Kembali Ke Pangkal Jalan :/

Reactions: 
#Assalamualaikum#

Alhamdulillah . Tengah-2 malam butaa ni ALLAH SWT membuka pintu hatiku utk kembali menjenguk blogku yang sudah bersawang-2 ni. bukaan menjenguk .. tapi masuk 'membersihkan' sekali.
Yalah.. aku sebenarnya bukannya tak bukak langsung blog aku .. tetap jugak BILA TERASA RINDU .. ececeh .. aku taip URL blog aku dekat kotak panjang atas tu dan aku tekan enter :D

Nak cerita pasal SPM ? malaslah . tahulah aku nanti (cakap besar tu !) . dah masuk alam maya ni kalau boleh aku nak lupakan pasal kehidupan realiti aku . yalah .. dah nama pun alam maya . tak sama ke dgn alam khayalan ?

apa yg aku nak bebelkan malam-2 buta ni ha ? okey . dapat ilham !
hidup ni rupanya penuh dengan warna-warni kan? korang tak rasa ke ?
aku rasalah jugak . 
kadang-2 , elok tengah happy , dapat berita sedih . pastu esok boleh ketawa dan hari seterusnya moody pulak . lepastu cool balik . ada masa angin tada baik naik ke kepala .
haihh .. macam-2 !
tapii nampak tak apa hikmah di sebalik hidup yg mcm warna traffic light tu ? (traffic light tak cukup actually . okey , warna pelangilah . baru best kan ?)


hikmahnyaa agar kita TAK MUDAH BORING dgn kehidupan nii .
korang bayangkanlah ada satu gambar pemandangan ... ada sawah , ada rumah kayu , siap berbukit-bukit dgn matahari ada smile tu ... tapi warnanya hanyalah MERAH . ya , semua warna MERAH !
borinkk tak ?
silap-2 sakit mata agaknya !
hhmm .. aku tahu korangg paham apa yang aku nak sampaikann . jadii , janganlah cepat melatah dgn 'warna-warni' kehidupan ini ..
kalau korang impikan kebahagiaan sepanjang masa , kebahagiaan tu lama-2 akan buad korang 'sakit' jugak suatu hari nanti.
samalah juga kalau korang impikan kesenangan .. kesenangan tu lama-2 akan berubah jadi 'kesempitan' pada korang jugak satu hari nanti .

Jadi , jalan yang terbaikk ?

LALUILAH HIDUP INI DENGAN PENUH SABAR, REDHA DAN TAWAKKALTU 'ALALLAH DI SAMPING KITA TERUS MENCUBA DAN BERUSAHA MEMPERBAIKI HIDUP KITA SENDIRI .

Ikhlas,
Cik Izzah Haneefa


3 comments:

ariff al-baqi said...

ceritanya ceriakan hati anda.. hehe

C'Jai said...

hidup ini memang berwarna warni..:)

zainul zaki said...

nice blog, :D
dah follow ^.^