CERPEN KARYAKU:GUNTING RAMBUT

Shaira membelek rambutnya yang panjang kemerah-merahan itu lagi.Dia mengeluh sendirian.Sudah puas dirinya mencari pelbagai alternatif untuk memulihkan kembali kesihatan rambutnya yang semakin hari,semakin menjadi-jadi kusutnya.Puas sudah dia menggunakan pelbagai jenama syanpu yang terkenal di pasaran.Namun,hasilnya tetap mengecewakan.Terkadang,perasaan cemburu remajanya juga timbul tatkala ramai rakan-rakan seusianya yang mempunyai rambut yang cantik,tidak rosak,beralun dan pelbagai lagi.Bukan dia tidak mahu membuat rawatan di salun,tetapi ibunya sendiri pernah berkata,”Tak payahlah kau susah-susah,pakai syampu je cukup.”

Itulah saalah satu ayat yang selalu digunakan ibunya yang membuatkan hatinya semakin panas.Dengan rambut yang macam ini,sudah tentu bagi dirinya amat malu untuk menceritakan perihal rambutnya kepada rakan-rakan seusianya yang mana rambut mereka lebih terurus dan terjaga.Shaira mendengus.Sudah tidak tahu hendak dibuat apa lagi.Hatinya mula risau,esok,rakan-rakannya itu akan berkunjung ke rumahnya.Takkan di rumah pun harus baginya pakai tudung?Nanti kawan-kawan mengatakan yang dirinya buang tabiat lah pulak!Memang kenyataannya Shaira dikenali sebagai gadis bertudung.Tetapi itu ketika di luar rumah!kebiasaannya dia tidak akan bertudung ketika di dalam rumah.Baginya dalam rumah tidak mengapa,bukan ada sesiapapun.Semuanya terdiri daripada ahli keluarganya yang merupakan muhrim baginya.Shaira mengambil krim rambut yang dibeli oleh ibunya itu lalu menyapu perlahan pada rambutnya yang kelihatannya merah itu.”Sampai bila aku kena sapu krim macam ni?”Bisik hati kecil Shaira yang sedari tadi seakan tidak berpuas hati itu.krim yang disapu pada rambutnya itu hanya dapat bertahan kelembutannya selama sehari sahaja. Shaira perlahan-lahan menyisir rambutnya yang panjang hingga ke paras dada itu.Bahagian hujung rambutnya itu sungguh kusut sekali.Sesekali Shaira mengomel tentang rambutnya yang rosak itu.Tetapi dia tidak ingin lagi hidup dalam keadaan rambut yang rosak sebegini.Akhirnya dia mengambil keputusan,GUNTING RAMBUT!!!

Ya,itu sahajalah penyelesaian bagi masalahnya walaupun hanya untuk sementara waktu.

************************************

“Ibu,Shaira nak potong rambut.”Shaira bersuara setelah dia diam membisu ketika mereka sekeluarga asyik menikmati hidangan makan malam. “Eiyy,tiba-tiba je ni?dulu bukan main lagi nak simpan panjanglah,tulah,nilah…”Ibu Shaira seakan-akan memperli dirinya.

“Alaa ibu,tolonglah.”Shaira mengerutkan dahi.Geram betul dengan sikap ibunya itu.

“Hmm…sekati kaulah.Esok,ibu bawak kau pergi kedai gunting rambut.”Ibunya memberikan persetujuan.Shaira tersenyum mendengar persetujuan ibunya itu.

“Tapi Bu,Shaira bukan nak gunting cam biasa..Shaira nak buat fesyen-fesyen sikit.”Terang Shaira yang sudah tersengih lebar itu.

“Abistu,camner?Tak pernahlah pulak Shaira nak buat fesyen-fesyen ni,lagipun bukannya nak tunjukkan kat sesiapa.”Ibunya Shaira seakan-akan tidak bersetuju dengan cadangan anaknya yang baginya entah apa-apa itu.

“Alaa..ibu paham-pahamlah…budak muda,mestilah nak ikut trend.”Shaira memberikan reaksi seakan-akan sudah dewasa benar dalam menentukan sesuatu.Tidak ada apa lagi yang boleh diperkatakan oleh si ibu.Begitulah remaja,kalau hitam,hitamlah jawabnya,kalau putih,putihlah pilihannya.Si ibu hanya menelan sahaja makanan tanpa bersuara lagi.Di dalam kepala Shaira,sudah terbayang-bayang wajahnya apabila rambutnya sudah digunting nanti.Malam itu Shaira mendandan rambutnya yang panjang itu.Baginya itulah selamat tinggal untuk rambutnya yang bermasalah dari dulu lagi.Rambut itu juga pernah membuat dia malu di hadapan rakan-rakannya.Aina,selalu menegur.Tidak boleh diharap langsung kawan yang seorang ni!Sikit-sikit mahu komplen.mentang-mentanglah rambut dia cantik,tak bermasalah.Terkadang,Shaira malas hendak bergaul dengan rakan-rakannya yang entah apa-apa entah itu.Suka menunjuk-nunjuk,menonjol-nonjol kecantikan diri!BENCI!Gertak hati Shaira sambil dipelopori rasa yang teramat geram bercampur sakit hati mengingatkan peristiwa apabila kawan-kawannya menegur rambutnya di hadapan rakan-rakan yang lain.MALU!Itulah yang dapat disimpulkan melalui pengalaman dirinya bersama rakan-rakannya.Tidak mengapalah,besok,semuanya bakal berubah!Selamat tinggal rambut bermasalah!Shaira tersenyum sendirian.Tidak sabar rasanya hendak menerjah hari esok.

************************************

Pagi itu,hening sekali,kicauan burung menusuk sanubari di waktu pagi.Sinaran mentari pagi menambah keindahan bumi tuhan ini.Kelihatan,jiran-jiran sebelah rumah sibuk menyiap-nyiapkan diri untuk berangkat ke tempat kerja untuk mencari rezeki.kebetulan hari itu adalah cuti sekolah.Anak-anak muda,terutama Shaira sudah semestinya mengambil kesempatan ini untuk menikmati tidur lepas subuh.Melepaskan ‘tension’lah katakan setelah selama sepenggal ini terpaksa bangun awal subuh untuk bersiap-siap ke sekolah.Pagi itu juga,merupakan pagi yang paling ‘aman’ untuk meneruskan tidur kerana hujan kelihatan lebat sekali turun ke bumi.Waktu-waktu macam begini,memang seronok untuk mereka yang kebanyakannya kutu-kutu tidur!Shaira pun salah seorang daripadanya.Mungkin hari ini,merubah dirinya sedikit.Selepas ini mahu pergi potong rambut!Haha..itulah yang dinantikan dirinya.Imejnya akan berubah sekelip mata sahaja lagi.Shaira bangun dari tempat tidur lalu mencapai tuala mandi yang tersidai kemas di atas pnyangkut tuala yang disangkut di biliknya itu.Dia menuju ke bilik air di biliknya untuk membersihkan diri.Seketika kemudian,Kedengaran bunyi pancutan air.Airnya terasa sejuk sekali kerana hari hujan.Mengigil-gigil tubuhnya ketika menyentuh air yang seakan-akan mencapai tahap beku bagi anggapan tubuh seseorang itu.

**********************************

Shaira menikmati sarapan mi goreng hasil air tangan ibunya itu.Kelihatan berselera sekali tekaknya menikmati hidangan yang semestinya ‘favourite’nya itu.Ibunya juga tersenyum melihat anak gadis tunggalnya itu.

“Wah…rajinnye anak ibu bangun pagi-pagi,terus makan yek..sikit pun tak tolong ibu ye.”

Ibunya Shaira bersuara seakan memperli remaja berusia 13 tahun itu.

“Alaa..Ira tolong jugak..”

“Tolong ape?”

“Tolong makan!”

Shaira tergelak seketika melihat rekasi ibunya itu.Saja mahu menyakat.

“Itu bukan tolong,itu mencekik darah namanya itu.”Ibunya membalas balik seketika telah disakat oleh anaknya yang semangnya agak nakal dan selalu mengusik diri si ibu itu.

“Sampai hati ibu,makan pun dapat pahala tau kalau cara yang betul.”Shaira mencebik.Sikap keanak-anakannya itu jelas kelihatan melalui reaksinya itu.

“Hmmm..yelah..Ira betul.Ibu salah.Haa..lepas ni jadik tak nak pergi gunting rambut?”

“Mestilah jadi,bu.”

“Kalau macamtu,cepatlah sikit ye…Siap-siap.Ibu ade banyak kerja lagi kat rumah ni.”Ibu Shaira bangun dari kerusi seraya telah menyempurnakan suapan yang terakhir.Shaira juga memperlakukan yang sama.

“Urrmm,bu.Ira nak gunting rambut kat kedai melayu tau.Tak nak kedai cina.”

“Kenapa anak Ibu ni tiba-tibe memilih pulak ni??”

“Ira ade baca buku,buku tu tulis aurat perempuan dengan perempuan bukan islam setaraf dengan orang lelaki.”Shaira menyatakan apa yang diketahuinya.

“Yeke?tak tau pulak ibu.Hmmm..yelah..nanti kite pergi.”Si ibu hanya meleret senyum melihat gelagat anak gadisnya itu.Maklumlah anak tunggal.Semestinya sikap manja itu ada ‘berlebihan’ sedikit.Shaira mencuci pinggan yang digunakan ketika bersarapan tadi.Rajin pula pagi ni!

“Eh,pinggan Ira je??Pinggan ibu tak basuh?”Ibu menyakat Shaira yang berlalu pergi sahaja setelah habis mencuci pinggannya seorang.

“Eh,hehe..hmmm…”Shaira tersenyum menyringai.Macam mana ibu boleh perasan ni?

Ibu hanya menggelengkan kepala lantas meneruskan kerjanya mengemas dapur.Nak harapkan si Shaira,hmmm..setakat tolong menyapu sikit-sikit di halaman rumah bolehlah.Macam-macam alas an yang tidak masuk akal diberi kalau minta bantuan darinya.

*********************************

“Maaflah Puan,tukang gunting tak adelah.Dia pergi pasang pelamin.”

“Ape?hmmm..tak pelah,saye cari kedai lain.”Ibu melepaskan keluhan.Sudahlah jauh datangnya.Alang-alang tak ada tukang gunting pulak!Macam-macam,pergi pasang pelaminlah,itulah,inilah.Shaira kelihatannya kecewa.Hei,tidak ada peluang lagilah nampaknya.Bukan senang nak cari kedai gunting Melayu.Kebanyakan Melayu,mereka tidak membuka kedai gunting sahaja,tetapi digabungkan dengan perkhidmatan butik pengantin,baju dan sebagainya.Yang lain pula,kebanyakannnya bangsa Cina.

“Bu,kita cari kat kedai lainlah yek.”

“Hmmm..yelah.Kita cari kat Taman sebelah.urmmm..Shaira tak nak ke pergi kedai gunting yang dekat depan rumah kite tu?”Ibu memberi cadangan.

“Alaa..ibu,tak naklah.Tukang gunting dia PENGKIDlah bu..”Shaira mula tidak berpuas hati dengan cadangan ibunya itu.

“PENGKID pun,dia tetap perempuan.”Ibu Shaira membetulkan pandangan anak gadisnya itu.

“Tapi Ira tak sukalah.Rasa macam lelaki je yang potong rambut Ira.geli.”Shaira menggelengkan kepalanya menunjukkan tanda tidak mahu.

“Asalkan dia perempuan Shaira…”

“Ibu!!!”Shaira bersuara tidak puas hati.

*****************************

“Shaira,dah tiga kedai kita pergi,semuanya tukang gunting tak ade.Habis tu,macam mana ni?”Ibu mula resah.Sudah tiga kedai dikunjungi,tetapi tukang guntingnya semua taka de,semua keluar,tiada di salun.Yang ada,Cuma pembantu kedai.

“Alaa…bu,kita cari lagi.”Shaira yang agak degil itu tetap dengan keputusannya.Rambutnya mesti digunting!Kalau tidak habislah,dia akan dimalukan buat kali kedua.

Ibu memandu kereta perlahan-lahan keluar dari kawasan memarkir sambil mata melilau-lilau memerhatikan kedai sekeliling.Mana tau ada kedai gunting rambut Melayu yang lain.

“Ibu,tu ada.”Shaira meningkatkan suaranya sedikit.Teruja benar melihat kedai salun yang bercat merah jambu itu.Ibu memberhentikan kereta Waja berwarna hitam yang dipandu ibu itu betul-betul di hadapan kedai.Mudah-mudahan kedai yang satu ini tidak bermasalah tukang gunting tiada seperti sebelum ini!Kalu boleh,proses menggunting rambut anaknya itu,cepatlah dimudahkan.Penat juga hendak melayan karenah si Shaira ni.

“Maaflah puan,kita tak menyediakan salun rambut,Cuma salun kecantikan je.”Jawapan pekerja itu sekali lagi menghampakan hati Shaira.Di mana harus cari kedai lagi?Sudah empat buah kedai dikunjungi,tetapi,satu pun belum lekat lagi.

“Ibu,macam mana ni?”Shaira mengeluh.Susah betul nak cari kedai gunting ni.Walaupun hanya satu!

Ada satu cara je lagi Shaira.Tu pun kalau Shaira sanggup.”Ibu mempromosikan cadangannya.

“Apa dia,bu?”

“Gunting dekat kedai depan rumah kita tu.Tak kisahlah dia PENGKID ke.Janji dia perempuan.”Ibu menyuarakan cadangan.Pada mulanya,Shaira kelihatan tidak begitu puas hati dengan cadangan ibunya itu.Tetapi akhirnya dia bersuara..

“Suka hatilah,bu.Ira pun dah malas nak ronda-ronda cari kedai lagi.”Shaira menunjukkan reaksi yang tidak puas hati melalui raut wajahnya.Dia mengomel sendirian tentang apa yang telah dilaluinya bersama ibunya tadi.Dalam banyak-banyak kedai,satu pun belum dapat menunaikan hajatnya itu lagi.Ibu menghidupkan enjin kereta lagi.Perlahan-lahan ibu memanadu menuju masuk ke taman perumahan mereka semula.Sekali lagi,ibu berhenti depan kedai yang telah dimaksudkan tadi.Mereka dua beranak keluar dari kereta lalu menuju ke pintu kedai.Belum sempat Shaira membuka pintu salun rambut itu,kakinya terhenti.Kelu lidahnya.

“Ibu,kenapa tukang gunting tu lelaki?”Shaira bersuara menahan marah.Takkan perkara seperti tadi terjadi lagi kot?Ini yang membuat hatinya panas membara.

“Aii..dulu PENGKID,sekarang dah ‘jadi’ laki terus?”Ibu memperli.Perasaan geram dan marah mula timbul.

“Ibu,jomlah balik jelah.Benci betul!Arrrgggghhhh!”Shaira tidak dapat menahan amarah yang terbuku di hatinya semenjak tadi.Perasaan kasihan Ibu terhadap Shaira semakin terasa apabila melihat anaknya itu beremosi.Biasalah,budak muda!Hati mereka sentiasa panas!Nampaknya tiada harapan lagilah Shaira hendak membuat potongan rambut yang diidam-idamnya kebelakangan ini itu.Ibu menggeleng-gelengkan kepala.Ibu menenangkan hati Shaira yang agak manja itu lalu pulang dengan perasaan yang teramat hampa.

~TAMAT~

~HASIL NUKILAN~

~SHAKIRA JOHARI~

~8 JUN 2009~

No comments: