azhar bersuara.Cair taik telinga Puteri mendengar ‘bahan’ mereka yang sebiji menusuk hatinya itu.

“A’ah..Sedarlah dari alam ‘fairytale’,Debab!Kalau kau kat alam ‘fairytale’pun,aku rasa tak ada sapa nak kau!Aku pun tak luak dengan kau.Nak muntah aku.Haha.”Azhar menambah lagi kepanasan hati Puteri,dahlah,tengah panas terik ni,boleh pulak dia orang ni tambah lagi kehangatannya hati Puteri.

“ALAH!Mamat poyo!Muka atuk aku lagi handsome dari kau!Jangan nak perasanlah!”Puteri membalas dengan penuh emosi.

“Oh yeke?Atuk kau lagi handsome?Rasa-rasanya,mata kau tu dah ‘sleng’ kot!”Azhar dang geng-gengnya itu terus-menerus menyakitkan hati Puteri.Leha memujuk Puteri supaya bersabar.Dia mengurut-urut perlahan bahu Puteri.

“Kau orang ni kan!Aku tak pernah kacau hidup kau!Aku tak pernah minta apa-apa kat kau!Kenapa kau semua suka perlekehkan aku?!”Puteri meluahkan segala yang terbuku di hatinya selama ini.Azhar dan geng-gengnya ternganga seketika.Tidak pernah melihat Puteri sebegini.Tetapi itu tidak cukup untuk membuat Azhar mengalah.

“Oh yeke?Kau kata kau tak pernah susahkan orang?Eh,kau tahu,badan kau yang besar tu dah cukup nak sakitkan mata orang yang melihat!”Azhar menghina Puteri tanpa belas kasihan.Puteri berlari meninggalkan perkarangan pantai.Hatinya hiba benar.Mengapa orang berbadan besar seperti dia selalu diperlekehkan?

* * * * *

10 tahun kemudian….

Puteri meniti salah satu fail yang berada di atas mejanya.Fail-fail itu harus dibereskan sekarang juga.Kalau tidak,habislah nanti!Kena marah dengan bos atasan.Puteri menari-narikan jarinya,menulis kertas kerjanya.Ingin cepat dibereskan segala kerja-kerja masuk itu.Selepas tangannya penat menari tadi,Puteri bangun dari kerusi kerja.Sesekali dia menggeliat malas.Dia menuju keluar dari biliknya lalu turun ke tempat makan pekerja di bangunan Kementerian Belia dan Sukan itu.Puteri mengambil sedikit lauk kari kepala ikan yang diletakkan di sebuah bekas itu lalu dicedokkan ke nasinya.Seketika dia memesan air,Puteri mengambil tempat duduk.Luar pejabat kelihatan matahari terpacak di atas kepala.Nasib baik dia berada di dalam bangunan.Sekurang-kurangnya adalah penghawa dingin.Puteri memulakan suapan pertama dan seterusnya.Sesekali dia memperlahankan suapannya.Dia amat bersyukur dengan kehidupannya sekarang.Dia sudah menjadi pegawai kerajaan kelas A sekarang ini.10 tahun lalu,dirinya tiada apa-apa,selah lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia,Puteri diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia dan mengambil kursus undang-undang selama empat tahun.Setelah menggenggam segulung ijazah,Puteri diterima bekerja di kompleks kerajaan.Walaupun gaji permulaannya tidak seberapa,sekurang-kurangnya impiannya hendak membuktikan yang dirinya tidak boleh dipandang rendah,sudah tercapai.Puteri tersenyum sinis mengingatkan zaman dahulu kalanya.Setelah termenung panjang,seorang lelaki membawakan pesanan airnya.Lelaki bertopi hampir menutup matanya itu meletakkan segelas yang berisi air sirap itu di atas meja makan Puteri.Puteri menoleh ke

arah lelaki itu.Puteri membeliakkan biji matanya.

“AZHAR!”Puteri tergertak di dalam hati.Azhar bekerja sebagai pelayan di tempat makan kompleks kerajaan itu.Lelaki yang mana adalah Azhar itu tidak memandang wajah Puteri.Lantas memusing,lalu hendak pergi.Tetapi Puteri sempat menarik tangan Azhar.Azhar berpatah semula.

“Kau ni Azhar,kan?”Puteri bersuara ingin tahu.Dia mengangkat keningnya.

Azhar tunduk.Dia mengangguk kecil.

“Ya Allah,kau Azhar!Apa dah jadi dengan kau ni?”Puteri seakan terkejut apabila tertembung dengan Azhar secara tidak sengaja di situ.

“Aku minta maaf,Puteri.Aku banyak dosa kat kau.Inilah akibatnya.Aku selalu hina kau dulu,sekarang,aku insaf Puteri,aku tak hebat cam kau.Aku tak ada apa-apa kelulusan.”Azhar menyuarakan rasa bersalahnya.Puteri terharu apabila mendengar permohonan maaf dari Azhar.Lelaki itu tidak pernah sekali dulu meminta maaf kepadanya,yang hanya dia lakukan hanyalah terus-menerus menyakiti hati Puteri.

“Azhar,aku dah maafkan kau lama dah.Dah,jangan simpan dalam hati.Aku tak kisah semua tu dulu.Kerana aku tahu,kalau aku berdendam dengan kau pun bukannya ada faedah apa-apa pun.”Puteri tersenyum kecil.Syukur Azhar sudah sedar!

“Tak,Puteri,aku memang salah dengan kau.Aku ni tak guna.Aku tak bergaji besar macam kau.”Azhar menunjukkan muka simpati.Sayu hati Puteri seketika.

“Hei,Azhar,awak nak berborak ke kerja?Cepat,pergi layan pelanggan.”Satu suara menerjah Azhar.Azhar berlalu meninggalkan Puteri lalu meneruskan kerjanya.Puteri masih tidak percaya yang dia akan tertembung dengan Azhar di sini.Setelah tamat SPM,masing-masing membawa haluan sendiri.Puteri menarik nafas dalam.

* * * * *

“Wey,siang tadi kau tahu aku jumpa siapa?”Puteri mengalih tumpuannya ke arah Leha yang sedang leka membelek helaian surat khabar itu.

“Siapa?”Leha menjawab biasa,sambil matanya masih memerhati setiap helaian surat khabar yang diselaknya itu.

“Azhar!”

Leha terus berhenti menyelak helaian surat khabar itu.Dia memandang tepat anak mata Puteri.

“Azhar?Azhar mana?Azhar yang kerja dengan kau tu ke?”

“Bukanlah,ingat tak Azhar yang selalu panggil aku ‘Puteri Debab’ dulu tu?”

“Oh!!Yeke?Kau jumpa dia?!”Terkejut benar Leha.Sudah lama tidak mendengar berita tentang anak orang berada itu.Puteri mengangguk.

“Dia kerja mana?”

“Dia kerja kat tempat makan kat tempat kerja aku.”Puteri menjawab sinis.Leha terlopong seketika.

“Dia minta maaf dengan aku siang tadi.”

“Dah sepuluh tahun baru nak minta maaf!”Leha menggertak.Suaranya seakan memperli Azhar yang baru sedar kini itu.

“Yelah.Biarlah dia,asalkan dia dah sedar kesalahan dia.”Puteri menjawab tidak mengambil endah.Leha hanya mengangkat bahu lalu meneruskan pembacaannya.Kepala dia memikirkan tentang Azhar yang tiba-tiba sahaja muncul itu.

* * * * * *

Puteri keluar dari pintu pejabat.Dia menekan kunci kereta Produa Kancil miliknya itu.Seketika kemudian,Puteri sudah berada di dalam kereta.Tiba-tiba satu suara memanggilnya.

“Puteri!”Itu suara Azhar.Dia nak apa tengah-tengah petang ni?Puteri keluar dari keretanya semula.

“Azhar nak apa?”Puteri bersandar pada keretanya,berpeluk tubuh sambil menunggu jawapan Azhar.

“Saya nak cakap kat awak sesuatu…”Azhar bersuara terketar-ketar.Seperti sesuatu yang berat bakal diucapkannya.

“Apa dia?”Puteri menarik nafas,menunggu jawapan Azhar.

“Saya..saya….”Azhar tersekat-sekat suaranya.

“APA DIA?!!!”Puteri menepuk bahu Azhar dengan kuat sekali.

“SAYA CINTAKAN AWAK!”Azhar bersuara terkejut apabila Puteri menepuk bahunya tadi.Puteri kaget.Terpaku kakinya.Seperti satu ‘adrenaline’ mengalir ke dalam urat nadinya.Azhar mengucapkan cinta kepadanya!Itu sesuatu yang mustahil!

“Awak cintakan saya?”Puteri menggeleng-gelengkan kepalanya.Tidak percaya apa yang didengarinya.Azhar mengangguk takut.

“Entah dia terima ke tak?”Azhar berkata di dalam hati.Gusar.

“Awak kata dulu,walaupun orang yang cabuk macam awak pun tak inginkan saya?”Puteri mengulangi semula dialog Azhar seperti mana sepuluh tahun dahulu ketika Azhar sedang seronok menghinanya dulu.

“Puteri,saya tahu awak marah kat saya, Puteri.Saya faham.Saya tahu awak susah nak menerima semua ini,saya hanya nak bagi tahu awak yang saya benar-benar cintakan awak semenjak kita berjumpa sebulan lalu.”Azhar berteru-terang.Puteri mengalirkan manik jernih di persisir mata bulatnya itu.Baru dirasainya bagaimana dirinya dicintai seseorang.Puteri sudah tidak sanggup hendak menatap wajah Azhar,Puteri memasuki semula keretanya lalu meninggalkan perkarangan parkir pekerja itu.Azhar berdiri seperti tunggul di tempat letak kereta Puteri itu.Dia tahu yang Puteri masih marah kepadanya.Azhar melangkah lemah.

* * * * * * * *

Puteri menarik nafas lega.Sahlah dia kini bergelar seorang isteri,-isteri kepada Azhar!Segalanya berjalan lancar.Puteri tersenyum puas.Azhar menatap wajah Puteri dengan penuh rasa cinta.Tidak sangka pula yang Azhar adalah putera yang menduduki carta hatinya kini.Bila terfikirkan kenangan lalu,memang pahit sekali!Masih terngiang-ngiang kata-kata Azhar yang mana Azhar tidak akan pernah suka akan perempuan berbadan besar sepertinya.Puteri tergelak kecil,alang-alang,sekarang Azhar sudah menjadi miliknya dan bakal mengharungi kehidupan bersama insyaallah sampai menutup mata.

“Aik..termenung nampak.Tak baik pengantin baru termenung-menung macam ni!”Azhar memecah kesunyian malam di kamar pengantin itu.

“Eh,sekatilah.”

“Heii…apa punya nasib.Debab aku ni kepala batu jugak…”Saja Azhar mengusik Puteri.

“Apa awak cakap?Saya Debab!!!”Puteri mencubit bahu Azhar dengan cubitan ketamnya yang bisa itu.

“Eh..adoi..betullah.Awakkan Puteri Debab kesayangan saya.”Azhar menyakat lagi Puteri.Puteri membaling bantal ke arah Azhar.Seketika kemudian,mereka tertawa berderai.Hati Puteri benar-benar bahagia ketika ini.Betullah,kita tidak akan dapat menjangka akan apa yang bakal berlaku pada esok hari!Puteri menghirup nafas lega.

~TAMAT~

~HASIL NUKILAN~
~SHAKIRA JOHARI~

~4 Julai 2009~


No comments: