CERPEN KARYAKU:KAU YANG TERISTIMEWA

Reactions: 

Tasha melepaskan geram.Amarahnya berkobar-kobar terhadap adiknya yang seakan mengada-ngada itu.Mama pun satu!Sikit-sikit Tina,sikit-sikit Tina.Bagi mama,anak mama,intan payung mama hanyalah Tina!Tasha mengomel sendirian.Susah benar hendak meyakinkan mamanya itu.Tasha melepaskan geram.Digenggam-genggamnya erat bantal peluk yang sedari tadi kemas terletak di atas katil bujangnya.Sudah berkali-kali dia meyakinkan mama,yang dia tidak mencuri rantai Tina.Mama tidak mahu mempercayainya.Mama tetap menyalahkan dirinya.Takkan sebab Tina itu cacat,berkerusi roda,maka mama hanya perlu memberikan kasih-sayang mama sepenuhnya hanya kepada Tina?Bagaimana pula dirinya?Ini sesuatu yang tidak adil.Mentang-mentanglah dirinya sempurna tidak cacat seperti Tina,tidak bermakna dia tidak memerlukan kasih sayang mamanya.Orang normal sepertinya juga dahagakan kasih seorang ibu.Tetapi mama tidak pernah faham.Mama hanya memahami Tina.Mama tidak pernah menaruh syak wasangka terhadap Tina.Mama hanya menganggap Tina sahajalah intan mama!Tasha mengalirkan manik-manik jernih.Makin lama,makin laju.Tidak bisakah setitik kasih mama pun tumpah ke dalam dirinya?Tasha mengingatkan semula apa yang telah terjadi tadi,Kebetulan tadi dia mencari buku latihan Sejarahnya di bilik Tina,kebetulan pada masa itu,rantai Tina juga hilang,mama menuduh Tasha yang mencuri rantai Tina itu apabila mama melihat kelibat Tasha keluar dari bilik tidur Tina.Padahal,Tina yang tercicir rantai itu semasa melalui ruang laluan di hadapan biliknya!Tasha menekup mukanya dengan bantal.Air matanya laju.Mama tidak pernah sayangkan Tasha!Mama hanya pentingkan Tina!Kedengaran jelas sedu-sedan Tasha yang semakin meningkat remaja itu.Tahun ini,usianya bakal menjangkau enam belas tahun.Tina pula bakal menjangkau 13 tahun.Tetapi,fizikal Tina tidak seperti remaja seusianya,Tina dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki.Tina hanya mengharapkan kerusi roda yang menjadi kaki setianya selama ini.Walaupun begitu,bagi Tasha,mama perlu juga mengambil berat tentang dirinya.Entah mama ingat atau tidak ulang tahun Tasha yang ke-16 tidak lama lagi?Bisik hati kecil Tasha dengan penuh kecewa.


****************************************************

“Woi,aku suruh kau ambik pen,bukan pensel,bodoh!”Kedengaran satu suara sedang melepaskan geram.Tasha menengking adiknya,Tina.Baru puas hatinya dapat melepaskan amarahnya terhadap budak yang dianggap sial bagi dirinya itu.

“Maa..maaf..Kak..Tina tak..peraasan..tadi..”Tina menjawab,mulutnya terketar-ketar.Mulutnya yang herot menyebabkan percakapannya tersekat-sekat.

“Heii,aku tak nak tau semua tu.Aku tau kau ni cacat je,tak pekak,tak bisu.Apasal boleh pekak tiba-tiba ni?Ni balasan untuk kau sebab kau mengada-ngada sangat!”Tasha membalas lagi.Kata-katanya sungguh berbisa.Hampir saja air mata Tina gugur.Hatinya sedih diperlakukan begitu.Dia tidak pernah meminta kasih-sayang yang berlebihan daripada mama.Mama yang seboleh-boleh hendak memanjakan dirinya.Pernah Tina menyuarakan rasa kasihannya terhadap Tasha kepada mama kerana mama lebih mementingkan dirinya daripada Tasha.Tapi,mama tetap dengan sikapnya.Tina sedar,dirinya siapa,dia seorang yang tidak seperti manusia lain bagi dirinya.Dia tidak boleh berjalan,dia tidak boleh bercakap dengan lancar sejak pertama kali melihat dunia.Tetapi,Tina tetap bersyukur kepada tuhan kerana memberinya peluang untuk merasai kenikmatan hidup di bumi tuhan ini.Tina tersenyum dalam kelukaan hati.Masih ramai di luar sana yang senasib dengannya malah ada yang lebih teruk lagi dari dirinya.

“Hei budak,apa senyum-senyum?Cepat kau pergi tukarkan pensel ni dengan pen,aku nak buat kerja sekolah ni!”Tasha memandang tajam kearah Tina seperti seekor harimau yang hendak menerkam mangsanya.

“Bbbaik..Kak..”

Tina memusing-musingkan tangannya pada roda di kerusi roda itu.Perlahan-lahan dia menolak roda kerusi itu untuk keluar dari pintu bilik tidur Tasha.Tasha tersenyum puas!Mama tiada di rumah,tiada siapa yang akan tahu apa yang telah diperlakukannya terhadap Tina yang tidak ubah seperti orang gaji!Tasha tergelak kecil,masa inilah untuknya menjadi raja,jika tidak selama ini,segala emas dan permata hanyalah Tina!Apabila dapat mempermainkan adiknya yang kurang upaya itu,baru puas dan senang hatinya!

“Kak…Tina daah carrik..ttapi ttak juumpa.”

Tina tiba-tiba terpacul di hadapan pintu bilik Tasha bersama kerusi rodanya sekali,Tina berkata sambil mulutnya terherot-herot.Memang seksa untuk berkata-kata walau satu patah perkataan dengan keaadaan mulut yang senget tidak seperti orang normal yang lain.

“Ehh,budak ni,kau carik pakai lutut ke?Buta betullah kau ni!”Tasha bangun laju dari tempat duduknya lalu menuju kearah Tina dengan perasaan geram.

“Kkkak…maaf..Tina ttak sengaja.”Tina menundukkan wajahnya,tidak berani bertentang mata dengan kakaknya yang bengis itu.Tasha melepaskan geram,dia menonjol kepala si Tina.Tina hanya diam membisu,dia tidak mampu melawan kudrat kakaknya yang seribu kali ganda dari dirinya itu.

“Hah!Tau pun kau diam,eh,kau sedar la sikit kau tu siapa!Kau tu beban bagi aku,kau tau tak?Kau susahkan hidup aku!Sebab kaulah mama tak pedulikan aku,sebab kaulah mama tak pernah pandang aku sebagai anak!”Tasha beremosi,ditampar-tamparnya lengan dan pipi Tina tanpa belas kasihan.Kedengaran esak kecil Tina yang dalam kesedihan.Tangisannya penuh dengan kedukaan,antara kasih sayang mama dengan kebencian saudara kandungnya sendiri!Dia,Tina tersepit.Sudah beberapa kali dia mengatakan,dia tidak pernah meminta hidup begini.Mengapakah hidupnya ini terlalu kejam terhadap dirinya?Sudahlah tidak berupaya,malah dibenci lagi!Maka sampai satu tahap dia menyesal kerana telah dilahirkan di dunia atas sebab hanya menyusahkan orang lain!Baginya,tiada gunanya untuk dirinya hidup.Tiada setitik kasih saudara pun yang dapat dinikmatinya.Mama sahajalah yang benar-benar sayangkan dirinya.Tiada sesiapa lagi di dunia ini yang mengasihi dirinya yang tidak sempurna itu.Dia tidak pernah mempunyai rakan-rakan,teman-teman atau kawan-kawan sebagai tempat untuk berkongsi atau mengadu.Hanya mamalah yang menjadi rakan,teman dan kawan setianya selama ini,berbanding Tasha yang selalu sahaja di sapa kemana-mana dirinya pergi.Manik jernih yang sedari tadi sudah bertakung di dalam kelopak mata Tina,tumpah juga akhirnya.Dia tidak dapat membayangkan nasibya yang sentiasa begini.Dia berharap suatu hari nanti,Tasha akan dapat menerimanya sebagai adik,Tina tidak mahu Tasha dengan dirinya bermusuhan,kerana air yang dicincang tidak akan putus.Tina mengesat air matanya semula,dia beristighfar memikirkan perkara tadi.Hanya ALLAH yang memahami perasaannya ketika itu.Perlahan dia mengesat air matanya dengan lengan baju yang dipakainya itu.Nafas Tasha kelihatan turun naik menahan marah.Sudah tidak tahu apa yang perlu dilepaskan kepada adiknya yang paling dibenci seorang ini!Buat seterusnya Tasha hanya menendang-nendang roda kerusi roda itu sambil menyumpah-nyumpah.Sesekali dia mencubit-cubit bahu dan lengan Tina.Hatinya sudah dikuasai oleh api kemarahan.Membunuh Tina pun sanggup dilakukannya kalau dia sudah tidak dapat mengawal diri.Tasha tersedar selepas itu tetapi masih menyumpah-nyumpah sedari tadi.Tangisan Tina semakin kurang kedengaran.SEketika Tasha sedang dalam beremosi sambil menyumpah-nyumpah,kedengaran satu suara

“TASHA!”

Suara itu amat dikenali oleh Tasha dan Tina.Itu mama!Mama menjerit memanggil nama Tasha.Mama sudah melihat segala apa yang dilakukan Tasha terhadap Tina tadi!

Tasha menggigil.Tubuhnya berpeluh.Sepatutnya mama belum lagi pulang dari kerja kebiasaannya pada waktu begini.Tina juga kaget.Entah hukuman apa yang bakal dihadapi oleh Tasha selepas ini?Perkara itu merunsingkan Tina.Tina tidak mahu Tasha menerima padah dari mama di sebabkan dirinya.Rasa bersalah berputik di hati Tina.Kalaulah dia mencari dengan betul pen yang diminta oleh Tasha tadi,mungkin Tasha tidak akan memarahinya dan mama juga tidak akan memarahi Tasha.Tasha hanya tunduk ke lantai.Jantungnya seperti hendak tercabut.Peluh membasahi dahi dan badannya.Dia menanti hukuman mama dengan penuh rasa getar.

“TASHA!Kau tidur kat luar malam ni!”Mama menjegil tajam.Suaranya meninggi bergema.

“Ma,mama,Tasha minta ampun,ma…Ma,sorry ma..”Tasha melutut di hadapan mama.Mama hanya berpeluk tubuh.Tasha merayu-rayu agar hukuman untuk dirinya dikurangkan lagi.Kali ini,kebenciannya Tasha terhadap Tina sudah tidak tertanggung lagi.

“Mama,maaf mama,mama,tolonglah,kesiankan Tasha mama!!”Tasha menjerit merayu.Air mata hiba disertakan dengan esak tangisan Tasha yang tidak ubah seperti anak kecil yang merayu orang tuanya supaya membelikan mainan.Tina juga mula mengalirkan air mata sekali lagi.Tidak sanggup dilihatnya drama yang sedang ‘berlangsung’ di depan matanya itu.Dia tahu,saat itu,Tasha pasti marah dan semakin membenci dirinya.Aduh,mama!Mama tidak mengertikah?Tasha juga perlukan layanan seperti mana mama melayan Tina.Apa mama tidak mengetahuikah bahawa kasih sayang mama yang berlebihan terhadap Tina seiring dengan kebencian Tasha terhadap dirinya?Mama,mama mengertilah anak mama ini.Anak mama ini bukan tidak menghargai kasih sayang mama,tetapi anak mama ini sedih dengan kasih-sayang yang mama curahkan terhadap Tina disebatikan bersama kebencian saudara sendiri.

Tina cuba menghalang mamanya,tetapi,apakan daya tenaganya?

“Aku tak ada kat rumah,macam tu layanan kau terhadap adik kau ya!!!”Mama membeliakkan biji matanya.Perasaan mama sudah mencapai tahap mendidih.

“Mama,Tasha tidak ada niat nak buat Tina macam tu.Asalkan mama tahu,Tasha dah cukup terseksa dengan mama yang hanya nampak kilauan dari Tina sahaja.Mama tak pernah menghargai Tasha!Dalam kepala mama hanyalah Tina!!!”Tasha melepaskan segala isi hatinya yang selama ini terbuku dan tersimpul di dalam hatinya yang penuh berserabut itu.Kepalanya ringan seketika apabila dapat meluahkan dan melepaskan segalanya.Segala yang terkumpul,pasti akan meletup jua!

Mama hanya diam membisu tanpa sebarang butir bicara.Mama tersentak dengan keberanian Tasha menyuarakan isi hatinya yang tersemat di dalam hati anak gadis berusia enam belas tahun itu.Tina ternganga seketika.Kagum dengan keberanian Tasha,kakak kesayangannya itu,walaupun Tasha selalu melukai hatinya.

“Kau tidak mengerti Tasha.Mama sayangkan kau.”Hati mama berbisik.Walaupun,mama tidak melepaskan perkataan itu.Sifat ego mama menebal.Mama susah untuk menyingkirkan perasaan itu walau sudah berkali-kali dia cuba untuk menghakis dan membuang jauh sifat itu.Tasha menaik turun nafas.Sesekali nafasnya terasa sesak,mana tidaknya,air matanya mengalir disertai dengan rayuan dan jeritan untuk melepaskan rasa yang terpendam.Tasha berlari keluar rumah.Termenung sambil duduk di atas buaian besi yang terletak di halaman rumah banglo dua tingkat itu.

“Kalaulah papa masih hidup….papa tak pernah buat Tasha macam ni!”Tasha menangis teresak-esak semula.Kenangan bersama arwah papa masih terpalit di dalam pemikirannya.Satu ketika dulu,keluarganya tidak sebegini,papa hadir sebagai ketua keluarga secara tidak langsung menyemai keindahan dan keharmonian keluarga mereka.Tetatpi segalanya berubah,apabila papa meninggal kerana barah pankreas dan semenjak itu,mama menjadi seorang yang agresif,hanya menyebelahi Tina sahaja!

Tasha memicit-micit kepalanya yang sedikit pening itu.Sudah banyak dia mengeluarkan air mata.Kepalanya pusing seketika.


****************************************************

Malam itu,Tasha tidur di buaian besi di hadapan rumahnya dengan beralaskan toto kecil beserta selimut dan bantal kecil.Hatinya tidak tenang.Tidurnya tidaklah lena hanya disinari dengan cahaya bulan.Tegarnya hati mama membiarkan dia tidur di dalam kegelapan malam ini.Walaupun lampu jalan menyinari,tidak sama seperti lampu di dalam bilik tidurnya.Tasha mengiring ke kiri-ke kanan,tidak selesa dirasakan!Maklumlah hanya tidur beralaskan buaian yang mana tempat dudukunya sempit.Sesekali Tasha menggigil kesejukan.Dia merenungkan,betapa sanggupnya mama memperlakukannya seperti itu?Di mana letaknya kasih sayang seorang ibu di dalam diri mama?Seperti yang selalu diceritakan oleh guru-guru dan rakan-rakan yang selalu menceritakan tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya yang tiada berbatas.Dia memikirkan lagi,sudah tentu Tina sedang seronok dan nyenyaknya tidur di biliknya beralaskan katil empuk.Sedangkan dirinya?

“Ah!!!kenapalah aku memikirkan lagi budak sial itu!!!”Tasha menggertak dalam hati.

Seketika kemudian air matanya mengalir lagi teringatkan arwah papa.Papa,Tasha hendak papa tahu yang papa sahajalah yang benar-benar menyayangi Tasha!Papa tidak pernah menengking Tasha,papa tidak pernah mengusir menyuruh Tasha tidur di luar rumah.Mengapa begitu cepat papa meninggalkan Tasha?Sedangkan Tasha masih menggarap dan memerlukan kasih sayang papa?

Tasha mengesat air matanya perlahan,dia menjejakkan perlahan kakinya ke lantai.Dengan langkah yang kecil dia meninggalkan perkarangan rumah itu.Dia mahu pergi membawa diri setelah membuat keputusan.Biarlah dia lenyap dari pandangan mama dan Tina.Mungkin mereka tidak terbeban selepas ketiadaannya nanti di rumah yang menyimpan seribu-satu kenangan itu.Perlahan dia membuka pintu pagar rumah,berjalan kaki di kala malam sunyi,jalan raya tidak berkenderaan,malam itu sunyi sekali.Hanya kedengaran bunyi burung hantu bernyanyi sana-sini.Bulu romanya naik.Namun Tasha tetap dengan keputusannya.Sesekali kedengaran seperti seseorang sedang mengekorinya dari belakang.Tasha tidak gentar.Dia tetap dengan keputusannya untuk meninggalkan rumah!Tidak akan sesekali dia menjejakkan kaki ke rumah itu lagi.Tasha melintas perlahan jalan raya yang disusuri kegelapan malam itu.Dia berpeluk tubuh.Tiba-tiba kedengaran bunyi kenderaan yang sedang laju mara kearahnya.Kaki Tasha terpaku.Yang hanya difikirkan ketika itu hanya hidup dan matinya!Lampu hadapan kereta yang makin rancak laju itu menyilaukan matanya,tiba-tiba badannya seakan ditolak kuat oleh seseorang ketepi,Tasha jatuh tersungkur ke tepi jalan,seketika kemudian kedengaran dentuman kuat,bunyi hon kereta yang nyaris melanggar dirinya itu juga berlagu kuat!Tasha rebah apabila kepalanya terhantuk batu ketika tertujah ketepi sebentar tadi.Matanya berpinar-pinar….


****************************************************

Tasha memandang sayup wajah Tina yang sudah kaku itu buat kali terakhir.Tidak sangka yang Tina sanggup berkorban demi dirinya.Tina tidak tidur di biliknya ketika malam kejadian,Tina mengikut perlahan Tasha dari belakang.Tina jugalah yang menolaknya ke tepi,lalu Tina terkorban apabila kereta itu sebaliknya melanggar Tina sebelum hampir melanggar Tasha.Tasha meitiskan manik jernih.Kebelakangan ini,hidupnya hanya bermandikan air mata sahaja.Seketika kemudian,Dia melihat pula jenazah mama yang sudah kaku.Mama dijumpai mati menggantung diri di dalam bilik akibat tertekan atas kematian Tina.Betapa mama terlalu mencintakan Tina.Aduhai!Apalah nasibku ini.Selepas ini,mama dan Tina akan disemadikan di dalam satu liang lahad.Tina,maafkan Tasha,Tasha tidak sempat memohon ampun daripada Tina,begitu juga mama.Semoga berbahagia dan diampunkan dosa mama.Ya-Allah,dengarlah permintaan hambamu yang berdosa ini.”Tasha bangun perlahan.Selepas ini dia akan dihantar ke rumah anak yatim pula.Tina,kau yang teristimewa.Aku sanjung pengorbananmu,walupun lidah dan tanganku ini banyak melukai dan menyakitiku,semoga berbahagia,Tina,!

~HASIL NUKILAN~

~SHAKIRA JOHARI~
~15 JUN 2009~

No comments: