CERPEN KARYAKU:AKU ANAK PALESTIN

Bam..!bam..!bam..!

Kedengaran letupan bom bergema tiga kali berturut- turut di ruang angkasa Bandar Khan Yunis yang terletak di selatan semenanjung Gaza itu.Beberapa orang tentera berbaju hijau siap bersenapang melepaskan tembakan masing-masing ke sasaran.Kelihatan juga beberapa orang yang sudah terlentang berlumuran darah.Keadaan menjadi kacau-bilau dan kelam-kabut.Masing-masing bertempiaran lari menyelamatkan diri dari menjadi mangsa kerakusan si anjing zionis itu.Bandar yang namanya bermaksud rumah Nabi Yunus itu mula bermandi darah .Masing-masing yang tercedera meraung-raung meminta pertolongan sambil mengerang menahan kesakitan akibat perbuatan terkutuk si rejim Zionis itu.Air mata rintihan mula kelihatan.Anak-anak kecil yang kelam-kabut mencari ibubapa mereka begitu juga ahli keluarga mereka.Beberapa orang askar Hamas turut terbunuh hanya dalam masa beberapa minit sahaja.Di sebalik sebuah batu besar yang berhampiran dengan sebuah bukit,di situ,seorang pemuda,Ahmed,yang tidak gentar jika nyawanya dikorbankan sekali pun,namun untuk membiarkan negaranya terus dijajah oleh si laknatullah,tidak akan sesekali dia berdiam diri.Dia melepaskan tembakan lalu berlari keluar dari sebalik batu besar itu setelah dari tadi dia memerhatikan seorang tentera zionis yang tidak menyedari kehadirannya di situ.Tembakannya tepat mengenai dada lelaki zionis itu.Lelaki zionis itu tersungkur ke tanah.Darah membuak-buak keluar dari tubuhnya.Itulah kepuasan bagi diri Ahmed!Dia melepaskan tembakan lagi,membantu rakan-rakan seperjuangannya yang rela gugur demi agama dan bangsa mereka yang sedari dulu asyik dihina dan dianjingkan oleh musuh-musuh Allah yang tidak berperikemanusiaan.Baginya tiada istilah terlambat dalam kamus hidupnya.Asalkan azam yang kuat,sudah cukup untuk dirinya menentang habis-habisan si musuh Allah itu demi maruah negaranya yang sedari 60 tahun dulu tidak pernah sesekali mencapai kemerdekaan dan ketenteraman akibat kerakusan manusia yang tidak ubah sama sekali seperti syaitan ini.Ahmed kelihatan bersemangat sekali dalam memperjuangkan tanah airnya itu.Sesekali tembakannya tepat mengenai manusia-manusia syaitan itu.Namun,bukan semuanya gugur.Ada yang masih mempunyai sisa-sisa tenaga untuk mencapai lagi senapang dan membalas balik tembakan Ahmed.Tetapi,pemuda berusia 18 tahun itu segera mengelak.Suasana di kota Khan Yunis itu berubah dalam sekelip mata sahaja.Sekarangnya,kelihatan beberapa mayat bergelimpangan di bumi yang dulunya menjadi tempat bagi kiblat semua umat manusia ini sebelum kaabah yang digantikan menjadi kiblat bagi orang-orang islam yang beriman itu sambil berlumuran darah.Suami-suami mencari isterinya,Ibu-ibu mencari anaknya.Bandar Gaza sudah dilumuri darah.Hanya dengan pertolongan Allah sahaja yang dapat mengubah segalanya.

********************

Malam yang penuh syahdu itu membuatkan hati Ahmed tenang seketika.Cukuplah walaupun seminit untuk tidak mendengar segala jenis letupan,rintihan,raungan dan kesakitan yang ditanggung oleh rakyat Palestin selama ini.Dia mengambil sekeping roti kering yang diberi oleh penderma-penderma yang memahami keadaan Negara yang dilanda badai itu sebagai mengalas perutnya.Walaubagaimanapun,manusia di sekeliling hanya mampu membantu dalam bentuk itu sahaja seperti makanan,pakaian dan keperluan asas yang lain.Selebihnya,dalam memperjuangkan nyawa,Negara mengharapkan rakyat Palestin itu sendiri yang rela dan sanggup berjuang demi tanah air mereka.Apapun,Ahmed tetap bersyukur walaupun hanya pertolongan dalam bentuk seperti ini.Sekurang-kurangnya dunia masih mengerti akan penderitaan mereka walaupun bantuan bukan dalam bentuk tenaga.Tetapi masih ada juga beberapa buah negara yang mnghantar sukarelwan perubatan bagi memberi perlindungan asas terhadap kesihatan rakyat di sini.Memang,Allah itu maha adil,DIA tidak akan menyusahkan hambanya walaupun dalam keadaan seperti ini.Pertolongan Allah itu sentiasa ada di mana-mana bagi hamba-hamba yang mempercayai kekuasaan-NYA.Ahmed menolehkan mukanya ke sudut khemah.Ibunya,Arfah dan ayahnya,Mahmoud yang keduanya sudah semakin hari semakin membimbangkan kesihatan mereka akibat penyakit dijangkiti kuman itu sedang nyenyak tidur di si sudut khemah.Walau tanpa berbantal,hanya beralaskan selimut merupakan guni,mereka tetap mensyukuri nikmat Allah walaupun hanya memberikan khemah yang tidaklah sebesar mana.Sekurang-kurangnya dapatlah mengelak dari panas terik dan hujan.Walaubagaimanapun keadaan kedua-kedua orang tuanya itu,sesekali Ahmed tidak akan mudah berputus asa dalam mempertahankan negaranya.Tidak ada apa yang boleh menghalang dirinya melainkan jika dia gugur dalam medan ketika mempertahankan negaranya.Tetapi apa yang ingin sekali yang disaksikan dalam hidupnya ialah apabila mendengar berita pada suatu hari bahawa Palestin sudah merdeka!

Semenjak dia lahir,sehinggalah dia menginjak ke umur 18 tahun sekarang,tidak pernah sekali dia melihat negaranya itu aman damai penuh kemakmuran.Yang hanya disaksikannya selama ini hanyalah pertumpahan darah,tembak-menembak,bunyi bom dan pelbagai perkara dahsyat lagi yang dianggapnya sudah menjadi seperti sesuatu yang terbiasa bagi dirinya.Dari kecil lagi,dia sudah diasuh dengan erti peperangan,perjuangan.Itulah sebabnya dia tidak rela negaranya terus dilanda kesusahan.Ayahnya,Mahmoud selalu menegaskan yang kita bukanlah pengganas,kita adalah pejuang yang membela Islam.Bukannya pengganas yang selalu dianggap oleh Negara-negara barat yang lain.Mereka berkata begitu kerana mereka mahu mencari kelemahan kita dan menghancurkan umat Islam.Orang Yahudi tidak akan pernah puas dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepada mereka.Mereka pintar-pintar belaka,tetapi menggunakan kepintaran itu dengan cara yang salah seperti menindas umat manusia,memperlekehkan agama.Kalau ditanya sesiapapun,pasti yang jawapannya adalah Yahudi,atau lebih tepat Israel,bangsa yang penuh dengan sifat kesyaitanan dan tamak haloba seakan-akan mereka mampu hidup seribu tahun lagi atau selusama-lamanya.Ahmed menarik nafas dalam-dalam.Itulah selalu yang ditekankan kepada anak muda itu.Kita bukan pengganas tapi kita lawan pengganas!Ahmed mengunyah perlahan roti kering itu,walau sekadar roti kering,baginya itu sudah satu nikmat yang cukup besar daripada tidak mempunyai makanan langsung.Selepas itu,Ahmed mendirikan solat isyak.Dengan perasaan khusyuk dan tawaduk dia mendirikan solat empat rakaat itu.Fikirannya tenang seketika.Dia berdoa setelah usai solatnya.Dalam doanya,diminta baginya segala pertolongan dan keajaiban yang dapat merubah diri dan negaranya suatu hari.Dia mendoakan agar diberi kekuatan dan tenaga bagi menentang musuh-musuh Allah itu dan mendoakan agar tidak ditutup pintu hatinya kepada Allah supaya tidak mudah berpaling dari ajaran yang mulia ini.Hanya Allah yang mengetahui perasaannya ketika itu.Tetapi,setitis air mata pun tidak ditumpahkannya.Tidak!tidak akan sesekali dia menumpahkan air mata keran kesal terhadap segala yang berlaku.Baginya,itulah salah stu cara Allah untuk menambahkan lagi keimanannya kepada AL-Khaliq.Ahmed memejamkan matanya seketika.Sesekali dia teringat akan arwah keempat-empat orang adiknya yang gugur terkorban akibat dibedil oleh bom rejim Yahudi.Khafif,Khaliq,Jannah dan Maruna,mereka masih muda untuk gugur di bumi palestin ini sebelum menikmati kesenangan.Mereka berempat tidak pernah merasai bagaimana itu suasana tenteram,aman dan pelbagai suasana indah yang lain.Mereka pergi dijemput Allah sebelum sempat menikmati kemerdekaan Negara,dia percaya,Allah lebih menyayangi adik-adiknya itu kerana itulah nyawa mereka diambil ketika usia mereka baru hendak mengenali dunia ini.Ahmed meneguk air masak yang dmasak dalam sebuah cerek kecil yang panaskan di atas kayu api di hadapan khemah itu bagi menghilangkan dahaganya.Malam itu sungguh cerah.Bintang-bintang bertaburan di langit.Malam itu juga suasana sunyi sungguh.Sesekali kedengaran bunyi orang bercakap.Mungkin suara itu datang dari khemah sebelah.Di sini,ialah kem yang ditempatkan khas untuk pelarian di sini,di Bandar Khan Yunis ini.

**********************

Tengahari itu,peperangan meletus dengan dahsyat sekali apabila tentera Zionis membedil bandar berdekatan.Tentera Hamas juga tidak ketinggalan untuk membalas semula dengan melepaskan berbagai-bagai tembakan.Ada juga yang membaling bom.Ahmed sudah mengumpul seluruh tenaganya untuk turut serta dalam peperangan hari itu.Beberapa mayat warga tempatan sudah kelihatan bergelimpangan di atas jalan raya.Setiap hari begitulah keadaannya.Mayat,darah dan segala macam perkara yang dahsyat lagi sudah menjadi suatu perkara yang mesti ditonton oleh warga disitu setiap hari.Jumlah korban meningkat dari hari ke hari dan kebanyakannya warga Palestin.Walaupun begitu,semangat seorang pejuang dalam diri Ahmed tidak pernah goyah sekalipun terdapat cubaan-cubaan yang kadang-kadang dapat melemahkan keyakinan dan keimanannya.Apapun dia tidak akan berhenti dari untuk terus berjuang dan berjuang demi tanah tumpah darahnya.Ahmed melepaskan tembakan terhadap seorang tentera yang sedang leka melepaskan tembakan kea rah lain.Namun,belum sempat dia melepaskan tembakannya itu,satu tembakan yang lain pula hinggap di tangan kirinya.Darah mengalir keluar dari tangan kirinya dengan banyak sekali.Dia mengumpulkan lagi sisa-sisa tenaga yang masih berbaki dalam dirinya.Sambil menahan kesakitan yang amat sangat,Ahmed melepaskan tembakan sebelah tangan tepat ke sasarannya.Selepas itu,Ahmed rebah tidak sedarkan diri.

*************

Ahmed membuka matanya.Kelihatan kiri kanannya wajah ayah dan ibunya beserta seorang lagi yang asing bgi dirinya.Tangan kirinya berbalut.Doktor yang merawat di sebelahnnya itu menyuruhnya mengambil banyak-banyak berehat.Tetapi Ahmed tidak akan sesekali mengikut apa yang diperkatakan doctor itu.Mana ada istilah rehat bagi seseorang pejuang selagi kemenangan tidak dicapai.Hati tidak akan tenang berehat jika kemenangan masih belum bisa digapai.Sesekali tangan kirinya yang telah dibalut itu menimbulkan bisa yang mencucuk-cucuk.Tetapi itu masih tidak cukup untuk mematahkan semangatnya daripada terus berjuang.Baginya setakat tangan yang ditembak,itu merupakan salah satu risiko untuk menjadi seorang pejuang.

*******************

Keadaan lebih teruk dalam peperangan seterusnya.Kali ini lebih ramai mangsa yang terkorban apabila tentera zionis berjaya melepaskan seratus tan ledakan bom dan hampir sembilan puluh lima peratus mengenai sasaran termasuk balai polis,pusat pentadbiran dan sebagainya.Ahmed masih tidak berputus asa dalam memperjuangkan negaranya.Sementara itu kem pelarian berdekatan telah musnah dibedil……

Ahmed longlai apabila melihatkan ibu dan ayahnya yang sudah tidak bernyawa yang sungguh berlumuran darah itu terbaring kaku di hadapannya.Kedua-dua orang tuanya itu mati ketika dibedil teruk penempatan mereka oleh tentera Zionis.Ahmed melepaskan lemah senjatanya ke tanah.Kini,dia tidak mempunyai sesiapa lagi di dunia ini,kecuali rakan sepejuangannya yang masih setia mempertahankan Negara.Air mata yang mula mengalir perlahan dikesatnya agar tidak tumpah ke tanah yang sudah dibanjiri oleh darah di sana-sini itu.Ahmed mengucup lembut buat kali yang terakhir dahi kedua-dua orang tuanya itu sambil menggenggam sebuku pasir yang digenggamnya di atas tanah dengan perasaan yang membakar sambil bersumpah”

“Akan daku berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir demi membela Negara dan ahli keluargaku yang terkorban.Aku bersumpah!”

~TAMAT~

~HASIL NUKILAN~

~SHAKIRA JOHARI~

~28 MEI 2009~

1 comment:

epul said...

Izzah Haneefa siapa n shakira jihari siapa??