CERPEN KARYAKU:ALAHAI DOKTOR!

Keadaan kelam kabut seketika,wad kecemasan hospital Sultanah Aminah itu mula diselubungi dengan pelbagai reaksi dan emosi si keluarga pesakit.Si ibu meraung-raung meminta anak gadisnya diselamatkan setelah anak gadisnya ditimpa kemalangan akibat dilanggar sebuah MPV.Si bapa pula hanya menenteramkan si ibu yang sedang dalam keadaan seperti ‘histeria’ itu namun di sebalik wajah tuanya,terpalit wajah kesedihan,maklumlah,anak gadis tunggal.Beberapa orang jururawat lalu-lalang di laluan kecemasan itu.Masih ramai lagi pesakit yang memerlukan rawatan.Kondisi mereka bermacam-macam.ada yang mengalami pendarahan teruk,tidak kurang juga hanya mengalami kecederaan ringan.Kebiasaannya hospital kerajaan ini memang selalunya menjadi pilihan orang,almaklumlah,hendak pergi ke pusat rawatan berbayar,harga sesetengahnya tinggi.Kalau setakat bekerja sebagai seorang pekerja bawahan,sudah tentu separuh pendapatan akan lari,ini kerana caj yang selalu dikenakan oleh pusat rawatan berbayar selalunya tinggi!

Ketika si ibu seakan-akan di’rasuk’ sambil teresak-esak menunggu di luar pintu bilik rawatan,pintu tiba-tiba dikuak.Seorang doktor lelaki,lingkungan 27-28 keluar dari dalam bilik rawatan.

“Doktor,Macam mana anak saya?”Si ibu tidak menyempat-nyempat,terus meluru kearah doktor muda itu.Air mata si ibu deras.

“Alhamdulillah makcik,dia selamat.Cuma kaki dan tangannya patah.Kami hendak meminta izin makcik,pakcik untuk menandatangani borang supaya kami dapat menjalankan pembedahan ke atas anak makcik dan pakcik.”Doktor muda yang bernama Raziq itu bersuara tenang.Raut wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Si ibu terduduk.Dalam kegembiraan anak gadisnya selamat,terselit juga rasa sedih,kedua anggota kaki dan tangan anak gadisnya harus dibedah untuk dmasukkan simen bagi menguatkan semula kaki dan tangan anak gadisnya itu.Si bapa mengucapkan syukur.Tidak mengapalah,walaupun harus anak gadisnya dibedah!Demi kesenangan anak gadis tunggalnya juga.

“Bagaimana?”Raziq mengangkat kening,menunggu jawapan daripada warga emas yang dalam lingkungan 50 tahun ke atas itu.

“Urrmm…Kami setuju.”Jawab si bapa tenang.

“Kalau begitu sila isi borang di kaunter secepat mungkin.Saya pergi dahulu.”Raziq mengukir senyuman kecil.Dia berlalu,seketika kemudian raut wajah doktor itu berubah kembali.Dia menggaru-garu kepalanya.Malam ni,dia sudah berjanji dengan kekasih hatinya untuk bertemu.Semenjak akhir-akhir ini,hubungannya dengan seorang jururawat muda yang sudah boleh dianggap kekasih itu tidak menampakkan sebarang tindakan seterusnya.Raziq sibuk dengan ‘emergency’nya.Manakala kekasih hatinya,Damia,sibuk dengan tugasnya sebagai seorang jururawat.Macam tiada perubahan yang akan berlaku dan seperti hubungan yang masih belum sah ini tiada penghujungnya.Raziq mengeluh kecil.Dia berjalan pantas,membuka pintu,memasuki biliknya.Dia menghempaskan tubuh di atas kerusi kerja berwarna biru di biliknya itu.Seketika kemudian,fikirannya terganggu lagi.Semenjak akhir-akhir ini,Dia mengalami sedikit kesulitan dalam wang.Duit gajinya sebagai seorang doktor yang baru sahaja lepasan universiti hanyalah RM 3000 sahaja.Baginya tidak mencukupi kerana Johor Bahru ini juga merupakan sebuah Bandar.Semestinya semua perlukan duit!

Raziq mengeluarkan dompetnya.Dia membelek-belek dompetnya yang berwarna coklat kehitaman itu.Seketika kemudian,dia mengeluarkan dua helai not hijau kebiruan lalu meletakkan di atas meja.

“Hmmm..dalam dompet aku ni Cuma ada RM100 aje.Heiii..entah cukup ke tak lepas bulan ni?”Raziq termenung melihatkan not berwarna hijau kebiruan yang terletak kemas di atas meja kerjanya itu.Lebih-lebih lagi,malam ini,dia akan berjumpa dengan Damia!

“Ya Allah!”Raziq menepuk dahi.Sudah tentu Damia akan mengajaknya pergi ke restoran mewah!Dia bukan tidak mengenali teman wanitanya itu.Semuanya ‘branded’.Asalkan gerai sahaja,tak mahu.Barang RM 2 pun tidak ada ‘class’ bagi minah seorang ni.Selalunya pertengahan bulan,Damia akan mengajaknya membeli-belah.Tetapi menggunakan duit doktor itu!Sekali barang yang dibeli,harganya mesti RM 50 ke atas!Raziq menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu lagi.Apa punya nasiblah dapat awek macam ni?Raziq mengomel dalam hati.Geram betul dengan perangai teman wanitanya yang kononnya berlagak kelas atasan ataupun ‘high class’ itu.Akhirnya sekali,doktor itu juga yang sengkek,terpaksa berhutang sana-sini!Sampai hendak tunjuk muka kepada ibubapanya serta adiknya juga sudah naik malu.Nanti mereka akan kata,kaki meminjam sahaja!Adik-beradik doktor itu juga pelik.Kerja bukan main tinggi lagi,doktor di hospital,tetapi sengkek,selalu berhutang!

Raziq mendengus.Lantas memasukkan semula not hijau kebiruan itu ke dalam dompetnya.Dia segera bangun dari kerusinya lalu keluar dari biliknya itu..

******************************************************

“You,kenapa pergi gerai je ni??Tak de ke restoran mewah lagi kat Malaysia ni?Tak ‘standard’lah kat sini..”Damia merengek seperti anak manja.Meluat betul Raziq dengan perangai si minah seorang ini.

“Asalkan boleh makan cukup.”Jawapan Raziq yang ringkas memanaskan hati wanita berusia 25 tahun itu.Dia menjeling tajam seperti tidak puas dengan jawapan teman lelakinya itu.

“Eh,betullah,syukur jelah dengan apa yang ada.”Raziq cepat membidas,seketika dia melihat Damia menjeling tajam ke arahnya.

“Alah..you ni ‘dirty minded’ sangatlah.Takkan nak pergi restoran mewah sikit dah namanya tak bersyukur!”Damia menghentakkan sebelah kakinya.Geram betul dengan perangai doktor yang seorang ni.

“Ooh…you ingat you tu ‘clean minded’ lah yek?Haa..boleh,tapi youlah yang bayar.I tak nak masuk campur.”Raziq mengangkat-ngangkat bahu memperli.Biar perempuan ini terkena sikit.

“Isssyyyhhhh..you ni kenapa?Semenjak akhir-akhir ni,you macam dah tak pedulikan I lagi.You dah tak kisah kalau kita tak berjumpa lagi.You ni kejamlah!”Damia menampar-nampar belakang Raziq.Sakitnya hati!

“Ohh..i ni kejamlah kat you selama ni?Ok,fine,I balik dululah ye?,bye.”Raziq berjalan pantas menuju ke kereta Satria Neo miliknya itu yang diparkir di belakang gerai makan yang mereka berada sekarang ini.Kalau boleh mahu lari sahaja dari perempuan ni!Orang tengah ‘pokai’ ni,ada hati pulak dia nak makan tempat mewah-mewah ya!Doktor muda itu mengomel dalam hati.Lagi jauh dari perempuan sihir ni,lagi aman hidupnya!

“Heiii,you nak pergi mana?Eh,kata nak belanja,YOU!!!”Damia menjerit memanggil Raziq tanpa menghiraukan sudah beberapa mata yang memerhatikan pasangan itu.Damia mengejar laju belakang Raziq.Seketika kemudian,Raziq sudah berada di dalam kereta.

“You!!!Kenapa ni?Siapa nak hantar I balik ni???”Damia mengetuk-ngetuk cermin kereta milik lelaki itu.Raziq menurunkan separuh cermin keretanya.

“I dah tak ada seleralah,you pergilah sendiri kalau you nak.You pandai-pandailah naik teksi.”Raziq menjawab tanpa rasa bersalah.Seketika kemudian,dia menghulurkan dua keping not merah kepada Damia.

“Nah,you ambil ni!Buat belanja teksi.I pergi dulu.”Damia mengambil duit dua puluh ringgit dari tangan Raziq itu dengan cara kasar.Geram betul.

“Eh,you!!!Bawaklah I sekali!!!”damia menjerit seperti hendak keluar anak tekaknya ketika Raziq meninggalkan tempat itu begitu sahaja.

“AAArrrrrrrrggghhhhhhh!!!!”Damia menendang-nendang tayar sebuah kereta yang terparkir di sebelah kereta Raziq sebelum ini.

“Tak guna punya jantan!”Damia beremosi.Mukanya kelihatan begitu marah sekali.Seketika kemudian,Seorang lelaki menegur Damia.

“Cik,cik ingat kereta saya ni beg penumbuk apa?suka hati aje cik nak tendang-tendang tayar kereta saya ni!”

“Eh,sorry encik,hehe..tak sengaja.Sorry..”Damia tidak dapat menahan malu.Mukanya merah.Ini semua angkara Raziq.Tidak mengapa,hari ini hari engkau!”Damia berjalan kaki menuju ke perhentian teksi dengan perasaan marah.

*****************************************************************

“Mak,nak pinjam duit.”Dengan muka serba salah Raziq meminta ibunya.Malu usah diceritakan.Tetapi,sekarang ini,dirinya memang benar perlukan wang.

“Kau ni,kalau balik tak lain,tak bukan,nak pinjam duit aje.Mak tak ada duit.”Hajah Asnah tidak melayani permintaan anak terunanya itu.Raziq menggarukan kepala.

“Tapi mak,pleaselah mak….Raz tak ade duit ni…tolonglah mak.Dapur kat rumah tu dah lama tak berasap,mak!minggu depan tuan rumah datang hendak minta sewa.Mak,tolonglah..”Raziq merayu seperti anak kecil.Tidak mustahil ibunya berperangai begitu,kerana setiap kali dia berjumpa ibunya,pasti dia akan meminjam wang wanita tua itu walaupun hanya RM 5!

“Tak de,tak de.Mak kata tak ada!Mana pergi duit kau.”

“Sssebbenarn…..”Belum sempat Raziq menghabiskan kata-katanya,Hajah Asnah menyampuk.

“Mesti Damia yang kikis duit kau kan?Heiii..tulah mak kata,dari dulu lagi mak taksetuju kau pilih budak tu.Kau degil.Sekarang,padanlah muka kau.”Hajah Asnah menjawab dengan begitu pedas sekali.

“Mmak,tolonglah.”Raziq merayu lagi.

“Mak bagi pinjam kat kau dua puluh ringgit aje.”

“RM 20 je mak?Nak beli apa?”Raziq menaikkan kening.Inilah padahnya.Kalau dulu dia mengikut kata-kata ibunya itu,supaya tidak memilih Damia,tidak akan jadi begini.

“Eh,boleh beli apa kau kata?Sekurang-kurangnya makan kau seorang lepas!”Bertambah lagi kesakitan hati Raziq.Ada dua puluh ringgit saja?

“Mak…tolonglah..”

“Berapa kau nak?”

“RM400..hehe”Raziq tersenyum kambing.Banyak juga jumlah yang dimintanya.

“Hah!empat ratus!”Hajah Asnah seperti terkejut beruk.

“Yep,empat ratus..”

“Mana mak nak cari duit empat ratus?”Hajah Asnah mengerutkan dahi.Pening betullah dengan masalah anaknya yang seorang ni!

“Alaa..kan ayah ada duit hasil jualan buah-buahan kat kebun tu.Raz dengar dalam bank ayah sudah ada RM 100000.Takkan nak bagi pinjam kat anak RM400 pun tak boleh.Nanti Raz bayarlah balik.”Raziq merengek seakan anak kecil,dia tahu hanya dapat meminjam wang.

“Eh,pandai-pandai je kau.Kau ni,nama je doktor!Tapi pokai!nak lagi berhutang dengan mak bapak.Bukan nak rawat hati mak bapak kau ni!”Hajah Asnah menggelengkan kepalanya.Dia mengurut perlahan dadanya yang sesak dengan masalah anaknya itu.

Raziq merayu lagi.Kali ini dia memandang ibunya dengan wajah yang sedang menggarap simpati.

“iyyy..yelah,yelah.Nanti mak cakap dengan ayah kau!”Hajah Asnah bangun tergesa-gesa malas nak melayan karenah si bujang seorang ni.Raziq tersenyum.Moga-moga ayahnya,Haji Salleh,memberikan sedikit pinjaman itu kepadanya.Raziq tersenyum tenang selepas gelabah sebentar tadi.

*************************************************************************

Raziq melepaskan keluhan lega setelah duit sewa rumahnya yang tertunggak selama dua bulan telah dilangsaikan.Nasib baik,ayahnya mahu meminjamkannya sedikit wang,kalau dicampurkan dengan wang simpanannya yang hanya beberapa kerat itu,lepaslah segala keperluannya.Raziq menarik nafas.Dikira lagi lebihan wang yang hanya berbaki RM150 sahaja di depan matanya itu.Lantas dia menyimpan kembali wangnya di dalam sebuah tabung khas untuk duit simpanan dirinya.Heii..apalah mahu jadi?Sudah besar-besar pun simpan duit dalam tabung lagi!Raziq tersenyum.Manusia sebayanya ada yang sudah mampu membeli rumah walaupun hanya sebuah flet kecil!Dia?Hmmm..entah bila.Sebentar nanti,hutang ibubapanya juga perlu dilangsaikan juga.Raziq tidak mahu ibubapanya yang telah berjasa kepadanya itu kecil hati dengan tindakannya yang lewat membayar hutang mereka balik.Raziq menghidupkan enjin Satria Neo miliknya itu.Dia mahu berjalan-jalan sebentar mahu mengambil udara luar.Biar kepalanya lapang sedikit.Kebetulan hari ini,dia masih belum menerima sebarang panggilan kecemasan dari hospital yang memerlukan dirinya.Jadi biarlah dia merehatkan kepalanya dahulu.

Raziq memberhentikan kereta di sebuah kawasan parkir yang terletak di sebuah taman tasik itu.Raziq memulakan langkah perlahan,menikmati panorama petang,menghirup udara segar.Seketika kemudian,langkah doktor itu terhenti.Itu Damia!Dia bersama seorang lelaki yang dari luarannya kelihatan mewah juga!Buat apa Damia dengan lelaki yang berwajah kacukan itu di sini?semeluat-luat pun Raziq terhadap Damia,dia tetap mengasihi wanita itu.Perasaan cemburunya timbul,makin lama-makin menebal,tanpa sabar,dia menerjah mereka secara tiba-tiba di belakang.

“woi!!Kau buat apa dengan makwe aku ni???”Raziq menerjah.Kedua Damia dan lelaki berwajah kacukan itu terkejut seketika.

“Teman lelaki awak ke tu?”Lelaki itu menyoal Damia seakan-akan tidak menghiraukan percakapan Raziq ketika itu.

“Dululah sayang,dia nilah yang I ceritakan tu.Tak bertanggungjawab langsung!”Damia menjeling.Puas dapat menyakitkan hati Raziq.Biar teman lelaki barunya itu tahu.

“Sayang?”Raziq mengangkat kening.

“Baru beberapa hari aku tinggalkan kau,kau dah ada sayang yang lain??”Raziq keliru.memang sah selama ini Damia tidak pernah memikirkan hubungan mereka.

“So what?You’re the one yang kata hari tu yang you kejam kat i.So I carilah pengganti.I dah bosan dengan you!”Damia menuding jari tanpa rasa hormat terhadap Raziq.Raziq tidak dapat mengawal kemarahan.Dia mengangkat telapak tangan,hampir sahaja mahu melempang perempuan sihir ini.Belum sempat penampar Raziq singgah di pipi Damia,satu tumbukan sebaliknya singgah di pipinya.Raziq tertujah ke tepi.teman baru Damia yang melepaskan tumbukan kepada Raziq.Raziq ingin membalas,tetapi belum sempat,satu tumbukan lagi dirasainya.Mulutnya Raziq berdarah.Dalam menahan kesakitan,dia bersuara.

“Kurang ajar kau ya!Kau kikis duit aku sampai kering.Kau tinggalkan aku.”Raziq melepaskan tumbukan sulung ke muka teman baru Damia itu.Damia terkejut.perasaan takut mula tumbuh di dalam hati Damia.

“Hoii!!!Kau ingat muka aku ni kaca ka?Orang dah tak suka tu,sudahlah.Jangan terhegeh-hegeh!Dia milik aku sekarang!”Lelaki itu meninggikan suara.Sudah ramai memerhatikan gelagat mereka bertiga.

“Sudah,sudahlah!Raziq,you balik jelah..i dah tak nak dengan you!”Damia menghalang Raziq daripada melepaskan sekali lagi tumbukan kepada teman lelakinya itu.Raziq mendengus.Dia meninggalkan perkarangan taman tasik itu dengan penuh rasa kecewa.Begini cara kau membalas aku ya!Raziq melepaskan nafas marah.Dia masuk semula ke dalam kereta.Suasana petang itu,bertukar menjadi suasana yang penuh dengan kekecewaan.

Raziq memandu dengan perasaan yang bercampur sedih dan kecewa.Tidak sangka yang Damia sanggup memeperlakukan begini terhadapnya.Segala apa yang dicurahkan kepada Damia selama ini hanyalah sia-sia.Damia tidak pernah menghargainya.Seketika Raziq sedang melayani fikirannya,tiba-tiba,sebuah kereta Kancil keluar dari persimpangan.raziq cuba mengelak dalam keadaan panik,akhirnya dia terbabas ke tepi dan keretanya berlanggar dengan sebatang pokok.Kepala Raziq pusing.Betapa malangnya dia!Dahinya luka,seketika kemudian matanya kabur.Sebelum menutup mata,Raziq terpandangkan wajah seorang perempuan muda yang cuba menolongnya.Seketika kemudian,Raziq pengsan.

****************************************************************

Raziq membuka mata.Dia memerhatikan betul-betul tempat yang kini dia berada.Memang sah,hospital!Kepalanya berdenyut-denyut.Kali ini,dia pula yang menjadi pesakit!Doktor itu memicit-micit kepalanya,berbalut!Di sebelah kirinya,kelihatan wanita yang sama yang dilihatnya ketika dia dalam keadaan hampir pitam hari itu.Sungguh ayu wajahnya.Tetapi tiada sebarang perkataan keluar dari mulutnya.Raziq tersenyum.Siapa pula dia ini?

Beberapa minit kemudian,seorang doktor masuk bersama-sama seorang jururawat hendak memeriksanya.Doktor itu rakan sekerjanya juga,Cuma dia bekerja di bahagian wad,namanya Doktor Azri.Dua tahun tua darinya.

“Ha..sedar pun kau.Macam manalah kau boleh terlanggar pokok pinang tepi jalan?Heii..macam-macam..”Doktor Azri menggelengkan kepala.Lucu pun ada,Dari seorang doktor,kini berada di katil pesakit.

“Aku tak taulah,Ri.Macam mana aku boleh terbabas tepi jalan.”Raziq menggeleng-gelengkan kepalanya yang sedari tadi berdenyut itu.

“Hmm..ape-ape jelah.Mari,biar aku periksa kau dulu.”Dr.Azri bersuara.Seketika kemudian,Dr.Azri memeriksa Raziq.Raziq diam seribu bahasa.Entah apa yang difikirkannya.

“Ri,”Sahut Raziq yang sedari tadi diam membisu.

“Yep.”

“Siapa perempuan yang ada kat sebelah aku tadi?”Raziq bersuara.Teringat pula dia akan wanita yang sudah dilihatnya dua kali itu.

“Oh,dialah yang selamatkan kau.Sebenarnya dia yang keluar dari persimpangan masa kau hampir berlanggar dengan kereta dia tu.Tapi dia sempat brek,kau terbabas kat pokok pinang terus.”Dr.Azri tersenyum kceil.

“Kenapa?Dah minat ke?”Dr.Azri menyambung lagi.

“Kalau ok,aku sapu je…hehe”Raziq tersengih.Sempat juga menggatal pada waktu begini.

“Hmm..sekati kaulah.Memang padan pun dengan kau..haha.Apa yang aku mengarut ni?”Dr.Azri berjenaka seketika.Setelah memeberitahu tentang perkembangan kesihatan Raziq.Doktor yang berusia tiga puluh tahun itu keluar dari wad.

Raziq termenung seketika.

*********************************************************************

Pagi itu terang.Matahari menyinar sana-sini.Raziq membuka mata perlahan-lahan.Satu hari lagi di hospital.Doktor mengatakan,yang Raziq masih perlu tinggal di hospital untuk rawatan selama tiga hari lagi,baru boleh pulang.Teruk jugalah kemalangan itu berlaku.tetapi alhamdulillah,dia selamat-diselamatkan oleh seorang wanita yang amat asing baginya.Raziq memandang ke belah kirinya lagi.Wanita misteri yang menyelamatkannya itu berada di sebelahnya sekali lagi.raziq tersenyum.Belum sempat Raziq membuka bicara,wanita misteri itu keluar dari wad dengan tergesa-gesa.Alahai!Mengapa begitu cepat?

Beberapa minit kemudian,seorang jururawat masuk untuk melihat keadaan Raziq.Raziq tenang duduk seketika.Seketika kemudian,dia bersuara.

“Urmm..nurse,saya nak tanya awak boleh tak?”Raziq memulakan.

“Doktor nak Tanya apa?”Jawab jururawat itu sambil mencatat sesuatu di atas satu rekod kesihatan.

“Awak kenal dengan perempuan yang selamatkan saya hari tu?”

“Perempuan?”Jawab jururawat itu kehairanan

“Yep.Perempuan.Kenapa?Awak hairan?”Raziq juga hairan apabila melihat reaksi jururawat itu.Seperti ada sesuatu yang memusykilkan dirinya.

“Maksud doktor,ibu doktor.Dia baru datang sini.Tapi masa tu doktor masih tidur.”Jururawat itu memberitahu perkara yang sebenarnya.

“Bukanlah…alah….awak tak tahu ke?Perempuan..takkan hantu kot!Saya nampak perempuan tu sebelah saya,lepas tu dia keluar,tak lama selepas itu,awak pun masuk.Takkan tak tertembung?”Raziq semakin bingung.Apa sebenarnya yang berlaku ini?Takkan dia seorang sahaja yang dapat melihat wanita itu?

“Ohhh..maksud doktor,perempuan ‘mix’ lelaki tu ke?”Jururawat itu mula mendapat idea.

“Apa maksud awak?Perempuan ‘mix’ lelaki?”Raziq semakin terkejut.Takkan ada dua jantina kot?

“Haha..Kesian.Doktor dah suka kat dia ka?Sebenarnya dia tu MAK NYAHlah doktor!!!!Orang jumpa dia salin masuk bilik salinan lelaki,pakai baju perempuan,keluar jadi lelaki!!!”Jururawat itu tergelak besar.Raziq terlopong.Apalah nasibnya?Baru nak bermekar-mekar bunga-bunga cinta.Raziq lentok semula.

Jururawat itu memandang Raziq.Kesian betul dengan doktor yang boleh tahan jugalah tampan di ni.Alang-alang,nasibnya memang malang.

“Alahai doktor!”Jururawat itu keluar membiarkan Raziq tidak sedarkan diri di dalam wadnya itu.

~HASIL NUKILAN~

~SHAKIRA JOHARI~

~17 JUN 2009~

No comments: