CERPEN KARYAKU:SESUCI KASIH MUNIRAH

Munirah melepaskan keluhan.Dipicit-picit dahinya yang sedikit mencucuk itu.Tugasan perlu diselesaikan segera.Sesekali dia menguap panjang.Matanya terasa berat sekali.Hampir terkatup dibuatnya.Sudah tidak tertanggung lagi keasyikkan nafsu tidur ini.Lantas Munirah mengemaskan buku-bukunya yang berselerak di atas meja.Lalu melangkah laju keluar dari perpustakaan kampus.Suasana malam amat suram.Sesekali kedengaran bunyi burung hantu bernyanyi sana-sini menyebabkan bulu romanya sedikit naik.Tetapi terpaksa dia tempuhi juga.Dia mahu lekas pulang ke rumah,dia tidak mahu meninggalkan ibunya seorang di rumah,membuatkan hatinya bertambah gusar.Keadaan ibu semakin parah semenjak kebelakangan ini.Rambut ibu mula gugur.Sejak ibu disahkan menghidap tumour otak,hati Munirah tidak keruan,apa yang dibimbangkannya adalah kesihatan ibunya!Dia tidak mahu kehilangan ibunya,cukuplah dia kehilangan ayahnya yang tercinta pada tahun lepas kerana ayah kemalangan dalam perjalanan pulang ke rumah dari masjid.Munirah masih trauma dengan peristiwa itu.Dia terlalu merindui ayah.Ayah telah banyak berkorban untuknya selama ini.Tetapi ayah pergi belum sempat dia membalas segala jasa ayah selama ini walaupun dia tahu dia tidak akan dapat membalas jasa ayahnya itu.Fikiran Munirah,tiba-tiba teringatkan Hafiz,rakan sekampusnya.Baru siang tadi,Hafiz melafazkan perasaan cintanya terhadap Munirah.Munirah hanya terdiam.Tidak mampu berkata apa-apa.Rupa-rupanya selama ini,Hafiz menyimpan perasaan terhadapnya!Tidak disangka,Hafiz yang selama ini dianggapnya sebagai abang,menaruh hati padanya.Munirah tidak memberi reaksi.Apa yang difikirnya sekarang hanyalah kondisi ibunya!Munirah tidak mahu lalai,tidak mahu lewa dalam menjaga ibunya.Soal cinta?Biarlah ditolak ke tepi dahulu.Bagi Munirah,tiada apa yang lebih bermakna selain ibunya.

Munirah melambai-lambai menyuruh sebuah teksi yang lalu di situ berhenti.Dia mahu pulang ke rumah dengan segera.Rasa keseraman mengalir di dalam urat nadinya memandangkan malam itu sungguh sunyi sekali.Munirah menaiki teksi yang telah berhenti di situ,lalu teksi Proton Saga itu meninggalkan kawasan luar kampus.

* * * * *

“Assalamualaikum,Irah.”Satu suara menyapa Munirah ketika dia sedang asyik mengelamun di kafeteria,Munirah amat mengenali suara itu.

“Hai,awak.”Munirah membalas lembut.Hafiz yang kini di depan matanya membalas senyuman Munirah.Anak mata teruna itu seakan-akan ikhlas memandang dirinya Munirah.

“Boleh saya duduk?”

“Duduklah.”

Hafiz menarik kerusi perlahan.Dia duduk bertentangan dengan Munirah.Dilihatnya Munirah hanya diam seribu bahasa,tanpa sebarang bicara.

“Irah,kalau ada masalah,ceritalah dekat saya.Insyaallah saya akan tolong.”Hafiz mengukir senyuman kecil,tidak mahu Munirah terus diam membisu.

“Atau awak marah ke yang saya cakap saya cinta awak?”Hafiz membuat andaian.

“Irah,saya ikhlas mencintai awak.Tapi saya tidak memaksa awak.Saya akan tunggu awak sehingga hati awak terbuka untuk saya.”Begitu mendalam kata-katanya si Hafiz.Munirah mendongakkan kepalanya,memandang tepat ke anak mata Hafiz.Ah!Dia kalah apabila bertentangan mata dengan lelaki.

“Bukan Fiz,saya Cuma…”Munirah tidak dapat menyelesaikan ayatnya.Hanya tergantung begitu sahaja.

“Pasal ibu awak?”Hafiz memotong,membuat andaian.

Munirah tunduk semula.Tidak sanggup lagi ditatapnya wajah lelaki itu.

“Irah,segala apa yang berlaku,semuanya ujian,Irah kena banyak bersabar.Irah tak boleh terus menerus diam begini.Irah,Irah lupa ka?Segala bentuk ujian yang ALLAH datangkan kepada hambanya itu merupakan tanda kasih sayangnya.”Hafiz mengingatkan Munirah yang dalam keadaan tidak menentu itu.Rasa kasihan terhadap Munirah yang yatim itu menebal.Alahai Munirah!Aku mengerti perasaanmu.Janganlah dikau menyiksa diri.Buruk padahnya.Kalau kau bersedih,aku juga bersedih.

“Terima Kasih,awak.tapi,saya tak mahu kehilanagan ibu saya,dialah satu-satunya keluarga saya yang tinggal.”Munirah bersuara lembut.Tetapi tiada senyuman mengiringi kata-katanya.

“Saya akan selalu bersama awak.”Hafiz membisik perlahan.Baginya,Munirah adalah segala-galanya.

Munirah hanya melemparkan senyumnya yang muram.Dia tidak mampu berkata lagi.Beku.Jika Hafiz benar-benar menyintainya,itu haknya,Munirah tidak mempunyai hak untuk menentukan cinta seseorang.Hafiz bangun dari kerusi,meminta izin untuk beredar membeli makanan seketika.Langkah Hafiz,diperhatinya Munirah.Hafiz,bukannya aku tidak mahu menerima cintamu,tetapi,keadaan yang masih belum mengizinkan daku berperasaan demikian.Fahamilah diri ini,Hafiz.Munirah melepaskan keluhan kecil.

* * * * *

“Hai,Irah….!!!”Satu sergahan singgah di belakang Munirah.Munirah menoleh ke belakang.Kelihatan,Sara sudah tersengih-sengih di belakangnya.

“Kau ni,tak tau bagi salam ke?”Omel Munirah melihat gelagat kawan baiknya Sara itu.

“Alaaa..yelah cik Munirah,Assalamualaikum..”Sara memperli.Dia mencuit perlahan bahu Munirah.

“Haaa..camtulah..waalaikumussalam….Eh,best balik melancong?”Munirah bertanya seakan-akan benar minat.Sara tersenyum.

“Best…huh..dapat release tension.”

“Ehemm..tak ada onde-onde untuk aku ke?”Munirah menjeling.Sengaja mahu mengenakan sahabatnya yang sudah lama dikenalinya semenjak zaman persekolahan itu.

“Eleh…cukai orang je kerja kau ni yek?Adelah..mana boleh aku lupa kau,kita kan friends..hehe..”Sara mencubit comel pipi Munirah.Mereka bersenda seketika.Seketika kemudian masing-masing hanya tergelak kecil.

“Wey..aku dengar cerita,Hafiz mengaku cinta kat kau..Ehemmm..betulke?”Sara tiba-tiba mengutarakan pasal itu.Dia menjeling sindir kea rah Munirah.Munirah hanya sekadar mengangguk perlahan.Malas hendak membangkitkan kisah itu.

“Alaa..tak bestlah camni.Aku yang syok kat dia,kau pulak yang kebas.Tak adil betul!”Sara mencebik.Tidak puas hati betul!Hmmm..Tidak mengapalah.

“Irah,jangan marah,aku gurau je..aku ingat nak melawak tadi..sorry..Irah..”Sara mula perasan yang kata-katanya seperti ingin Munirah semakin jauh dari Hafiz.tapi itu memang kenyataan,Sara sudah meminati Hafiz semenjak tahun pertama lagi.Tapi,semua itu dipendamnya,kerana dia tahu yang Hafiz memang susah dimiliki.Hafiz terlalu menjaga maruahnya sebagai seorang lelaki.Hanya wanita yang bertuah sahaja yang mampu menawan hati lelaki itu.Tetapi,setakat ini,hanya Munirah yang menjadi tawanan hati Hafiz.

“tak delah,takkan aku nak marah kau kot.Aku faham kau.”Munirah mengerti akan keadaan kawannya itu.Pernah satu masa dulu,Sara menghantar surat layang yang beirsikan surat cinta kepada Hafiz.Apabila hafiz mengetahui yang Sara menghantar surat itu,Hafiz hanya buat tidak tahu sahaja.Semenjak peristiwa itu,Sara segan hendak mengejar-ngejar lelaki itu lagi.

“Habis?”

“Habis apa?”

“kau terima tak cinta dia.”Sara tersengih.Munirah menghembuskan nafas perlahan.Susah hendak dijawab.Tipu kalau dia tidak cintakan Hafiz,Hafiz bagi dirinya sudah lengkap,baik hati dan penyayang.Tetapi,untuk mengaku cinta di hadapan lelaki itu amatlah berat,kerana masih belum waktunya,Munirah harus menjaga ibunya yang sakit dahulu.Munirah tidak mahu mementingkan diri sendiri.Dia sayangkan ibunya.

“Aku tak beri jawapan lagi.”Munirah menjawab perlahan.Pandangannya dialihkan ke luar tingkap.Angin petang sesekali menampar pipi gebunya.

“Apasal kau tak bagi jawapan lagi?Rugilah..Orang dah suka tu terima jelah..”Sara membalas lantang.Terlalu rugi baginya untuk menolak cinta seorang lelaki seperti Hafiz.Seperti mendapat tuah,lalu dilepaskan pergi.

“Sara,kau tak fikir ke?Aku kena jaga ibu aku.Aku lebih sayangkan ibu aku.Manalah tenang hati aku nak bercinta sedangkan fikiranku masih di tempat lain?”Munirah mengerutkan dahi.Mengharap pengertian dari kawannya itu.

“Oh..sorry,Irah,aku lupa pasal ibu kau.Aku tak terfikir langsung,maaf ya.”sara terasa bersalah.Sepatutnya sebagai kawan baik,dia harus memberi semangat kepada kawannya itu,bukannya menambahkan lagi lukanya.Lebih-lebih lagi,sekarang ibu Munirah sudah terlantar di katil hospital,menghabiskan sisa-sisa hidupnya.Tumour ibunya Munirah sudah membesar.Amat sukar untuk diubati.

“Doktor kata ibu aku hanya bertahan dua bulan je lagi.”Kelopak mata Munirah mula bertakung.Tidak sanggup untuk melafazkan ayat yang didengarinya daripada doktor yang merawat ibunya itu dengan telinganya sendiri.Munirah mahu menghabiskan masanya dengan ibunya itu di saat-saat akhir hayatnya.Kalau tidak Munirah akan kesal dan menyesal seumur hidup.

“Astaghfirullahalazim..Ya allah,betul ke?Munirah!”Sara terkejut seketika,tidak percaya dengan apa yang didengarinya dari mulut kawannya itu.Ibu Munirah baginya,sudah dianggap seperti ibunya sendiri kerana,ibu Munirah dahulunya selalu menghantar nasi lemak ke rumahnya,ibu Munirah seorang penjual nasi lemak dan ibunya juga berkawan rapat dengan ibu Munirah.Munirah mengangguk lemah.Air matanya tidak dapat ditahan lagi,kolam mata Munirah tumpah juga akhirnya mengenang kesedihan dan tidak lama lagi dia akan menjadi yatim piatu.

“Sabar,ya,Munirah.Aku pun tak percaya semua ni.Terlalu pantas.Sabar.Banyakkan berdoa.”Sara mengurut bahu Munirah menenangkan si rakan karibnya yang sudah dianggap seperti kakanya sendiri itu.Esak tangisan Munirah kedengaran jelas.Sara juga tidak mampu menahan air mata,lalu tumpah juga.Matahari berlayar,senja berlabuh,cahaya matahari semakin menenggelam di ufuk barat.Bunyi bising luar kampus semakin berkurangan.Petang itu,air mata sahabat karib itu,senantiasanya mengalir.Sedih.

* * * * * *

Ibu semakin tenat,nafasnya turun naik,Munirah sudah membasahi separuh mukanya dengan air mata,matanya lebam akibat mengeluarkan air mata semenjak ibunya kelihatan sudah nazak benar sedari tadi.Munirah kaku tidak bersuara.Hanya esak tangisannya yang kedengaran.Tiada satu perkataan yang bisa diucapkannya ketika itu.Sara dan Hafiz juga setia berada di sisinya semenjak pagi tadi,Air mata Sara juga tidak berhenti mengalir.Sedih.Wajahnya Hafiz juga sedih melihatkan keadaan Munirah yang sudah tidak terkawal itu.Dalam nada tersekat-sekat,Munirah membacakan surah Yasin.Air matanya beberapa kali menitis di atas kitab suci Allah itu.Sara menenangkan Munirah.Dia mengurut belakang Munirah meminta rakannya itu bersabar.Munirah menggenggam tangan ibunya dengan erat.Mukanya sudah basah.Matanya sudah merah.Air matanya mengalir deras.Ibu seperti sudah nazak benar.Hafiz kemudiannya memanggil doktor,seketika kemudian,seorang doktor wanita berserta seorang jururawat masuk.Munirah bangun dari kerusi apabila doktor wanita itu sedang bertungkus-lumus menyelamatkan ibunya Munirah.Munirah hanya mampu melihat,tidak mampu berbuat apa-apa.Ibu sudah tenat benar.Sara meletakkan kepala Munirah di atas bahunya itu.Dia mengurut-urut kepala Munirah.Tangisan Munirah semakin kuat apabila melihat ibunya semakin nazak.Seketika kemudian,garis denyutan nadi di alat denyutan nadi itu,bergerak lurus.Ibu sudah tiada bernafas lagi!Doktor wanita itu tunduk menggelengkan kepala.Ibu sudah tiada!Jururawat mematikan segala alat-alat bantuan,lalu menutup mayat ibu dengan selimut perlahan-lahan.Munirah berlari mendapatkan ibunya yang sudah kaku itu.Dia mencium dahi ibunya buat kali terakhir.Sara juga mula beresak-esak.Hafiz tunduk.Hafiz memeluk perlahan,menenangkan Munirah yang seperti histeria itu

* * * * * * *

“Munirah,bagaimana sekarang ini?”Hafiz bertanyakan tentang hubungannya dengan Munirah sekarang ini.Munirah menoleh.Mengambil nafas.

“Fiz,saya bukannya tak cintakan awak,Cuma,ibu saya baru meninggalkan saya enam bulan,rasanya seperti kematian ibu baru berlaku semalam.”Munirah memandang wajah Hafiz.Dia tahu Hafiz amat mengaharapkan cintanya.Hafiz melepaskan nafas.

“Saya faham keadaan awak.”

“Tunggulah sampai kita tamat belajar nanti,Fiz.Selepas itu,kita bolehlah bincangkan hal ini.”Munirah mendekati Hafiz.Melemparkan senyuman kecil kepada teruna itu.

Hafiz membalas dengan senyuman kecil.Dia sanggup menunggu Munirah,walau berapa abad lamanya.Cintanya sekarang hanyalah pada Munirah,tiada yang lain bertakhta di hatinya.Munirah berlalu,setiap berlalunya langkah Munirah,Hafiz perhatikan.Cintanya terhadap Munirah semakin mendalam.Baginya,Munirah sudah mempunyai segala cirri-ciri yang dikehendakinya dari seorang perempuan.Hafiz mengalih pandangan.

* * * * * * *

3 tahun kemudian……

Bunyi muzik riuh sana-sini.Makcik-makcik yang menjaga di bahagian belakang,sibuk memasak,membasuh pinggan.Yang lelaki sibuk memotong daging.Ada yang menghias-hias meja tetamu.Sementara itu di bilik pengantin,

“Wahh,akhirnya,kahwin jugak kau dengan Hafiz ye.”Sara bersuara sambil membetulkan solekan pada muka Munirah.Munirah nampak ayu dalam busana songket pengantin berwarna kuning,melambangkan raja sehari.Munirah tersenyum simpul,hari bahagia datang jua akhirnya,sebentar lagi,keluarga Hafiz,rombongan pengantin lelaki tiba,mak andam,sibuk menghias-hias diri Munirah.Dipakaikannya gincu,celak,aksesori rambut.Sara selaku ‘kawan baik’juga ingin menyempil sekali.

“Eh,kau jangan usiklah..aku dah solek elok-elok ni.”Mak andam bersuara melihat telatah Sara yang dari tadi hanya meng’komplain’ solekannya.Dia mak andam,tahulah dia menyolek pengantin.

“A’ahh..kau ni,kesian mak andam.”Munirah cuba berjenaka.Sara mencebik.

“Haaa..yelah..Aku tahulah aku ni tak pandai solek..isk..isk..nak ngajuklah..”Sara memperli.Seketika kemudian mereka ketawa.Lucu agaknya.

Beberapa minit kemudian,ibu Sara masuk,wajahnya pucat,seperti sesuatu telah berlaku,dengan tergesa-gesa dia mendapatkan Munirah.
”Ira,Ira kena banyak bersabar ya…”Ibu Sara bercakap tergesa-gesa.raut wajah Munirah berubah.

“Kenapa makcik?”

“Hafiz,kemalangan,dia meninggal….”

Bagai halilintar menyambar.Segala istana impian berkecai..Hari persandinagn menjadi hari kematian bagi suaminya yang baru diijabkabulkan dengannya pagi tadi.Bunga yang dipegang Munirah terlepas ke lantai.Sara kaget.wajahnya pucat.mak andam mengucap panjang.Munirah berdiri,langkahnya perlahan.Mengapa kejutan begini terus-menerus menerjah hidupnya?Beberapa langkah perlahan,Munirah rebah ke lantai dengan lemahnya yang mana di dalam dirinya sudah tertanggung terlalu banyak penderitaan.

~Tamat~

~Hasil nukilan~

~Shakira Johari~

~30 Jun 2009~