CERPEN KARYAKU:KISAH SI PENGGALI KUBUR

Reactions: 

Tengahari itu terik sekali.Sesekali karma cahaya menyegat kulit.Cahaya mentari

memancar-mancar sana sini.Aku melepaskan pandangan.Nasib baiklah aku berada

di dalam kereta.Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah,negeri jelapang padi,mengambil

masa lima jam lamanya.Sesekali,kebosanan memandu menerjah diri.Rasa malas hendak

meneruskan perjalanan yang agak jauh ini.Aku hanya perlu memberi perhatian kepada

pemanduanku sahaja.Waktu tiba,insyaallah,dalam masa terdekat lagi.Sesekali aku bersiul

nyaring di dalam kereta.Menghilangkan kebosanan yang mengisi kirmizi hati ini.Setelah

memandu tanpa henti selama empat jam di dalam kereta yang agak kecil ini,pinggangku

berasa bagai ditusuk-tusuk.Di kala pinggangku semakin tidak tertanggung lagi,aku

banyak kali membetulkan kedudukan kerusi pemandu.

“Aduh!Jauh benar.”Ku mengeluh dalam hati sendirian.Hasratku untuk menziarahi ibu

angkatku,yang sudah terpisah denganku sejak setengah dekad lalu mesti diteruskan juga.

Aku berazam mahu berjumpa dengan wanita yang banyak berjasa terhadapku itu.Dialah

yang memberi aku makan,minum dan kasih-sayang semenjak aku lahir lagi kerana aku

dilahirkan dalam keadaan yatim dan kata ibu angkatku,aku menjadi yatim piatu

sepenuhnya ketika usiaku mencecah enam bulan,ibu kandungku meninggalkanku di

dunia yang penuh dugaan ini.Pergi menghadap Maha Pencipta.Semenjak itu,ibu angkatku

yang daku panggilnya emak itulah yang menjaga dan merawatku disusuli dengan kasih-

sayangnya yang tiada berbelah bahagi terhadapku dengan anak kandungnya itu.Lima

tahun lepas,aku berhijrah ke Kuala Lumpur dan telefon bimbit pertamaku yang dibawa

bersamaku ketika itu,dicuri dan ibu angkatku juga berhijrah ke kampung lain.Semenjak

itu,aku terputus hubungan dengan ibu angkatku yang lebih mesra ku panggil mama itu.

* * * * * * * * * *

Akhirnya,keretaku memasuki perkampungan nelayan di mana tempat tinggalnya mama

kesayanganku sekarang.Angin laut menderu-deru memasuki ruang tingkap keretaku

yang sedari tadi tidak bertutup itu.Aku mengeluarkan sehelai kertas kecil,di dalamnya,

tercatat alamat tempat tinggal mama.Sesekali,angin laut menampar pipi.Keretaku

bergerak perlahan.Memang sengaja aku memperlahankan kelajuannya.Maklumlah,

kawasan kampung,lagipun,bukan selalu berkunjung ke sini,tidak mengapalah kalau

sengaja dilambat-lambatkan.Kelihatan,bot-bot nelayan tersadai di pinggir pantai.

Cahaya matahari semakin mengufuk ke barat bertentangan timur dan sedikit

Kemerah-merahan.Suara kanak-kanak berlarian di pantai,sungguh tenang!Di Kuala

Lumpur,semangnya jauh beza dengan arus pembangunan bercampur teknologinya

yang agak pesat.Berbanding dengan kampung nelayan ini.Langit dengan bumi!

Aku membelok ke kanan,mengikut alamat yang tertulis,di simpang itu,terletaknya

sebuah kawasan perkuburan.Mungkin untuk penduduk perkampungan nelayan ini.

Aku melalui jalan itu,ketika melintasi kawasan perkuburan yang bersih seolah-olah

dijaga dengan rapi!Kelihatan,seorang warga emas,tangan dan mukanya sudah berkedut

seribu,sedikit terketar-ketar.Peluh membasahinya.Di bahunya,tersidai kemas sebilah

cangkul yang mana tidak patut seorang tua dan kelihatan uzur sepertinya memikul benda

itu.Sesekali kelihatan batuk-batuk kecil warga emas itu.Dia mengurut dadanya yang

sesak.Kakinya yang kelihatan lemah itu dipaksa berjalan.Aku mula menimbulkan

perasaan kasihan.Pak cik tua itu,melepaskan lelah lalu duduk di bawah sebuah pohon

binjai yang terletak di luar kawasan kubur itu.Aku memperlahankan kelajuan kereta yang

sedari tadi memang sudah agak perlahan itu.Terfikir daku seketika,mengapa warga tua

yang kelihatan sudah uzur benar ini sepatutnya melakukan kerja menggali kubur

yang semangnya tidak bertepatan dengan usia emasnya itu?Apa tiada lagikah anak

muda lain yang sukarela menjadi penggali kubur di kampung ini?Apa,pak cik itu tidak

mempunyai keluargakah?Sehingga bekerja keras sebegini?Segala persoalan di benak

fikiranku dipaparkan dalam kotak ingatanku.Mahu sahaja aku bertanya pakcik itu,dimana

anak-anak pakcik?Mengapa pakcik harus bekerja seperti sekeras ini?Namun,soalan-

soalan itu,ku biarkan sahaja dibawa lalu oleh angin petang.Tiada terkatup lagi memori

tentang persoalan yang menjadi tanda Tanya yang berlegar bermain rancak di dalam

kepalaku.Seketika kemudian,kereta Proton Persona yang dipandu aku sekarang ini,

tiba di sebuah halaman rumah,sebuah rumah kampung,yang mana seakan bercirikan

unsure-unsur kesenian melayu ini.Enjin kereta,dimatikan.Aku memulakan langkah

keluar,Ku lihat,mama sudah terpacak di didepan pintu,senyuman gembira meleret

di wajah tuanya.Air mata kerinduan tumpah ke pipinya.Lantas aku memeluk mama

dengan penuh perasaan rindu-mama yang telah banyak berjasa selama ini.

“Lan,apa khabar?Mama rindukan Lan!”Mama mengurut-urut perlahan belakangku.

Mama kelihatan rindu benar denganku.-Anak angkat yang diasuhnya semenjak kecil

Lagi.

“Lan sihat mama,alhamdulillah.Mama?”Aku mengawal emosi,tidak mahu walau

setitik air mataku mencemar petang yang penuh dengan kerinduan ini.

“Mama sihat,Lan masuklah.”Mama mengangkat sedikit barang-barangku lalu membawa

masuk ke dalam.Aku menuruti mama.Sempat lagi aku menoleh ke belakang.Ku lihat,

Pak cik tua yang ku terlihat di kawasan perkuburan tadi sedang berjalan pulang agaknya.

Laju juga kaki warga emas ini melangkah,walau kelihatan tidak kuat mana.Tetapi,

dari riak wajahnya,kelihatan sungguh bersih sekali,dan wajahnya seakan-akan

disinari cahaya nur.Aku tersenyum lagi sebelum masuk ke dalam rumah.Kalau

berkesempatan,hendak aku berjumpa dengan pakcik itu.Sengaja mahu berkenal

-kenalan dengan warga emas yang kelihatannya rajin melakukan kerja-kerja amal

ini.Ku lihat pakcik itu pula seakan menyedari mataku yang sedari tadi terhadap

dirinya lalu menguntumkan senyuman yang menmpakkan giginya yang masih

tersusun rapi itu.Aku membalas senyumannya lalu terus masuk ke rumah.Tidak

mahu disedari lagi oleh pakcik itu.

* * * * * * * * *

“Fikri mana mama?Dari siang tadi Lan tak nampak kelibat dia pun?”Aku menanyakan

soal tentang adik angkat aku,yang semestinya anak kandung mama!Walaupun begitu,

aku sudah menganggap mereka seperti keluargaku sendiri.

“Ohh..Fikri biasanya balik malam,maklumlah,dia kan jaga kedai arwah suami mama.”

Baru aku teringat akan pekerjaan Fikri yang memrlukan dirinya,siang dan malam,

menjaga kedai arwah suami mama,ayah kandungnya.Fikri memang seorang pemuda

yang rajin sedari dulu lagi.

“Ohhh..Urmmmmm..mama?”

“Ya?”

“Siapa pakcik yang jaga kubur tu.Macam dah tua benar je Lan tengok.Kesiankan?”

Fikiranku tiba-tiba teringatkan pula tentang pakcik yang kulihat siang tadi itu.Lantas

Aku bertanya mama.Mungkin mama lebih tahu.Seketika kemudian,mama mengambil

Beberapa saat untuk menjawab soalanku.

“Dia tukang gali kubur dekat sini.Orang kampung kata,dia bekas kaki botol dan kaki

perempuan,dulu dia ada empat orang isteri,Tapi semuanya diceraikan kerana tidak

mampu membayar nafkah.Anak dia ada empat orang.Yang entah kemana sekarang ni.”.

Mama terhenti setakat itu.Dalam hatiku berkata,mustahil.Wajahnya yang seakan-akan

Dilimpahi nur rahmat,tidak menujukkan yang dia seorang bekas pemaksiat!

“Semua orang kampung pandang serong dan selalu merendah-rendahkan dia.”Mama

Menyambung lagi.

“Dan sampai sekarang,walaupun dia sudah bertaubat dan menjadi penggali kubur

Sekarang ini.Hidupnya sebatang kara,tiada siapa peduli.”Mama menyambung lagi

Dengan panjangnya.Suapan nasi ke mulutku terhenti.Simpatinya hati ini terhadap

Warga emas itu menebal.Sesekali aku berfikir.Apa hak manusia yang boleh menilai

Sesama sendiri?Hanya ALLAH yang berhak menilai.Sedangkan ALLAH

Mengampunkan hamba-hambanya.Inikan pula manusia!Aku menggertak.Mengambil

Keputusan untuk berjumpa dengan warga emas itu esok.Ku sudahi suapanku.Mama tidak

Membenarkan aku membasuh atau membuat sebrang kerja.Mama buat segala-galanya.

Aku masuk ke bilik.Menyiapkan diri untuk perjalanan yang seterusnya,Tidur!

* * * * *

Pagi itu,hening sekali,selepas bersolat subuh di masjid,aku berjalan kaki pulang ke

Rumah.Pada waktu-waktu begini,mama tiada di rumah,tetapi di kebun.Mama

Selalu mebersihkan kebun pisang yang agak luas peninggalan arwah suami mama itu.

Aku menoleh ke kanan,ketika melintasi kawasan kubur semalam.Kulihat,pakcik tua itu

membuka pagar kawasan perkuburan lalu memasukinya.Aku menurutinya dari belakang.

“Assalamualaikum,pakcik.”Aku menyapa.Pakcik itu yang sedang meneguk air di dalam

Termos,terbehenti seketika.Sesekali dia batuk kecil.

“Waalaikumussalam.Anak ni dari mana?”Pakcik itu bersuara lembut.Menampakkan cirri

Yang dia orang baik-baik.Aku tersenyum.

“Dari Kuala Lumpur.Datang sini nak ziarah mak.Pak cik dah lama tinggal sini?”

Aku cuba menjawab ramah.Seraya kemudian,pakcik tua itu mengajak aku duduk di

Pondok wakaf yang disediakan di kawasan perkuburan itu.

“Pakcik dah lama tinggal sini,dari pakcik umur dua puluh-an lagi.Sekarang pakcik

dah masuk enam puluh.”Pakcik tua itu menjawab dengan ramah.Sudah lama jugalah

pakcik ni menjadi anak jati kampung ni.

“Pakcik tinggal dengan siapa?”

“Pakcik seorang sahaja.”Pakcik itu berubah mukanya.Kelihatan sayu.

“Anak-anak pakcik tak jenguk pakcik ke?”

“Takkan mungkin mereka ingat pakcik.Pakcik dah banyak buat dosa kat diorang.”

Pakcik menjawab sayup.Suaranya tersekat-sekat.

“Kenapa pakcik cakap macamtu?”Aku cuba mencungkil cerita.

Pakcik mengambil nafas seketika.Batuk-batuk kecil mula kedengaran.Seperti sesuatu

Yang menyedihkan bakal diceritakannya.

“Kalau kamu tanya penduduk lama kampung ni,kamu akan tahu sendiri kisah pakcik.”

Pakcik berusia enam puluh tahun itu tunduk.Tidak kelihatan wajahnya.Menahan sedih.

“Saya mahu dengar dari pakcik sendiri.”Aku bersuara lembut seakan anak terhadap

Ayahnya.Pakcik mengambil nafas sekali lagi.Mengambil beberapa saat untuk

Menenangkan fikiran tuanya.

“Pakcik dulu,bukanlah seperti sekarang ni,pakcik suka melakukan kemaksiatan,

Pakcik selalu mabuk,pakcik tak pernah mengingat dosa pahala.”Pakcik terhenti.

Suaranya hiba sekali.Benarlah apa yang dikatakan mama.

“Pakcik ada empat orang isteri dulunya,tetapi semua diceraikan.Pakcik tak mampu

Nak bayar nafkah,pakcik berhutang keliling pinggang.Duit habis berjudi.”

Manik jernih mula bertakung di kelopak mata tuanya itu.Sedih mengenang peristiwa

Lalu.Aku hanya mampu bersimpati.

“Orang kampung pandang serong kat pakcik.Lepas pakcik masuk penjara,sepuluh

Tahun,bila keluar,orang kampung masih memandang yang sama terhadap pakcik.

Seolah-olah tiada peluang untuk pakcik berubah.Mujurlah,pak imam memberikan

Pakcik tugas menggalikan kubur ni.Sekurang-kurangnya ada yang masih menaruh

Kepercayaan terhadap pakcik.Tapi masa itu,pakcik terumbang-ambing,tiada siapa

Yang boleh pakcik harapkan untuk pakcik berubah.Anak-anak pakcik semuanya

Sudah lari.Pakcik hanya sebatang kara masa itu sampailah sekarang dan masih pakcik

dipandang sebagai jahat di kampung ini.”Pakcik menceritakan panjang lebar.Aku

diam tanpa sebrang kata.Sayunya.Ku lihat air mata orang tua itu mula menitis,lantas

dilapnya dengan lengan bajunya yang ke paras siku itu.Hiba benar dirinya.

“Bila difikirkan kembali,semua dosa pakcik,biarlah pakcik disini sahaja,menjaga

Kawasan perkuburan ini agar tidak berserabut.Sekurang-kurangya ini tidak akan

Melupakan pakcik terhadap kematian.”Pakcik menyambung lagi.Matanya melilau

Memandang setiap satu batu nisan yang terpacak di kawasan kuburan itu.Hari semakin

Cerah.Beberapa mata yang lalu lalang memerhatikan aku dan pakcik sedang duduk di

Bawah pokok binjai kawasan perkuburan itu.Tidak kurang ada yang berbisik-bisik

apabila terpandang kami.Aku sekadar membiarkan.Biarlah apa mereka mahu kata.

bukan mereka yang menentukan hidupku.Ku lihat pakcik tenang semula setelah

mengeluarkan air mata kehibaan sebentar tadi.Aku menepuk-nepuk perlahan bahu

warga tua itu perlahan,menyuruhnya bersabar atas setiap ujian.Tanda Allah

menyayangi hambanya.Pakcik tua itu tenang seketika.Dia tersenyum ke arahku.

“Nama anak ni siapa?”Oh,ya!Aku terlupa pula hendak mengenalkan diriku kepadanya.

Setelah berbual panjang tadi,baru pakcik itu menanyakan namaku.

“Saya Azlan,panggil Lan je.Saya duduk Kuala Lumpur.”Aku menjawab spontan.

Ku tatap wajah tua itu lagi.Dia memandangku seperti seorang ayah.

“Oh..Pakcik,Mahmood.Panggil pakcik jelah.”Orang tua itu sudah menunjukkan

tanda hilang kesedihannya.Seketika kemudian,kedengaran orang tua itu batuk-batuk,

seperti parah juga kelihatannya.Melihatkan keadaan itu,Aku bersuara.

“Pakcik tak ada apa-apa?Batuk pakcik ni macam parah je.”Dahiku mula berkerut.

Risau akan keadaan pakcik itu yang batuknya semakin kuat.

“Taak..ada apa-apa.Jangan risau.Biasalah,orang tua.”Pakcik batuk dengan kuat sekali

hendak menghilangkan kerisauan hatiku.

“Betul,pakcik?”Aku menaikkan muka serius.

“Betul.”Pakcik menjawab seolah-olah tiada apa-apa.Kasihan benar dengan orang tua ni.

Tika selepas itu,batuk pakcik semakin menjadi-jadi sehingga berdarah!Aku tidak boleh

mendiamkan diri lagi.Aku patut menghantar orang tua ini ke hospital.Tetapi dihalang.

“Jangan,nak.Biarjelah pakcik.Pakcik tak mahu ke hospital.”Pakcik tua itu bersuara

Tersekat-sekat.

“Pakcik sakit apa, pakcik?”

“Tak ada apa-apa.Biasalah orang tua.”Pakcik membidas menghilangkan gusar di hatiku

Yang kian terbuku.Aku mula mengesyak sesuatu terhadap pakcik melalui keadaannya

Dan batuknya yang agak teruk juga hingga berdarah itu.Tetapi pakcik tidak mahu ke

Hospital.Aku tidak mampu berbuat apa-apa.

* * * * * *

Sudah dua hari aku di kampung.Patutnya hari ini,tiba masa aku pulang ke rumah.

Cutiku,tidaklah panjang.Setelah usai segalanya,aku memulakan perjalanan.Usai lalu

di persimpangan,di kawasan kubur,ku lihat,orang ramai sedang mengelilingi kawasan

perkuburan.Seperti ada sesuatu yang berlaku.Tidak mungkin ada jenazah yang hendak di

kebumikan kerana sudah tentu mama akan memberitahu kalau ada berlaku sesuatu

kematian di kampung itu.Perasaanku seperti semacam.Aku turun dari kereta,untuk

melihat perkara yang sebenar.Aku mencelah di celahan orang ramai yang sedang

berkerumun itu.Ya Allah!Pakcik meninggal!Aku terpana,lebih-lebih lagi,pakcik

meninggal dalam keadaan sedang sujud ketika solat!Aku tertujah belakang ke

pokok seketika.Baru semalam aku berbual dengan orang tua itu.Aku menepuk-nepuk

dahi.Sungguh mulia orang tua itu disisi ALLAH sehingga diberi penghormatan

meninggal di dalam keadaan sebegitu rupa walaupun sebelum ini dia adalah

seorang pemaksiat!Ya ALLAH,sungguh besar kurniamu,sungguh besar pengampunan

mu,Ya ALLAH!Walaupun sebelum ini,dia dipandang rendah oleh masyarakat.Rupa

-rupanya darjatnya tinggi di sisi ALLAH!Orang yang memandang rendah terhadapnya

Yang kononnya mulia belum tentu tinggi nilainya di sisi ALLAH dan belum tentu

Akan mendapat balasan sebegini.Aku mengucap panjang.Sedih dan kagum dengan

Kerahmatan ini.Orang ramai yang berkerumun mula mengucap apabila melihat keadaan

pakcik yang seakan sujud itu.Masing-masing hanya menggelengkan kepala.

~Tamat~

~29.6.2009~

Hasil karya

Shakira Johari

5 comments:

Org Ganu said...

salam ziarah dik..
nice story..
adaptasi dari drama ek?
best plak bce dalam btk cerpen..

shakirasweetgirl said...

haha..tengkiu kak..
akak org ptame yg komen dlm blog sye..
slama ni orang komen sye sume dlm myspace..

citer ni??sume dri idea..
macam nak pecah kpala pkir..

Org Ganu said...

wahh bangganya jd 1st person..
hehe go on writing k..
akak tahu adik bleh jd penulis yg bagus one day
ntah2 siap bleh wat novel lg..=)

shakirasweetgirl said...

amin..tengs kak

.:farah:. said...

waa..
hbat la adik neh..
hehe..
best sgt cite neh..