***************************
Setelah pulang dari ladang kurma,aku dan ayahku meneruskan perjalanan ke masjid Quba.Tidak sah jika singgah ke Madinah tetapi tidak berhenti di masjid pertama yang dibina oleh orang Islam setelah Rasulullah S.A.W berhijrah dari Mekah ke Madinah ini.Aku saksikan masjid ini bangunannya berwarna putih dan di dalamnya terdapat atap yang boleh ditutup dan dibuka.Aku kagum sungguh dengan teknolgi masjid yang dibina di atas dasar taqwa ini sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran,surah At-taubah ayat 108 dan 109.Menurut ayah,fadhilat mengerjakan solat di dalam masjid Quba ini bersamaan dengan fadhilat orang yang mengerjakan umrah.Rasulullah sendiri beribadah dan bersolat di masjid ini selama 20 malam selepas Hijrah.Ketika aku leka mendengar sejarah masjid Quba ini dari mulut ayahku sendiri,azan zohor berkumandang.Aku dan ayahku segera mengambil wuduk untuk menunaikan solat zohor berjemaah bersama imam.Ketika aku mengambil wuduk di bahagian perempuan,aku terlihat akan seorang wanita yang mirip ibuku atau bekas isteri ayahku.Aku segera mengejar wanita itu,tetapi tidak dapat ku mengejarnya kerana dia telah keluar dari tempat wuduk itu lebih awal.Di luar perkarangan masjid juga tidak aku kelihatan wanita yang mirip ibuku tadi.Mungkin aku silap orang atau khayalanku sahaja.Lama-lama aku melupakan sahaja peristiwa tadi dan menunaikan solat berjemaah bersama-sama imam seperti biasa.Moga-moga aku mendapat fadhilat ibarat menunaikan ibadah umrah yang telah dinyatakan dalam sabda rasulullah S.A.W.Wallahualam.
*********************
Setelah kepenatan mengelilingi atau melawati kawasan bersejarah di Madinah seperti Bukit Uhud,Masjid Qiblatain dan sebagainya,aku dan ayah pulang ke rumah ayahku dalam keadaan keletihan taetapi masing-masing seronok terutamanya aku kerana inilah pertama kalinya pengalaman yang indah kurasai seperti ini.Tiba sahaja di rumah.Aku terus melelapkan mataku kerana badanku keletihan yang amat.Sebelum tidur ayahku sempat memberitahu bahawa besok dia mempunyai urusan di ladang kurma.Aku mengambil peluang ini untuk meminta keizinannya untu berjalan-jalan di sekitar kawasan berdekatan.Nampak gayanya ayahku tidak mempunyai sebarang masalah.Aku berasa begitu gembira sekali apabila ayahku menyatakan keizinannya.Aku mahu menyediakan wang yang secukupnya untuk berbelanja esok memandangkan aku teringin sangat hendak membeli jubah-jubah yang terdapat di sini.Katanya,jubah di sini memang cantik-cantik belaka dan harganya murah lagi.Malam itu aku tidur dengan nyenyaknya bertemakan malam di kota Madinah.
**********************
Keesokan harinya,aku bangun apabila dikejutkan oleh deringan jam loceng yang bunyinya boleh tahan juga kuatnya lalu bersembahyang subuh berjemaah bersama-sama ayahku.Setelah itu,kami bersarapan bersama-sama sambil menonton televisyen kecil yang disediakan khas untuk tontonan di dapur.”Kat sini,tak makan nasi,orang Arab makan roti.Nah,roti inti kurma yang ayah buat sendiri ni.”Ayahku menghulurkan sepinggan yang terdapat 2 keping roti yang sepertinya kelihatan besar juga.Entah bila ayahku menyiapkan roti itu,aku tidak perasan.Kami berdua diam seribu bahasa pada pagi yang agak cerah itu.Tiada topic yang hendak dibincangkan.Mataku menonton tepat kea rah televisyen yang sedang menyiarkan rancangan keagamaan yang menggunakan bahasa Arab itu.Walaup satu patah perkataan pun tidak dapat kufahami.Yang hanya ku lihat bibir si penceramah sahaja yang bergerak-gerak.Tetapi setiap butir yang diperkatakannnya itu mungkin mengandungi nasihat.Ayahku memberitahu serba sedikit tentang apa yang sedang diperkatakan oleh si penceramah itu bagi mengelakkan kami berdua terus bungkam membisu.Aku sekadar mengiakan sahaja.Aku mati akal pagi itu.Tidak tahu apa yang harus diperkatakan.Kata ayahku si penceramah itu s sedang bercerita tentang taqwa dalam definisi islam.Aku sekadar mengangguk benar sahaja.Seketika kemudian,ayahku hendak berangkat ke ladang.Aku bersalaman dengan ayahku sebelum ayahku berangkat ke sana.Sempat lagi aku meminta izin sekali lagi dari ayah bagi membenarkan aku keluar sebentar lagi.Nampaknya ayahku masih tidak keberatan.”Ooo..patutlah dari tadi diam je,rupenye tak sabar nak shopping ye..?”Ayahku mengusikku yang sedari tadi hanya diam.”Eh,mana ada ayah!Ayah ni mengarut je,Sal diam sebab tak de ape nak dicakapkan,kan lebih baik berdiam diri daripada bercakap tentang perkara yang tak berfaedah?”Aku tersenyum sendirian.Berjaya juga ayah membuatku bercakap.Setelah van milik ayahku beredar dari perkarangan rumah.Aku lantas masuk ke dalam semula membersihkan meja makan,membasuh pinggan,cawan dan membuat perkara yang sepatutnya.Lepas ni aku mahu ke kedai hadapan untuk membeli jubah.Tidaklah mahal sangat.Harga sehelai jubah yang dapat aku kesan semalam di kedai berhampiran rumah aku adalah dalam 30 Riyal.Matawang Riyal tak jauh bezanya dengan matawang Ringgit Malaysia.Setelah mandi,menyiapkan diri,aku berjalan kaki ke kedai yang berhampiran.
*******************
Setelah tawar menawar dengan pekerja kedai,dapatlah potongan sedikit terhadap jubah yang bermanikkan kilauan batu permata yang semestinya bukan asli itu.Aku sengaja menggunakan duitku sendiri.Aku tahu,kalau aku menggunakan duit bapaku,kemungkinan stu kedai ini punya baju aku mampu membelinya.Tetapi bagiku,duit ayahku,duit ayahku,duit aku,duitku.Aku mahu sedaya upaya belajar berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan pertolongan sesiapa.Aku ingin menjadikan ayah sebagai rolemodel dalam membina kejayann sepertimana ayahku sekarang yang mempunyai perniagaan di persada antarabangsa.Aku tersenyum sendirian apabila tiba di kedai koleksi aksesori pakaian wanita yang terdapat di kedai sebelah aku membeli jubah sebentar tadi.Ketika leka membelek gelang tangan buatan Iran yang berwarna merah hati itu,sekali lagi aku terpandang akan wanita yang mirip ibuku itu.Aku menghampiri wanita yang mirip ibuku itu yang sedang membelek-belek jubah di kedai sebelah.Memang sah itu ibu!Aku memberi salam,wanita itu menoleh.”Salwa,buat apa kat sini?”Ibu aku itu bersuara seakan terkejut terhadapku.”Salwa ikut ayah.Ibu buat apa kat sini?”Aku tidak dapat melepaskan rindu aku terhadap ibu lalu aku memeluk wanita yang dalam lingkungan 40-an itu.Titisan air mata mula bertakung di kelopak mataku begitu juga ibu.Kami melepaskan rindu kerana sudah lama tidak berjumpa semenjak ayah menceraikan ibu setahun lepas dan ibu pergi membawa diri tanpa berita.”Ibu datang sini sebab ibu tengah mengerjakan umrah.Ayah sihat?”Ibu aku bersuara tersedu-sedan menahan air mata gembira.Sempat lagi dia bertanyakan tentang ayah.”Ayah sihat, bu.Ibu,ibu tak nak balik lagi ke?Sal nak tengok ibu dengan ayah bersama balik.”Aku juga bercakap dalam keadaan yang tersedu-sedan.Sempat juga aku mempertikaikan hubungan mereka.Ibu kelihatan tunduk ke bawah.Mukanya kelihatan serba salah ”Tak mungkin,Sal.”Ibu bersuara perlahan.”Kenapa.bu?”Aku meninggikan sedikit suaraku.Aku kecewa apabila ibu berkata begitu.”Ayah,tak saying ibu lagi.”Ibu masih bersuara perlahan.”Ayah ada perempuan lain.”Ibu aku kelihatan mengalirkan air mata laju semula.”Ibu,itu tak betul,bu.Kenapa ibu cepat sangat percaya?’Aku memulakan drama di hadapan kedai menjual jubah itu.Kami sudah mula mencuri perhatian beberapa orang.Aku lari dari hadapan kedai itu.Rasa sakit hati terhadap ibu mencengkam-cengkam.Kenapa ibu tak boleh memahami perasaanku?Ibu sepatutnya faham yang aku ini masih remaja dan memerlukan kasih seorang ibu tapi bukan dengan cara berjauhan.Alangkan orang dewasa pun membutuhkan kasih seorang ibu.Aku berlari anak meninggalkan ibu.Kulihat ibu masih dengan wajah sayupnya itu.Alahai ibu,kalaulah kau dapat mengerti perasaanku ketika itu!
******************
Malam itu tidak banyak yang dibualkan antara aku dengan ayah.Kepalaku masih terngiang-ngiang akan peristiwa siang tadi.Aku seperti rasanya hendak memberitahu ayah atau tidak?Aku takut kalau ayah akan terkejut.Jika dia mengetahui aku bertembung dengan ibu siang tadi.Aku memberanikan diri untuk memberitahu ayah.”Ayah,ayah sayang ibu lagi tak?Aku mula bertanya dengan perasaan bercampur baur.Ayahku kelihatan tersentak seketika.”Kenapa?”
“Ayah jawab aje.”
“Sememangnya ayah masih sayangkan ibu kamu.Tapi,ibu kamu belum tentu masih mencintai ayah.Kenapa?”
“Sal jumpa ibu siang tadi.”
Ayahku menoleh dengan pandangan tajam ke arahku seakan terkejut dengan penyatannku.
“Sal jumpa ibu kat mana?”
“Masa beli jubah tadi.”
Mimik wajah ayahku berubah seketika.Aku tahu yang ayah masih sayangkan ibu.Ibu mudah sangat terpedaya dengan fitnah orang yang dahulunya mengatakan bahawa ayah mempunyai perempuan simpanan lain.Ayah tanpa bicara masuk ke biliknya lalu mengunci pintu tidak mahu diganggu.Serentak itu aku mendapat satu akal.

************
“Sal nak bawak ibu kemana ni?”Ibuku bersuara hairan apabila aku menutup matanya dengan sehelai kain hitam sejak dari dari dalam kereta mula perjalanan sehinggalah tiba di tempat ini.”hshhh….ibu tengok aje lepas ni.”Aku tersenyum.Plan kali ni mesti jadi punyalah.”Sal jangan main-main dengan ibu.Cepat Sal,Kat mana Sal bawak ibu ni?”Ibuku semakin gabra dengan situasi ini.Aku menarik kerusi meja makan di restoran yang aku sedang berada kini dan membawa ibu duduk.Perlahan-lahan aku membuka kain penutup mata ibu.Ketika telah dibuka,ibu terpana seketika kerana yang sedang duduk bertentangan dengannya sekarang ialah Ayah!
“Apa khabar,Hada?”Ayah memulakan bicara romantik.Serentak tidak mahu mengganggu mereka berdua,aku menyorok di balik tirai yang berdekatan dengan meja yang ibu dan ayah sedang duduki di restoran yang kuanggap sebagai lima bintang itu.Tetapi aku masih boleh mendengar setiap percakapan mereka.
“Kenapa abang cari Hada lagi?”Ibu bersuara lantang seakan tidak senang dengan pertemuan yang telah diaturkan sendiri oleh aku dan ayah itu.
“Hada,please.Hada,jangan begini Hada,Hada tak kesian ke kat Salwa.Dia nak tengok kita bersama semula.”Ayah mengatur bicara disertakan dengan perasaan yang bercelaru.
Dibalik tirai,aku sudah tidak sanggup mendengar semua percakapan mereka.Aku merasakan yang aku tiada harapan untuk menyatukan ibu dan ayah semula.Aku berlari keluar restoran menuju ke masjid Qiblatain yang berdekatan hanya beberapa meter dari restoran.Aku menangis sepuas-puasnya ketika melaksanakan solat sunat dua rakaat di dalam masjid itu.Kurasakan yang ibu dan ayahku sudah tidak mempedulikan perasaanku.Mereka begitu ego terhadap diri sendiri.Segalanya kuluahkan dalam doaku.Aku memomohon petunjuk ALLAH-AZZAWAJALLA supaya sentiasa membuka pintu hati ayah dan ibuku untuk bersama semula.Ku mohon kepada ALLAH bahawa aku inginkan kebahagiaan sepertimana remaja lain yang masih ibu bapa mereka bersekedudukan.Aku menitiskan air mata.Tiada tolak ansurkah demi diriku?
Setelah hampir 40 minit aku berada di masjid itu menghabiskan masa mengaduh nasib kepada maha pencipta,berwirid dan membaca Al-Quran.Tepukan lembut kurasai menyapa bahuku”Kenapa Sal lari?”Rupa-rupanya ibu yang menepuk bahuku.
“Ibu,ibu pergilah.Pergilah kemana-mana ibu nak pergi.Ibu dah tak sayangkan Sal lagi.”Aku menangis teresak-esak seakan anak kecil.”Apa Sal cakap ni?Ibu sayang Sal.Ibu takkan kecewakan Sal.”Ibu tersenyum memujuk diriku yang seakan keanak-anakan.
“Tapi…”
“Sal,mari,ikut ibu jumpa ayah.”
Aku masih belum sempat menghabiskan ayat.Aku terkejut apabila ibu menyatakan jumpa ayah.Aku segera melipat telekung bersama sejadah dan menuruti ibu dari belakang.Di bawah,ayah sudah menunggu.
“Kenapa Sal lari?Puas ibu dengan ayah cari Sal,rupanya kat masjid.”Ayah memeluk bahuku.
“Ayah dengan ibu tak sayang Sal.Kenapa cari Sal lagi?lagipun Ibu dengan ayah bukannya nak bersama lagi.”Aku menitiskan air mata perlahan,melihat reaksi ibu dan ayah.
“Sapa kata kami tak sayang Sal?and sapa kata kami nak berpisah semula?”
Aku mengangkat muka membeliakkan biji mata.
“so,ibu dengan ayah nak rujuk balik?”Aku bersuara tergesa-gesa menunggu jawapan dari mereka berdua.
“Demi kasih sayang kami kepada Salwa,kami sanggup melakukan apa saja.”
Aku seakan terpana dengan ucapan ibu itu.Di hadapan masjid Qiblatain ini telah mengukir sejarah penyatuan semula antara ibu dan ayahku.Ku mengucapkan syukur kpada Allah.Ya Allah sesungguhnya bumi Madinah ini banyak bertuahnya!Aku memeluk erat ibu dan ayah dengan linangan air mata.Terima kasih Ya ALLAH!Masjid Qiblatain menjadi saksi penyatuan kami sekeluarga.Terima kasih YA ALLAH!Serentak itu azan isyak berkumandang.
TAMAT
~HASIL NUKILAN~
~SHAKIRA JOHARI~
~26.5.2009~

No comments:
Post a Comment